omniture

LABELEXPO SOUTHEAST ASIA: Dow pamerkan portfolio pelengkap penyelesaian salutan pelepas dan bahan pelekat untuk tangani keperluan pasaran serantau

Dow Chemicals
2018-05-14 06:00 643

BANGKOK, 14 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Bertemakan "Inovasi yang Diilhamkan oleh Anda," Dow Chemical Company membuat pameran di LABELEXPO Southeast Asia, reruai A25, dari 10-12 Mei 2018. Buat pertama kalinya, dua unit perniagaan global Dow, Dow Consumer Solutions dan Dow Packaging & Specialty Plastics bergabung untuk mempamerkan portfolio pelengkap mereka di rantau ini. Penyelesaian bahan pelekat dan salutan pelepas yang berbeza dan bernilai tinggi ini, yang berasaskan kepada platform teknologi silikon dan akrilik Dow, akan membantu pelanggan berada di hadapan trend hari esok dengan teknologi dan sumber yang inovatif dan andal dalam industri sensitif tekanan ini.

Reruai Dow di LABELEXPO Southeast Asia
Reruai Dow di LABELEXPO Southeast Asia

"Kami bekerja dengan konsisten dengan seluruh rantaian nilai untuk memenuhi keperluan industri yang paling mendesak. Penyelesaian yang kami bawakan ke LABELEXPO Southeast Asia ini akan membantu pelanggan untuk memanfaatkan trend baru muncul, sambil mempercepatkan inovasi dan masa-ke-pasaran," kata Grace Zhang, Pemasar Strategik Global, Pressure Sensitive Industries. "Ahli pasukan kami bekerjasama, menyusun strategi dan bekerja bersama dengan pelanggan, memanfaatkan himpunan pengetahuan dan pengalaman industri Dow untuk menyelesaikan cabaran prestasi dan perniagaan yang unik. Dengan kapasiti global dan pengalaman industri khusus, kami membangunkan produk yang memberikan ketekalan dalam memenuhi keperluan pelanggan tempatan."

"Industri label di Asia Tenggara sedang pesat berkembang, dan kami melihat potensi untuk bekerjasama demi pertumbuhan bersama dengan pelanggan kami di seluruh rantau ini. Kami teruja kerana ini merupakan kali pertama Dow turut serta dalam LABELEXPO di Asia Tenggara, dan kami tidak sabar untuk meningkatkan lagi penglibatan dan kerjasama kami," kata Curt Creed, Pengarah Komersil, Penyelesaian Pengguna. "Pengguna di seluruh Asia Tenggara bekerjasama dengan Dow untuk memanfaatkan kekuatan teras kami dalam R&D, sokongan teknikal, kepakaran industri dan jangkauan global. Kami yakin bahawa teknologi dan penyelesaian inovatif Dow akan terus membolehkan pelanggan kami berada di depan lengkung dalam memacu pertumbuhan dan pembangunan produk dalam pasaran yang dinamik ini."

Inovasi untuk kecekapan kos

Pengeluar dan penukar stok label beroperasi dalam pasaran yang semakin berdaya saing, menghadapi tekanan kos bahan dan pemprosesan, di mana produk tambah nilai membawakan kelebihan daya saing. Salutan pelepas silikon jenama Syl-Off™ Dow menyediakan rangkaian teknologi untuk menangani trend ini, yang termasuk:

  • Salutan Syl-Off™ SL 351 Dow untuk kertas poros dan kegunaan produk kebersihan. Diperkenalkan buat pertama kali di LABELEXPO Southeast Asia, ia mengurangkan rendaman untuk substrat poros, membolehkan pengeluar untuk merealisasikan perolehan kos melalui kertas yang lebih murah dan silikon yang sedikit.
  • Pelapik filem berprestasi tinggi dengan salutan pelarut, seperti Syl-Off™ LTC 750A, yang digunakan untuk menggabungkan skrin paparan dan sentuh dalam penggunaan elektronik seperti peranti mudah alih dan kenderaan elektronik untuk ciri-ciri optikal yang dipertingkat dan ketahanan untuk menyerap kesan fizikal.
  • Penyelesaian salutan pelepas berprestasi tinggi, seperti Salutan Syl-Off™ 181 dan Salutan Syl-Off™ SL 585, menggunakan teknologi profil pelepasan rata untuk menangani permintaan yang semakin meningkat untuk kelajuan mendispens label.
  • Penyambung bersilang Syl-Off™, seperti Syl-Off™ SL 11 dan Syl-Off™ SL 12, yang menawarkan pengeluar peluang untuk mengurangkan kebergantungan kepada platinum, membawa manfaat kos tanpa memberi kesan kepada prestasi.
  • Rangkaian sistem emulsi bermangkin platinum Syl-Off™, seperti Emulsi Pemangkin Syl-Off™ EM 7975 dan Salutan Emulsi Syl-Off™ EM 7990, membolehkan silikon bergabung dengan bahan pelekat yang lain untuk membolehkan salutan kepada kertas yang lebih nipis dan kurang halus.

Inovasi untuk kemampanan yang dipertingkatkan

Perhatian yang besar terhadap keselamatan dan kesihatan di Asia mendorong permintaan untuk penyelesaian yang lebih hijau dan lebih selamat. Khususnya, salutan emulsi semakin mendapat perhatian sejajar dengan peraturan alam sekitar yang diperketat untuk bahan pelarut. Penyelesaian Dow untuk peningkatan kemampanan yang dipamerkan di LABELEXPO Southeast Asia terdiri daripada Syl-Off™ EM 7946 untuk salutan lapisan dalam dan Syl-Off™ EM 7953 untuk salutan lapisan luar, yang juga menawarkan gabungan prestasi pelepas dan kos yang lebih rendah pada penggunaan kertas dan filem.

Penyelesaian cekap, dan andal untuk bahan pelekat

Dow juga mempersembahkan bahan pelekat akrilik terbaru di LABELEXPO Southeast Asia, termasuk:

  • ROBOND™ INVISU™ PS-7910, yang dibina atas kepakaran Dow dalam teknologi bahan pelekat bawaan air untuk menyediakan penyelesaian serbaguna untuk label filem lekat sendiri yang bertindak balas kepada cabaran yang paling kritikal.
  • ROBOND™ PS-8915, emulsi akrilik akua peka tekanan yang sedia-untuk-digunakan dengan sifat bahan pelekat yang sangat seimbang untuk kegunaan seni grafik dan pita yang mendesak.
  • ROBOND™ PS-8061, bahan pelekat peka tekanan bawaan air dan boleh ditanggalkan dengan daya tahan koyak yang cemerlang, dan perekatan tanggal yang sederhana dan lapisan untuk seni grafik dan penggunaan filem pelindung.

Lawati Dow dan teroka penyelesaian di LABELEXPO Southeast Asia

Pakar syarikat berada di LABELEXPO Southeast Asia, Reruai A25, "Inovasi yang Diilhamkan oleh anda," untuk membincangkan bagaimana salutan pelepas dan bahan pelekat Dow memenuhi keperluan masa kini dan akan datang pengguna, dan penggiat industri utama global dan serantau.

Latar Belakang Dow

Dow Chemical Company (Dow) menggabungkan pengetahuan sains dan teknologi untuk membangunkan penyelesaian sains bahan utama yang penting untuk kemajuan manusia. Dow mempunyai salah satu alat bantuan paling mantap dan paling meluas dalam industri, dengan teknologi yang mantap, penyepaduan aset, skala dan keupayaan bersaing yang membolehkannya menangani isu global yang rumit. Portfolio perniagaan bahan canggih, perantaraan perindustrian dan plastik Dow yang didorong pasaran dan meneraju industri membawakan rangkaian luas produk dan penyelesaian yang berasaskan teknologi kepada pelanggan dalam pasaran yang pesat berkembang seperti pembungkusan, infrastruktur, dan penjagaan pengguna. Dow ialah subsidiari kepada DowDuPont (NYSE:DWDP), syarikat induk yang terdiri daripada Dow dan DuPont bertujuan untuk membentuk tiga syarikat yang kuat, bebas, dan didagang awam dalam sektor pertanian, sains bahan dan pengkhususan. Maklumat lanjut boleh didapati di www.dow.com

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180511/2131059-1

Source: Dow Chemicals
Keywords: Chemical Trade show news