omniture

Hikvision umum penyelesaian keselamatan baharu Turbo HD 5.0

Inovasi terkini termasuk pembelajaran mendalam untuk pengesanan ancaman automatik dan video warna sangat jelas, walaupun pada waktu malam
Hikvision Digital Technology
2018-05-04 23:19 1024

HANGZHOU, China, 4 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Demi membawakan kejelasan HD kepada sistem pengawasan analog, Hikvision melancarkan DVR dan kamera Turbo HD DVR generasi pertamanya dalam tahun 2013. Sejak itu, generasi produk Turbo HD seterusnya telah membawakan pelbagai inovasi, termasuk rakaman video ultra rendah cahaya dan penggunaan lebar jalur dan penstoran yang sangat cekap – membantu pelanggan Hikvision untuk mengembangkan perlindungan keselamatan dan perimeter mereka.

Turbo HD 5.0 Hikvision
Turbo HD 5.0 Hikvision

Dibina atas kemajuan keselamatan revolusioner, Hikvision kini mengumumkan keluarga produk pengawasan HD 5.0, yang merangkumi DVR AcuSense Turbo HD dan Kamera ColorVu Turbo HD. Teknologi ini memudahkan organisasi dan individu mengenal pasti dan bertindak terhadap pelanggaran keselamatan, sambil juga meminimumkan campur tangan manual dan kos keselamatan.

DVR AcuSense Turbo HD – faedah utama

Menggabungkan sebelas model DVR yang berbeza, rangkaian AcuSense menggunakan teknologi pembelajaran mendalam terkini untuk meningkatkan pengesanan objek. Khususnya, DVR AcuSense Turbo HD mengesan kenderaan atau manusia, ia menyaring penggera palsu yang dicetuskan oleh haiwan, daun, dan objek lain yang tidak penting, dan meminimumkan pemeriksaan manual yang mahal dan memakan masa. Sebagai manfaat tambahan, ciri Carian Sasaran Cepat AcuSense mengenal pasti dan mengekstrak rakaman manusia dan kenderaan daripada set data video yang luas secara automatik, menjimatkan masa kakitangan daripada mencari melalui set data yang besar.

Kamera ColorVu Turbo HD – faedah utama

Kamera ColorVu Turbo HD menyediakan imej video berwarna terang 24/7, walaupun dalam keadaan cahaya yang sangat rendah. Keupayaan meningkatkan warna sepanjang hayat kamera yang dikuasakan oleh iris yang besar dan kaca optikal ED, lensa penyebaran antisilau, piksel penderiaan yang besar, pencahayaan tambahan yang hangat, dan pelbagai teknologi video inovatif yang lain. Dengan imej video yang lebih terang dan berwarna-warni, pelanggan Hikvision dilindungi daripada pelanggaran keselamatan, walaupun ia terjadi di waktu malam.

Turbo HD 5.0: peningkatan keselamatan pada kos yang dikurangkan

Turbo HD 5.0 terkini Hikvision mengambil keupayaan sistem analog dan CCTV yang tradisional ke peringkat yang lebih tinggi, membantu organisasi untuk memaksimumkan keselamatan mereka dan mengurangkan kos pengawasan.

Frank Zhang, Pengurus Kanan Jabatan Pemasaran Produk Antarabangsa di Hikvision, berkata, "Dengan DVR AcuSense Turbo HD, kami telah menyepadukan teknologi pembelajaran mendalam revolusioner untuk membantu para pelanggan kami menyaring penggera palsu, mencari bukti video dengan lebih cepat, dan bertindak kepada ancaman keselamatan sebenar sebaik sahaja ia terjadi. Pada masa yang sama, Kamera ColorVu Turbo HD menyediakan imej yang jelas, terang dan berwarna walaupun dalam kegelapan, memberi amaran kepada pelanggan tentang pelanggaran keselamatan serta merta dan menyediakan bukti video yang sangat baik di mana sahaja ia diperlukan."

Ketahui lebih lanjut

Keupayaan teknikal dan spesifikasi untuk produk Turbo HD 5.0 Hikvision dipamerkan di brosur produk Turbo HD 5.0. Untuk maklumat lanjut, hubungi wakil Hikvision tentang keperluan keselamatan anda.

Latar Belakang Hikvision

Hikvision ialah penyedia terkemuka dunia bagi produk dan penyelesaian pengawasan video yang inovatif. Mempunyai tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) paling mantap dalam industri, Hikvision memajukan teknologi-teknologi teras pengekodan audio dan video, pemprosesan imej video dan storan data berkaitan, serta teknologi-teknologi berpandangan jauh seperti pengkomputeran awan, data besar dan pembelajaran mendalam. Selain industri pengawasan video, Hikvision meluaskan capaiannya kepada teknologi kediaman pintar, pengautomatan industri dan industri-industri elektronik automotif demi mencapai visi jangka panjangnya. Sentiasa berusaha mencipta nilai untuk pelanggannya, Hikvision mengendalikan 33 subsidiari serantau di seluruh dunia bagi mencapai kehadiran global yang sebenar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180503/2123270-1

Source: Hikvision Digital Technology
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics High Tech Security New products/services