omniture

Borgward Lancar BX6 GT dan BXi7 Elektrik Berorientasikan Masa Hadapan

Borgward
2018-05-14 06:00 649

BEIJING, 14 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Pengeluar kenderaan yang berpangkalan di Jerman, Borgward menjadi tuan rumah kepada Majlis Akademi Kejuruteraan Borgward di Beijing pada 9 Mei 2018 di mana sistem nilai jenama "Perisai Keselamatan Borgward" pengeluar kereta ini telah dipamerkan. Sistem ini telah diilhamkan oleh misi korporat untuk menjadi pembuat yang sebenar apabila tiba kepada tumpuan terhadap ketegasan, inovasi dan keselamatan pemandu yang tidak berubah semenjak penubuhan firma ini 100 tahun lalu.

Sebagai sebahagian daripada rancangan ke arah masa hadapan baharu untuk mobiliti pembuat kereta ini, pelan Borgward melancarkan strategi pembangunan unik yang memberi tumpuan kepada enjin pembakaran dalaman dan pemanduan elektrik yang dipertingkatkan, pemasangan had kelajuan dalam kenderaan di bawah arahan Adaptasi Kelajuan Pintar (ISA) Suruhanjaya Eropah, selaras dengan pengembangan jejaknya dalam sektor kenderaan elektrik (EV), saling ketersambungan dan pemanduan automatik. Pembuat kereta ini juga telah melancarkan teknologi Pendudukan Satelit Sub-meter tiga dimensi terkemuka industrinya, langkah utama ke arah pemanduan automatik.

Mencerminkan peningkatan dalam campuran produk, Borgward juga melancarkan dua model baharu, pacuan 4-roda GT SUV BX6 dan model elektrik pertamanya yang dikeluarkan secara besar-besaran, SUV BXi7, permulaan bab seterusnya dalam pembangunan jenama ini.

BX6 dengan kontur GT fastback
BX6 dengan kontur GT fastback

GT SUV BX6

Dengan kontur GT fastback, yang menyerlahkan impresi keseluruhan keanggunan sporty dan dinamik yang berkuasa, BX6 Borgward menarik minat pemandu-pemandu muda dengan rupa yang diperibadikan dan pengoptimuman aerodinamik. Lampu belakang LED yang berbentuk sayap helang menyerupai sayap helang sedang terbang dan melengkapkan lampu depan kenderaan yang berbentuk mata helang. Di samping itu, hab tayar 19" baharu membuktikan lagi kedudukan BX6 sebagai perintis dalam kualiti dan kemewahan.

BX6 Borgward memberikan prestasi yang tinggi. Semua konfigurasi BX6 dikuasakan oleh enjin suntikan langsung silinder dalam dicas turbo yang berkuasa tinggi, membawakan sehingga165kW dan puncak tork 300 Nm. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik manual 9-mod 6-kelajuan yang menyediakan pemandu dengan pengalaman peralihan gear yang baik dan lancar berdasarkan keadaan jalan dan pilihan pemandu. Di samping itu, prestasi ekonomi bahan api sebanyak 7.1 L/100 km dengan pemanduan yang lebih berkuasa mengatasi pesaing dalam kelas kenderaan yang sama.

Semua konfigurasi BX6 Borgward dilengkapi dengan sistem 4WD sepenuh masa 4 MAX pintar yang membantu pemandu menavigasi jalan-jalan yang licin dan belokan kelajuan pertengahan hingga kelajuan tinggi dengan menganalisa keadaan pemanduan secara algoritma dalam masa tindak balas 0.12 saat dan mengagihkan tork dengan bijak.

Ia akan dilancarkan di Timur Tengah dan Amerika Selatan sebelum akhir tahun 2018, dan awal tahun 2019 di Asia Tenggara.

SUV BXi7

BXi7 dikuasakan oleh dwimotor bebas dengan output kecekapan sehingga 94.5 peratus dan puncak tork 390 Nm, menerajui pesaing dalam kelas kenderaan yang sama. Kenderaan memecut dari sifar ke 100 km/h dalam 7.9 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 195 km/jam.

Dengan sistem pengurusan termal pintar yang dikenali kerana tiga kelebihan unik, BXi7 menangani julat pemanduan yang berkurangan dan masa mengecas yang panjang yang disebabkan oleh suhu yang terlampau tinggi atau terlampau rendah. Pek bateri mengekalkan prestasi yang tinggi pada julat suhu dari -30oC hingga +55oC. Kenderaan ini boleh dicas sehingga 80 peratus dalam masa 45 minit dan mencapai julat pemanduan sehingga 375 km.

Borgward kini mempunyai barisan produk yang kuat yang terdiri daripada BX5, BX6, BX7, BX7 TS dan BXi7. Syarikat ini komited untuk menyediakan pengguna dengan pengalaman atas jalan yang baik, kualiti produk selaras dengan apa yang pembeli kereta hari ini harapkan daripada gaya hidup mereka. Sementara itu, Borgward menggabungkan ruang keselamatan bahagian penumpang proprietarinya dan masa tindak balas yang sangat cepat, yang telah dianggap oleh Borgward sebagai Ruang dan Masa Keselamatan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180511/2127146-1

Source: Borgward
Keywords: Auto Transportation Trucking and Road Transportation New products/services