omniture

Perniagaan Bola Sepak Digital Unik Dugout Umum £8.275 Juta ($11.685 Juta) Pelaburan Baharu

Dugout
2018-04-27 18:19 733

LONDON, 27 April 2018/PRNewswire/ --

  • Perniagaan berpangkalan di UK diasaskan dan dimilik oleh kelab-kelab terbesar dunia  
  • Syarikat turut mendedahkan Perkongsian Teknologi Strategik dan Usaha Sama di Timur Tengah serta Afrika Utara (MENA)  
  • Dugout menarik lebih 67 juta pengguna unik sejak dilancarkan pada tahun 2016 

Perniagaan bola sepak digital Dugout hari ini mendedahkan butiran mengenai pelaburan baharu yang bakal menyaksikan syarikat meluaskan operasi sedia adanya, serta rancangan perkongsian bercita-cita tinggi bagi meningkatkan penawaran teknologinya dan menyokong pertumbuhan di rantau MENA.

generated by system

Dugout buat julung kalinya mewakili kelab-kelab terbesar di dunia yang berganding bahu untuk menubuhkan satu perniagaan, bersama-sama rakan-rakan pengasas termasuk AC Milan, Arsenal FC, Chelsea FC, FC Barcelona, FC Bayern Munich, Juventus, Liverpool FC, Manchester City FC, Paris Saint-Germain, Real Madrid CF, Inter Milan, Roma, Napoli, Tottenham Hotspur, Atletico Madrid dan banyak lagi.

Kesemua 77 kelab (dan bilangan pemain yang semakin bertambah) mempunyai profil Dugout khusus bagi memuat naik kandungan dan berinteraksi bersama peminat, dan ini bermakna pengguna Dugout memperoleh pengalaman yang diperibadikan sepenuhnya mengikut kelab dan pemain yang mereka ikuti. Perniagaan ini dilancarkan pada lewat tahun 2016 dan telahpun menghimpunkan lebih 67 juta pengguna unik serta 912 juta tontonan video setakat ini. Dugout mempunyai jejak sosial sebanyak 2.1 bilion dan lebih 12,500 video telahpun disiarkan pada platform ini mengikut kelab, pemain dan jenama.

Hari ini, Dugout mengumumkan pelaburan tambahan sebanyak £8.275 juta yang dipimpin oleh usahawan AS yang ternama, David dan Frank McCourt, bersama-sama beberapa pelabur strategik lain yang berskala lebih kecil. Pelaburan sebanyak £8.275 juta itu memperlihatkan pertumbuhan pesat perniagaan dan rangkaian rakan kongsinya yang semakin luas mencakupi bola sepak, perniagaan, media, teknologi dan pengiklanan jenama.

David McCourt, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Granahan McCourt Capital, pelabur seluruh dunia dalam bidang teknologi, media dan telekomunikasi, ialah salah seorang usahawan yang paling berjaya di dunia. David juga merupakan pengasas ALTV.com, salah satu perkhidmatan penstriman percuma yang paling pesat berkembang di rantau MENA. Saudara lelaki beliau, Frank, ialah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif McCourt LP dan McCourt Global, dan amat terkenal dalam kalangan peminat sukan sebagai pemilik Olympique De Marseille dan mantan pemilik Los Angeles Dodgers.

David McCourt, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Granahan McCourt Capital, berkata: 

"Dugout memperlihatkan peluang yang sangat baik untuk meraih keuntungan daripada dua trend global yang penting. Pertama, permintaan yang amat tinggi terhadap kandungan yang hebat, asli dan amat diperibadikan. Kedua, populariti sukan bola sepak yang semakin meningkat hampir dalam setiap pasaran. Dugout telahpun melakukan sesuatu yang dianggap mustahil dengan menghimpunkan kelab-kelab terkemuka dunia bersama-sama dalam satu perusahaan yang dikongsi. Kini, kami ingin menggunakan asas yang sangat baik ini untuk mengembangkan syarikat yang benar-benar ikonik yang menginspirasikan peminat dan jenama seluruh dunia." 

"Kolaborasi kami bersama Dugout akan turut meningkatkan keupayaan teknologi syarikat dan membolehkannya menambah audiensnya dalam pasaran-pasaran penting secara strategik. Sebagai contoh, perkongsian antara Dugout dan ALTV akan memberikan akses eksklusif terhadap kandungan asli untuk peminat bola sepak di seluruh Timur Tengah dan Afrika Utara." 

Elliot Richardson, Pengasas dan Pengerusi Dugout, berkata: 

"Kami berbesar hati kerana telah memperoleh kedua-dua pusingan pembiayaan Siri A dan pelaburan modal strategik, dipimpin oleh Frank dan David McCourt. Frank dan David membawa bersama mereka kejayaan komersial, pengalaman dan semangat keusahawanan selama berdekad-dekad dan mereka merupakan rakan kongsi yang hebat tatkala kami beralih ke fasa pembangunan kami yang seterusnya sebagai sebuah perniagaan." 

"Kami berasa teruja betapa platform ini terbukti terkenal setakat ini dalam kalangan peminat, serta jenama dan rakan kongsi komersial yang kami bawakan bersama-sama. Pelaburan ini memastikan momentum diteruskan dan perkongsian bersama penginovasi seperti ALTV dan Alchemy Media dapat meningkatkan penawaran teknologi kami dan membuka pasaran-pasaran penting seperti Timur Tengah dan Afrika Utara, yang mana kita sedia maklum bahawa rakan-rakan kongsi kelab kami mendapat sokongan yang amat besar." 

Baru-baru ini, Dugout mengumumkan beberapa perkongsian strategik lain yang diwujudkan untuk menyokong objektif perniagaan demi meluaskan kehadiran globalnya. Sebagai contoh, pada bulan Disember, Dugout melancarkan perkongsian dengan Major League Soccer (MLS) bagi merangsang profil global jenama dan memanfaatkan populariti sukan bola sepak yang semakin meningkat di Amerika Utara. Pengumuman hari ini menekankan tumpuan syarikat terhadap MENA, meskipun Dugout dijangka akan membuat pengumuman lanjut beberapa minggu akan datang tentang wilayah dan perkongsian lain.

Pendekatan ini menunjukkan kepercayaan utama Dugout terhadap "penyetempatan kandungan" bagi memberikan rakan kongsi dan jenama dengan analitik terperinci yang membolehkan mereka memahami dengan lebih baik tingkah laku dan citarasa audiens dalam pasaran tertentu, bagi merangsang penglibatan peminat dan membuka potensinya.

Syarikat juga menandatangani perjanjian dengan syarikat-syarikat teknologi yang inovatif seperti VEWD, SPOTX Rakuten/Viber dan Amazon bagi mendekati lebih ramai pengguna dan menyediakan pengiklanan jenama pada platform dengan penglibatan yang lebih baik, penyasaran pengguna termaju dan analitik terperinci.

Pada peringkat awal, Dugout disediakan dalam lapan bahasa: Bahasa Inggeris, Bahasa Jerman, Bahasa Itali, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol, Bahasa Catalan, Bahasa Portugis dan Bahasa Indonesia, manakala Bahasa Arab bakal ditambah beberapa bulan akan datang.

Akira Partners bertindak sebagai Penasihat Kewangan Dugout untuk transaksi ini.

NOTA UNTUK EDITOR
Untuk maklumat lanjut dan permintaan untuk menemubual, sila hubungi Pejabat Akhbar Dugout: dugoutpressoffice@freuds.com , +44-203-003-6613

Source: Dugout
Keywords: Entertainment Internet Technology Sports Telecommunications