omniture

LKKHPG Dinamakan Salah Satu Best Companies to Work for in Asia 2018

LKK Health Products Group
2018-04-30 11:42 629

HONG KONG, 30 April 2018 /PRNewswire/ -- Pada 27 April 2018, LKK Health Products Group (LKKHPG atau Kumpulan) dianugerahkan sebagai salah satu daripada Best Companies to Work for in Asia 2018 (Edisi Hong Kong) oleh HR Asia Magazine, iaitu salah satu bahan penerbitan paling berwibawa untuk ahli-ahli profesional kanan HR di Asia. Ia berjaya meraih penghormatan ini selama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2016.

LKK Health Products Group Dinobatkan Salah Satu Majikan Terbaik untuk Berkhidmat di Asia bagi Tiga Tahun Berturut-turut
LKK Health Products Group Dinobatkan Salah Satu Majikan Terbaik untuk Berkhidmat di Asia bagi Tiga Tahun Berturut-turut

Best Companies to Work for in Asia™ ialah salah satu anugerah pengurusan perniagaan yang paling berwibawa di Asia. LKKHPG ialah salah satu daripada 33 pemenang tahun ini daripada 168 pencalonan dalam berpuluh-puluh industri di seluruh Hong Kong. Para penerima anugerah yang lain termasuk Swarovski, A.S. Watson Group, Hang Lung Properties, Pfizer dan KPMG.

"Meskipun program ini berfokus Asia, parameter tinjauan berkenaan ditanda aras dengan yang terbaik di dunia," kata En. William Ng, penerbit kumpulan dan ketua editor Business Media International, penerbit HR Asia.

Anugerah ini dihakimi oleh panel bebas yang terdiri daripada pakar industri, ilmuwan, wartawan dan wakil kerajaan berdasarkan Laporan Employee Input Survey™ (EIS) HR Asia dan Workplace and Employee Engagement Survey™ (WEES) HR Asia. Hakim-hakim menilai amalan HR, penglibatan kakitangan, kepuasan kerja dan persekitaran tempat kerja sesebuah syarikat. Laporan penilaian menunjukkan LKKHPG memperoleh skor yang tinggi dalam semua dimensi.

Kumpulan berkata: "Kami amat bersyukur kerana memenangi anugerah ini. Ia merupakan satu pengiktirafan yang baik untuk usaha-usaha dan komitmen kami bagi menyediakan kakitangan dengan suasana bekerja dan peluang pembangunan yang sangat baik. 'Si Li Ji Ren' ialah nilai-nilai teras LKKHPG, yang bermakna kami harus mempertimbangkan faedah kolektif sebelum bertindak. Oleh itu, kami sentiasa menghargai kakitangan kami sebagai salah satu aset paling penting. Kami berasa gembira kerana mempunyai sekumpulan kakitangan yang hebat dan kami akan terus memenuhi tanggungjawab kami dan membantu mereka meningkat maju bersama-sama syarikat."

Keprihatinan dan kesetiaan LKKHPG terhadap kakitangan terus mendapat pengiktirafan sosial yang meluas. Pada tahun 2018, ia diiktiraf sebagai Syarikat Penyayang sekali lagi oleh Majlis Khidmat Sosial Hong Kong dan sekali lagi dipilih sebagai Syarikat Bahagia oleh Yayasan Indeks Dorongan Kebahagiaan dan Majlis Produktiviti Hong Kong.

Latar Belakang LKK Health Products Group (www.lkkhpg.com)

LKK Health Products Group, sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, ditubuhkan oleh Keluarga Lee Kum Kee pada tahun 1992. Syarikat mengendalikan pelbagai segmen perniagaan melibatkan produk kesihatan herba Cina, perladangan dan perdagangan herba Cina, pelaburan hartanah serta modal usaha niaga untuk syarikat-syarikat baharu. Kumpulan ini menggaji kira-kira 5,000 kakitangan.

Anda dialu-alukan untuk mengikuti kami melalui Facebook dengan mencari "lkkhpg".

 

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Workforce Management/Human Resources Awards