omniture

Maraton Antarabangsa Xi'an Ditambah Baik Nobat Pemenang Di Tengah-tengah Kemasyhuran Masa Lampau dan Masa Depan

Xi'an International City Wall Marathon
2018-04-23 22:36 682

XI'AN, China, 23 April 2018 /PRNewswire/ -- Wangdong Qiu memenangi perlumbaan kategori Lelaki manakala Chaojie Feng memenangi tempat pertama dalam perlumbaan Separuh Maraton Wanita dalam Maraton Antarabangsa Tembok Bandar Xi'an 2018 pada hari Sabtu yang lalu. Lebih 5,000 atlet dari 31 negara, yang merupakan bilangan yang mencatat rekod, mengambil bahagian dalam acara perlumbaan tahunan ini, yang diadakan di puncak Tembok Dinasti Ming purba di Xi'an yang mempunyai sejarah selama lebih 600 tahun lamanya. Perlumbaan ini, yang melibatkan acara separuh maraton sejauh 21.0975 kilometer, larian tembok sejauh 13 kilometer dan larian kesihatan sejauh 5 kilometer, berlangsung di tengah-tengah proses penambahbaikan yang luas terhadap laluan dan unsur-unsur sokongan, dan diadakan pada bulan April buat julung kalinya, satu perubahan daripada jadual tahunan terdahulunya iaitu pada November, bagi membolehkan para pelari menikmati kemasyhuran Xi'an dalam musim paling indah tahun ini.

2018 Xi'an International Marathon Medal in Shape of Ancient China Jade from Western Han Dynasty.
2018 Xi'an International Marathon Medal in Shape of Ancient China Jade from Western Han Dynasty.

Di samping kemudahan yang ditambah baik untuk pelari, beberapa penaiktarafan teknikal turut dibuat terhadap perlumbaan, termasuk penggunaan instrumen rantaian blok bagi mendaftar maklumat perlumbaan pelari, menggunakan teknologi lejar teragih bagi menjamin keandalan rekod individu. Selain itu, versi dalam talian maraton turut dilancarkan, bagi membolehkan pelari yang tidak dapat hadir mengalami keseronokan acara melalui Internet. Bilangan peserta dalam talian melebihi 100,000 orang.

"Tahniah diucapkan kepada Wangdong Qiu dan Chaojie Feng atas kemenangan mereka, dan juga kepada semua pelari yang menyelesaikan Maraton tahun ini," kata para pegawai Perlumbaan bagi Jawatankuasa Maraton Antarabangsa Tembok-Bandar Xi'an. "Larian berjarak telahpun menjadi sukan yang amat popular di China dan acara Maraton di Xi'an memberikan pelari dan penonton pengalaman sukan yang unik, menggabungkan antara sejarah purba dan budaya bandar dengan kehebatannya dalam teknologi canggih."

Banyak tradisi dan layanan mesra dapat dilihat sebelum dan selepas perlumbaan tatkala 4,000 penduduk Xi'an mempersembahkan acara-acara tradisi tempatan seperti seni mempertahankan diri Xi'an, seni potongan kertas dan boneka bayang, serta persembahan gong dan gendang yang diturunkan daripada Dinasti Qin dan Han. Malahan, pingat-pingat perlumbaan juga berbentuk seperti "jed" berharga daripada Dinasti Han Barat.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.xianmarathon.org/.

Latar Belakang Maraton Antarabangsa Tembok Bandar Xi'an

Dilancarkan pada tahun 1993, Maraton Antarabangsa Tembok Bandar Xi'an ialah acara sukan dan pelancongan negara yang menjadi kebanggaan China. Diadakan di sebuah bandar yang melakar sejarah selama 3,100 tahun lamanya, maraton Xi'an menjadi amat terkenal dalam kalangan pelari dan peminat maraton seluruh dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180423/2111747-1

Source: Xi'an International City Wall Marathon
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Computer/Electronics Sporting Events Sports Travel Blockchain