omniture

Modul PERC Monohabluran Separuh Bahagian LONGi Solar langkaui 360W, Catat Rekod Dunia Baharu

LONGi Solar
2018-04-25 19:55 752

XI'AN, China, 25 April 2018 /PRNewswire/ -- LONGi Solar mengumumkan bahawa modul PERC monohabluran separuh bahagian 120-selnya telah melangkaui 360W, seperti yang diperakui oleh TUV-SUD. Ini mencatatkan rekod dunia baharu untuk modul PERC monohabluran separuh bahagian 120-sel berkuasa tertinggi, menambah kepada rekod dunia LONGi untuk modul PERC monohabluran 60-sel untuk kecekapan kuasa dan penukaran.

Tumpuan tunggal LONGi terhadap teknologi PERC mengurangkan LCOE dengan ketara, oleh yang demikian memajukan pariti grid dan meningkatkan tahap teknologi dalam PV. PERC muncul sebagai titik teknologi tumpuan, khususnya dalam projek-projek "Top Runner" China. Pakar-pakar meramalkan bahawa menjelang tahun 2020, PERC akan menyumbang kapasiti sebanyak 65GW dan kira-kira 40% penghantaran.

Dr. Jun Lv, Naib Presiden LONGi Solar, menjelaskan, "Modul PERC monohabluran separuh bahagian 120-sel LONGi Solar mengaplikasikan teknologi PERC utama kami. Purata kecekapan sel mencecah 22%; kemerosotan pada tahun pertama adalah kurang daripada 2% dan penstabilan pula adalah kurang daripada 0.55% setiap tahun. PERC terbukti dapat meningkatkan prestasi penjanaan kuasa dalam keadaan cahaya rendah dan mempunyai rintangan yang sangat baik terhadap kawasan panas."

LONGi mempercepatkan usaha penaiktarafan barisan pengeluaran sel solarnya dan dijangka menyelesaikan langkah untuk beralih kepada PERC tahun ini. Dalam masa yang sama, melalui kerjasama strategik, kapasiti bekalan sel PERC sebanyak 8GW akan disediakan bagi memenuhi permintaan pasaran terhadap produk berkecekapan tinggi. Syarikat akan beransur-ansur memasuki fasa pengeluaran besar-besaran untuk produk monohabluran mencatat rekod dunianya.

LONGi berbangga kerana dapat menjadi pengeluar PV berorientasikan teknologi bertaraf dunia dan komited terhadap inovasi melalui pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mantap dalam seluruh rantaian industri monohablurannya. Perbelanjaan untuk R&D mencecah RMB 2.38 bilion (USD 380 juta) sejak 5 tahun lalu, termasuk RMB 1.108 bilion (USD 175.9 juta) pada tahun 2017 sahaja. Industri ini telah mengambil perhatian dan mengiktiraf LONGi sebagai pengeluar dengan pelaburan tertinggi di dunia dalam R&D fotovolta.

Li Wenxue, Presiden LONGi Solar menambah, "LONGi mencapai keseimbangan yang baik antara kuasa yang tinggi dan kecekapan tinggi, menumpu dan menerajui dalam kedua-dua segmen. Sebagai pemacu dan perintis untuk produk-produk berkecekapan tinggi dan berkualiti tinggi, modul-modul PERC kami memberikan pelanggan dengan nilai dan pulangan pelaburan yang lebih tinggi, menghasilkan bekalan elektrik yang lebih bersih dan memajukan grid pariti serta pembangunan mampan tenaga bersih seluruh dunia dengan berkesan."

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities