omniture

Narada Menangi Grand Slam Industri Simpanan Tenaga China pada 2017

Narada Power Source Co.,Ltd
2018-04-19 08:23 899

HANGZHOU, China, 19 April 2018 /PRNewswire/ -- Pada 3 April 2018, CNESA (Perikatan Simpanan Tenaga China) menyiarkan "Kertas Putih Kajian Industri Simpanan Tenaga 2018", kapasiti yang dipasang dan skala tenaga projek-projek yang dibangunkan oleh Narada tersenarai pada kedudukan 3 Teratas seluruh dunia untuk projek-projek simpanan tenaga elektrokimia 2017 manakala skala kuasa tersenarai pada kedudukan 5 Teratas seluruh dunia.

Kedudukan Simpanan Tenaga Global 2017
Kedudukan Simpanan Tenaga Global 2017

Narada meraih kedudukan pertama bagi kapasiti yang dipasang, skala kuasa serta skala tenaga dalam projek-projek simpanan tenaga yang dikendalikan dan ditambah di China pada 2017 seraya menjadi peneraju bagi teknologi simpanan tenaga elektrokimia dan juga penyedia sistem.

Kedudukan Simpanan Tenaga China 2017
Kedudukan Simpanan Tenaga China 2017

Kertas Putih berkenaan menyusun dan mengemas kini berita-berita terkini tentang projek simpanan tenaga, pasaran, pemilik kilang, teknologi dan dasar seluruh dunia. Ia turut menyediakan ramalan bagi trend-trend pembangunan untuk pasaran simpanan tenaga tempatan dan antarabangsa.

Menerusi perkembangan industri tenaga boleh diperbaharui global, kepentingan simpanan tenaga dan juga struktur tenaga telah muncul. Pengkomersialan simpanan tenaga mula diperkenalkan secara meluas bagi tujuan pembangunan.

Narada menjelaskan bahawa aplikasi simpanan tenaga elektrokimia adalah matang dari segi skala, keselamatan dan ekonomi melalui aplikasi secara besar-besaran yang telah lama diterokai dan dibangunkan. Pada akhir tahun 2017, jumlah kapasiti berkontrak bagi stesen kuasa simpanan tenaga Narada adalah melebihi 2000MWh dan skala operasi pula melebihi 300MWh, menjadikan Narada sebagai salah satu pembekal utama bagi sistem simpanan tenaga di dunia.

Dalam tempoh dua tahun lalu, Narada menerajui revolusi simpanan tenaga komersial dan mendorong China untuk menjadi salah sebuah negara paling aktif dalam industri simpanan tenaga.

Pelaburan oleh industri simpanan tenaga dijangka mencecah bertrilion-trilion yuan pada dekad akan datang, yang menjadikan industri simpanan tenaga sebagai industri yang terus berkembang. Selain itu, segmen pertumbuhan pasaran akan mencecah lebih satu ratus bilion yuan pada lima tahun akan datang.

Berdasarkan rantaian perindustrian lengkap sedia ada, Narada akan terus menginovasi teknologi sedia ada, meluaskan kelebihan kos dan menggalakkan peluasan projek dengan lebih pantas, demi menjadi penyedia tenaga yang paling mempunyai harapan.

Laman Sesawang: en.naradapower.com 
Emel: intl@narada.biz

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180413/2104580-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180413/2104580-1-b

Source: Narada Power Source Co.,Ltd
Keywords: Alternative Energies Oil/Energy Utilities Awards