omniture

Hilton Malaysia Umum Kempen Terbesar dengan Harga Bilik Eksklusif untuk Jualan April

Destinasi Percutian Hebat di Malaysia tawar bilik-bilik dengan diskaun sehingga 25%
Ahli-ahli Hilton Honors yang Menempah Terus Kini Terima Kadar Diskaun Eksklusif
Hilton Malaysia
2018-04-25 14:04 356

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 April 2018 /PRNewswire/ -- Hilton Malaysia; syarikat yang mesra tetamu dan paling diiktiraf di dunia mengumumkan kempen terbesarnya menerusi diskaun eksklusif untuk harga bilik dengan membuat tempahan terus melalui laman sesawang jenamanya.

Hilton Kuala Lumpur
Hilton Kuala Lumpur

Jualan April, yang berlangsung mulai hari ini hingga 30 April 2018 akan melibatkan sejumlah 39 hotel yang mengambil bahagian di Asia Tenggara, termasuk sembilan hartanah daripada Hilton Malaysia, terdiri daripada Hilton Kuala Lumpur, Hilton Petaling Jaya, Hilton Kuching, Hilton Kota Kinabalu, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, DoubleTree by Hilton Johor Bahru, DoubleTree by Hilton Melaka, DoubleTree Resort by Hilton Penang dan Hilton Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman Utara. Tempah penginapan anda lebih awal dan nikmati diskaun sehingga 25% bagi penginapan mulai hari ini hingga 31 Disember 2018.

DoubleTree by Hilton Melaka
DoubleTree by Hilton Melaka

 

Jualan April Hilton Malaysia
Jualan April Hilton Malaysia

Disasarkan sebagai bahagian penting dalam strategi pengagihan keseluruhan Hilton dan akan menekankan faedah-faedah menempah terus dan menjadi ahli Hilton Honors. Faedah-faedah ini termasuk Mata Hilton Honors yang boleh digunakan untuk bilik bermalam percuma, Wi-Fi percuma dan keupayaan mendaftar masuk, memilih bilik anda sendiri daripada pelan lantai digital dan menggunakan Kunci Digital kesemuanya melalui aplikasi mudah alih Hilton Honors pada telefon pintar. Di samping itu, apabila ahli-ahli Hilton Honors menempah terus dengan Hilton, hotel-hotel berpeluang menyediakan pengalaman yang lebih diperibadikan dan sukar dilupakan bagi setiap penginapan.

Semua ahli Hilton Honors yang menempah terus melalui Hilton boleh menjimatkan masa dan wang serta memperoleh akses kepada faedah secara serta merta.

Ketahui lebih lanjut: AprilSale2018

Latar Belakang Hilton

Hilton (NYSE: HLT) ialah sebuah syarikat hospitaliti global terkemuka, dengan portfolio 14 jenama bertaraf dunia yang terdiri daripada lebih 5,100 hartanah dengan hampir 838,000 bilik di 103 negara dan wilayah. Hilton berdedikasi untuk memenuhi misi menjadi syarikat yang paling selesa di dunia dengan memberikan pengalaman luar biasa untuk setiap hotel, setiap tetamu, setiap masa. Portfolio syarikat termasuk Hilton Hotels & Resorts, Waldorf Astoria Hotels & Resorts, Conrad Hotels & Resorts, Canopy by Hilton, Curio Collection by Hilton, DoubleTree by Hilton, Tapestry Collection by Hilton, Embassy Suites by Hilton, Hilton Garden Inn, Hampton by Hilton, Tru by Hilton, Homewood Suites by Hilton, Home2 Suites by Hilton dan Hilton Grand Vacations. Syarikat turut mengurus program kesetiaan pelanggan yang memenangi anugerah, Hilton Honors. Ahli-ahli Hilton Honors yang menempah secara langsung melalui saluran pilihan Hilton akan mendapat akses kepada faedah serta merta, termasuk gelangsar pembayaran fleksibel yang membolehkan ahli memilih dengan tepat berapa banyak Mata untuk digabungkan dengan wang, diskaun ahli eksklusif yang tidak diperolehi di tempat lain serta Wi-Fi standard percuma. Layari newsroom.hilton.com untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan berhubung dengan Hilton melalui FacebookTwtterLinkedInInstagram dan YouTube.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180423/2111738-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180423/2111738-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180423/2111738-1-c

Source: Hilton Malaysia
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services