omniture

Deklarasi Dali: Pacu Perkhidmatan Pemindahan Rentas-Syarikat Penerbangan, Bangunkan Kategori Hab Penerbangan Baharu

ChinaAviationDaily.com
2018-04-27 17:22 653

DALI, China, 27 April 2018 /PRNewswire/ -- Persidangan Penerbangan & Pelancongan Yunnan kali ke-6 diadakan di Dali pada 26 April, yang mana wakil-wakil daripada 13 kumpulan lapangan terbang dan OTA China bersama-sama mengumumkan Deklarasi Dali, yang menyokong untuk mengembangkan perniagaan pemindahan rentas-syarikat penerbangan, meningkatkan kualiti perkhidmatan penerbangan awam dan bersama-sama membangunkan kategori hab penerbangan baharu.

The 6th Yunnan Aviation & Tourism Conference was held in Dali on April 26, at which representatives from 13 airport groups and OTAs of China jointly announced the Dali Declaration
The 6th Yunnan Aviation & Tourism Conference was held in Dali on April 26, at which representatives from 13 airport groups and OTAs of China jointly announced the Dali Declaration

Deklarasi Dali

1. Kami, selaku pengurus-pengurus lapangan terbang dan OTA, menghadiri Forum Dali pada 26 April di Dali yang mana pembangunan kategori hab penerbangan baharu untuk masa depan telahpun dibincangkan.

2. Kami menyedari bahawa industri pengangkutan udara, di bawah keadaan Normal Baharu, masih mengekalkan pertumbuhan yang stabil dengan setiap penunjuk ekonomi memperlihatkan trend yang baik.

3. Kami menyedari bahawa keperluan perjalanan udara domestik adalah kukuh, daya pemprosesan lapangan terbang mengekalkan kadar pertumbuhan yang tinggi dan perjalanan udara menjadi semakin popular dalam kalangan orang awam.

4. Kami menyedari bahawa ketidakseimbangan antara permintaan dan bekalan dalam industri penerbangan domestik menjadi semakin ketara dan kami berhadapan dengan cabaran yang sama untuk mewujudkan keseimbangan yang baik antara keselamatan dan pembangunan, antara keselamatan dan faedah serta antara keselamatan dan operasi biasa.

5. Kami menyedari bahawa inisiaitf, termasuk "Khidmat yang Ikhlas" dan "Pembangunan Sistem Kualiti Perkhidmatan Penerbangan Awam", yang dilaksanakan oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China bertujuan untuk memacu pembangunan berkualiti tinggi dalam industri penerbangan, menggalakkan dan mempromosikan aplikasi teknologi baharu dan inovasi perkhidmatan serta meningkatkan kepuasan orang awam dan perolehan keuntungan ke arah perkhidmatan penerbangan.

6. Kami menyedari bahawa di bawah keadaan semasa, terdapat keperluan yang sama dan keinginan segera antara lapangan terbang di wilayah-wilayah berbeza untuk bekerjasama dalam hal-hal termasuk perkhidmatan pemindahan rentas-syarikat penerbangan dan perkongsian maklumat, yang merupakan bahagian penting untuk membangunkan kategori hab penerbangan baharu dan kondusif untuk membina kumpulan lapangan terbang dengan fungsi-fungsi yang ditakrifkan dengan jelas serta jaringan laluan penerbangan nasional yang mudah.

7. Kami menyedari bahawa tahap pembangunan lapangan terbang domestik di wilayah-wilayah berbeza di China adalah tidak seimbang dan lapangan terbang ini perlu segera mengukuhkan kerjasama mereka agar dapat meningkatkan kecekapan pengendalian dan kepuasan pelanggan secara berterusan.

8. Kami menyedari bahawa sekiranya lapangan terbang Cina mewujudkan standard kerjasama yang harmoni, berusaha bersama-sama untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pengembara dan meningkatkan pengalaman pengembara, walaupun terdapat sumber-sumber yang terhad, mereka akan berupaya membantu lebih ramai pengembara mengakses perkhidmatan penerbangan awam, menyelesaikan masalah pemindahan penumpang antara syarikat-syarikat penerbangan berbeza serta menambah baik faktor beban syarikat penerbangan.

9. Deklarasi Dali dipersetujui di persidangan ini dan pengurus-pengurus yang hadir komited terhadap sasaran-sasaran berikut:

1 Menggalakkan aplikasi teknologi baharu, meningkatkan standard untuk penumpang darat dan perkhidmatan bagasi

1.1 Mempercepatkan pembinaan kemudahan pelepasan kastam yang pantas di lapangan terbang. Pelepasan kastam dengan pas e-masuk menjelang tahun 2019 dan pelepasan kastam dengan dokumen menjelang tahun 2020.

1.2 Meningkatkan keupayaan lapangan terbang untuk mengesan bagasi. Membantu lebih banyak syarikat penerbangan memenuhi keperluan Resolusi IATA 753 pada tahun 2018 dan melaksanakan pengesanan status bagasi.

1.3 Meningkatkan kecekapan pengangkutan bagasi di lapangan terbang. Memastikan tempoh pengangkutan bagasi bagi penumpang sambungan memenuhi keperluan MCT lapangan terbang dan bagasi tiba apabila penumpang mendarat di lapangan terbang.

2 Memacu penggubalan standard pemindahan rentas-syarikat penerbangan (CAT)

2.1 Memacu perkongsian data CAT.

2.2 Menyokong pemeriksaan terus bagasi apabila pengembara melakukan pemindahan rentas-syarikat penerbangan.

2.3 Menyokong pengembara yang perlu melakukan pemindahan rentas-syarikat penerbangan untuk mencetak pas masuk mereka di lapangan terbang terdahulu.

2.4 Menyediakan pengembara yang melakukan pemindahan rentas-syarikat penerbangan dengan bantuan semasa proses tersebut.

2.5 Memendekkan masa bersambung minimum (MCT) lapangan terbang.

3 Membangunkan produk perkhidmatan penerbangan bernilai tambah
Semua pihak, melalui perkongsian data, akan berusaha bersama-sama untuk membangunkan produk perkhidmatan penerbangan bernilai tambah yang berikut dan mewujudkan rangkaian produk perkhidmatan penerbangan bernilai tambah:

4 Perkongsian dan akses bersama

4.1 Komited untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan penerbangan, menggalakkan dan mengurus aplikasi teknologi baharu dan inovasi perkhidmatan serta mendorong perkongsian sumber bersama rakan-rakan industri.

4.2 Komited untuk meningkatkan kecekapan penggunaan lapangan terbang dan pembangunan hab serantau, mengukuhkan sinergi serta mendorong akses bersama.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180426/2116090-1

Source: ChinaAviationDaily.com
Keywords: Airlines/Aviation Transportation