omniture

Huawei Lancar Penyelesaian Baharu Pacu Pembangunan Masyarakat Pintar di Sidang Kemuncak ISP Asia Pasifik Huawei 2018

Huawei
2018-05-11 06:54 814

HONG KONG, 11 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak ISP Asia Pasifik Huawei diadakan hari ini di Hong Kong telah menghimpunkan lebih 150 ISP dan pakar industri dari Asia Tenggara bagi membincangkan bagaimana industri ISP dapat memajukan transformasi digital dan meneroka peluang baharu bagi mengembangkan ekonomi digital di Asia Pasifik. Di bawah tema "Menerajui ICT Baharu – Capai dan Percepat Revolusi Digital dengan ISP", Sidang Kemuncak ini dihadiri oleh pemimpin-pemimpin industri seperti United Information Highway Company Limited (UIH) dari Thailand. Semasa Sidang Kemuncak tersebut, Huawei melancarkan penyelesaian platform V5 FusionServer generasi seterusnya, penyelesaian CloudCampus dan penyelesaian bekalan kuasa tidak terganggu (UPS) FusionPower5000-S untuk pusat-pusat data yang besar di Asia Tenggara. Penyelesaian-penyelesaian ini direka untuk mempercepatkan transformasi digital ISP dan mempelbagaikan perkhidmatan mereka untuk membolehkan ekonomi digital berkembang maju.

Penyepaduan digital ASEAN akan mendorong pertumbuhan pesat ekonomi digital dan kehidupan yang selamat serta pintar, merangsang kemajuan ekonomi negara dan memacu pembangunan masyarakat pintar. Memandangkan kemudahan digital mengubah kehidupan orang ramai, ISP di Asia Pasifik semakin membangunkan perniagaan mereka dan memacu teknologi yang inovatif dalam segmen e-dagang, perangkaian sosial, permainan mudah alih dan pembayaran mudah alih merentasi negara-negara.

Penting untuk ISP beralih ke arah infrastruktur ICT tangkas yang akan mempercepatkan kematangan digital mereka. Qiu Lei, Naib Presiden Jabatan Jualan Pemasaran dan Penyelesaian Produk Huawei Enterprise Business Group, menyebutkan dalam ucapan alu-aluan beliau: "Kami komited untuk memperkasa transformasi digital ISP dan memajukan perkhidmatan digital mereka dengan menyediakan infrastruktur perkakasan dan perisian ICT sehenti yang inovatif, menampilkan sinergi awan-paip-peranti bagi membangunkan platform digital yang terbuka, anjal, fleksibel dan selamat. Dengan mematuhi strategi 'Platform + Ekosistem', kami bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi kami bagi memenuhi keperluan pelanggan untuk penggunaan perkhidmatan yang pantas, pelepasan sumber yang anjal, analitik Data Besar, saling hubung pusat data ultra jalur lebar dan akses perkhidmatan VR serta HD, membolehkan ISP mencapai transformasi digital dan kekal kompetitif dalam era digital."

ISP tradisional menjalani transformasi digital yang dipacu oleh kemajuan pesat ICT baharu termasuk teknologi awan, Data Besar dan kecerdasan buatan (AI); tuntutan terhadap sumber teragih dan sandaran; dan lebih banyak perusahaan menggunakan perkhidmatan awan. ISP kini menggunakan perkhidmatan awan bagi memacu perniagaan mereka, dan melakukan peralihan seni bina ICT mereka daripada IDC tradisional kepada pusat data awan.

Wing Kin Leung, Ketua Pegawai Teknologi Jabatan Jualan Pemasaran dan Penyelesaian Huawei Enterprise Business Group mengulas: "Sebagai penyedia dan penginovasi perkhidmatan dan infrastruktur awan, Huawei berusaha untuk membantu ISP menjalani transformasi secara pantas dengan membangunkan pusat data awan yang mempunyai pengurusan awan seragam, pecutan aplikasi, peruntukan yang tangkas dan pemuliharaan tenaga."

Sunti Medhavikul, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Urusan UIH, berkata: "Huawei menyediakan platform awan dan teknologi DWDM bagi membantu kami menawarkan perkhidmatan awan yang mempunyai lebar jalur yang tinggi, kapasiti luas dan tahap keandalan tinggi."

Penyelesaian Baharu Huawei Percepat Transformasi Digital ISP

Di Sidang Kemuncak ini, Huawei mempamerkan penyelesaian terkini yang direka untuk membantu perusahaan menyusun semula operasi dan infrastruktur serta mempercepatkan transformasi digital.

  • Penyelesaian platform V5 FusionServer: Penyelesaian baharu ini meningkatkan prestasi sebanyak 30% dan mendayakan penggunaan yang pantas, keandalan sistem, penyerahan perkhidmatan yang pantas dan kebolehskalaan. Bagi keandalan sistem, ciri Smart Fault MGM yang inovatif mencegah 93% kerosakan sistem. Ciri Smart Power MGM dapat mengurangkan penggunaan kuasa sistem sebanyak 16%, memudahkan O&M dan mengurangkan OPEX.
  • Penyelesaian CloudCampus: Rangkaian tradisional memiliki kecekapan penggunaan yang rendah, pengurusan rangkaian yang rumit dan kos O&M yang tinggi. Penyelesaian CloudCampus membolehkan pengguna perusahaan melaksanakan perancangan rangkaian tanpa wayar, penggunaan dan pengurusan O&M di tempat kerja melalui perkhidmatan pengurusan awan baharu, mendayakan fungsi pasang-dan-pakai untuk peranti rangkaian. Penyelesaian ini dapat memendekkan tempoh penggunaan rangkaian kampus kepada beberapa hari dan mengurangkan OPEX sebanyak lebih 80%, seraya meningkatkan ROI dalam kampus pintar. Bagi penyedia perkhidmatan terurus (MSP), penyelesaian tersebut menyediakan platform pengurusan awan "kendalian sendiri" yang dapat mengurus berjuta-juta peranti, menggabungkan rangkaian WiFi teragih ke dalam "One WiFi". Boleh digunakan untuk sektor pendidikan, industri peruncitan dan pusat membeli belah, penyelesaian ini membolehkan MSP memperoleh pendapatan secara eksklusif melalui ciri kendalian sendiri. Penyelesaian CloudCampus sudahpun tersedia melalui infrastruktur awan awam Huawei di Hong Kong, membolehkan xSP membangunkan perniagaan rangkaian kampus yang amat cekap tanpa sebarang aset dan ambang teknologi yang rendah.   
  • Penyelesaian UPS FusionPower5000-S: Siri berkenaan menggabungkan pengagihan kuasa dan UPS serta menyokong penambahan kapasiti maksimum sebanyak 1,200 kVA setiap UPS. Dengan modul-modul boleh silih ganti semasa beroperasi, produk ini memerlukan kawasan yang kecil dan mudah dipasang. Tempoh penyelenggaraan adalah kurang daripada lima minit. Sekiranya kerosakan berlaku, pengguna boleh melakukan penyelenggaraan dalam talian, bagi meningkatkan ketersediaan sistem dengan ketara.

Huawei telah menyediakan penyelesaian kepada lebih 1,000 syarikat Internet dan penyedia perkhidmatan pusat data di lebih 50 negara, membantu perusahaan menyusun semula operasi dan infrastruktur mereka. Untuk maklumat lanjut tentang Sidang Kemuncak ISP Asia Pasifik Huawei, sila layari: http://e.huawei.com/topic/asia-pacific-isp-summit2018-en/index.html.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services