omniture

Pelajar Universiti Malaya Muncul Juara Global Datathon Championship

The Center of Applied Data Science (CADS)
2018-05-03 19:53 931

Pelajar dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya telah mewakili Malaysia dan ASEAN di 'Global Datathon Championship' bersaing dengan peserta dari lima negara lain, dan muncul sebagai juara melalui penyelesaian kreatif dan inovatif untuk perdagangan mata wang kripto.  

KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Mei 2018 /PRNewswire/ -- The Center of Applied Data Science (CADS), dengan kerjasama Data Science Society telah menganjurkan pertandingan Datathon pada peringkat global. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya muncul sebagai juara, menewaskan peserta dari lima negara lain dalam penyelesaian inovatif dan kreatif untuk perdagangan mata wang kripto.

The Victorious Team of University of Malaya who Won the Global Datathon Championship
The Victorious Team of University of Malaya who Won the Global Datathon Championship

Kumpulan yang terdiri daripada enam orang pelajar dan tiga mentor dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya menyertai cabaran yang berlangsung selama 48 jam, sebagai 'Academia Datathon International University Data Science Society' dimana penyertaan serentak 130 pelajar dari universiti terkemuka dari lima buah negara  seperti Bulgaria, Serbia, Greece, Crotia dan India.

Sharala Axryd, Pengasas CADS berkata, "Kami berbesar hati dapat mencungkil bakat-bakat muda melalui Datathon yang mengetengahkan kemahiran tinggi. Malaysia yang menjadi juara cabaran global pertama ini membuktikan ia sebuah negara yang berdaya saing dan memiliki kepakaran dan bakat pengurusan data. Malah, ia setaraf dengan peneraju data terkemuka di dunia. Pencapaian ini semestinya kejayaan yang bermakna untuk para pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya."

Pasukan ini diberi cabaran untuk mengendalikan data berstruktur dan difahami semua, iaitu mata wang kripto. Mereka diberikan kes siri ramalan kewangan dengan mata wang kripto dan integrasi maklumat daripada pelbagai sumber – Mata Wang Kripto, Kewangan Kuantitatif dan Pembelajaran Mesin. Kes tersebut terdiri daripada dua tahap, di mana tahap pertama ialah membina model ramalan untuk harga mata wang kripto menggunakan penyeledikan, dan tahap kedua ialah menghasilkan A.I. pembuat keputusan automatik bagi menjalankan urusan perdagangan dan pelaburan. Matlamat cabaran adalah membina model pelaburan dan perdagangan yang berjaya dalam pasaran mata wang kripto.

Sejumlah 30 pasukan yang terdiri daripada 130 pelajar dimana hanya 19 pasukan yang layak ke separuh akhir. Universiti Malaya muncul juara di antara tiga pasukan yang telah disenarai pilih. Pasukan mereka terdiri daripada empat orang pelajar pragraduan iaitu Sabrina Binti Kamal Izat, Nur Hidayah Binti Mohd Rosli, Prasanta A/L Sathasivam dan Yee Xun Wei; serta dua pelajar pascagraduan iaitu Nur Baiti Afini Normadhi dan Muhammad Nazrin Bin Napiah. Pelajar ini disertai mentor yang merupakan Pensyarah Kanan dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Dr. Hoo Wai Lam; Dr. Nor Liyana Mohd Shuib dan Dr. Muhammad Reza Bin Zaba.

'Bulgaria Data Science Society' telah memberikan pasukan tersebut set data mata wang kripto dan mereka perlu mengusahakan sistem ramalan dan menghasilkan model pelaburan mata wang kripto yang terbaik. Pasukan ini memulakan cabaran dengan menilai data tersebut, menganalisis dan kemudian mengenal pasti algoritma untuk penyelesaian kreatif yang membolehkan mereka memenangi anugerah.

"Datathon merupakan pengalaman yang menarik dengan penuh maklumat untuk para pelajar, serta mentor mereka. Pelajar mempunyai peluang untuk menyempurnakan kemahiran mereka, mendapat pengetahuan serta pendedahan. Malah, peluang untuk memikirkan penyelesaian terbaru dan menggunakannya untuk dunia sebenar dalam kaedah yang efektif dan bersesuaian, serta menghasilkan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi masyarakat," jelas Dr. Sri Devi Ravana, Ketua Bahagian Sistem Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya.

Sama seperti Hackathons, Datathon menyatukan individu yang berminat tentang data untuk bersama-sama berkongsi pendapat serta pengetahuan tentang set data yang besar, kaya dan rumit.

The Center of Applied Data Science (CADS) adalah pusat data ASEAN yang pertama dan satu-satunya platform dan pusat kecemerlangan untuk Sains Data. Ia kini berusaha melahirkan 20,000 pakar data menjelang 2020 dan mendorong transformasi tenaga kerja Malaysia menjelang 2020.

Mengenai Center of Applied Data Science (CADS)

Ditubuhkan pada bulan Oktober 2015, The Center of Applied Data Science telah ditubuhkan untuk memberi respons kepada permintaan kritikal para saintis data dan profesional data yang berkelayakan bagi berdepan kehendak dunia digital. Matlamatnya adalah untuk melahirkan generasi Profesional Data baru yang dapat memenuhi dan melangkaui kehendak pasaran dunia data hari ini dengan menyediakan program pemecut melalui mentor terbaik agar dapat mengharungi bukan sahaja cabaran perniagaan organisasi bahkan dapat berdepan dengan situasi dunia luar.

The Center of Applied Data Science bekerjasama dengan Inkubator Data, New York, AS dengan menyediakan program pemecut Sains Data pertama ASEAN bagi mentransformasi bakat-bakat hebar sains dan kejuruteraan di Asia Tenggara. Maklumat lanjut mengenai Pusat Sains Data Gunaan boleh didapati di www.thecads.org

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Natasha Nadzer - +60-17-916-7535, natasha.nadzer@mslgroup.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180503/2123315-1

Source: The Center of Applied Data Science (CADS)
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Higher Education Awards Data Analytics