omniture

Victoria Dockside Tetap Tanda Aras dengan Konsep Pejabat dan Sewa Memecah Rekod

Adrian Cheng Cipta Gelombang Keterujaan Pertama di Daerah Seni dan Reka Bentuk Seluas 3j kaki persegi
New World Development
2018-05-14 07:34 652

HONG KONG, 14 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Berikutan pelancaran awalnya dalam bulan April 2018, Victoria Dockside, daerah seni dan reka bentuk global bernilai HK$20 bilion (US$2.6 bilion) seluas 3 juta kaki persegi yang bercita-cita tinggi di sepanjang persisiran ikonik Hong Kong, menetapkan rekod baharu dalam kadar sewa pejabat di Tsim Sha Tsui, Hong Kong. Dua penyewa baharu di K11 Atelier, terletak dalam Victoria Dockside, mengambil ruang pejabat seluas lebih 10,000 kaki persegi, kedua-duanya dengan kadar sewa HK$120 kaki persegi yang memecah rekod, yang tertinggi di Tsim Sha Tsui dan keseluruhan Kowloon.

Victoria Dockside dijadualkan dibuka sepenuhnya dalam tahun 2019
Victoria Dockside dijadualkan dibuka sepenuhnya dalam tahun 2019

Diwujudkan oleh Pengasas K11 dan Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengurus Besar New World Development Adrian Cheng, Victoria Dockside ialah salah sebuah projek pembangunan semula terbesar dalam sejarah Hong Kong, dan menetapkan penanda aras baharu dalam persekitaran pejabat, acara-acara kebudayaan, serta penawaran seni dan reka bentuk untuk membawakan tenaga kerja generasi akan datang, generasi millennium global dan bakat-bakat kreatif. Apabila ia dibuka sepenuhya dalam tahun 2019, Victoria Dockside bersedia untuk menjadi destinasi kebudayaan global baharu, membawa Hong Kong ke perbatasan kebudayaan baharu.

Mengumumkan pelancaran fasa pertama Victoria Dockside pada 26 April 2018, Adrian Cheng, Pengasas K11 dan Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengurus Besar New World Development, disertai oleh lebih 1,000 orang-orang berpengaruh dan tetamu tempatan dan antarabangsa dari sektor seni, media kreatif dan gaya hidup di parti Make Waves di K11 Atelier, bangunan pejabat pertama di bawah jenama K11. Lokasi K11 Atelier terletak dalam Victoria Dockside dan merupakan tempat kerja pertama untuk menyepadukan seni, orang ramai dan alam semulajadi dalam satu bangunan yang canggih. Ia juga mentafsir semula ruang kerja moden dengan konsep Bandaraya Kreatif Vertikal, mewujudkan persekitaran pejabat yang memberi inspirasi untuk tenaga kerja generasi akan datang.

Tema "Make Waves" memberikan gambaran perubahan yang dibawakan oleh Victoria Dockside. Semasa acara pelancaran, para tetamu telah dipimpin ke pengembaraan yang menarik melalui pameran "Make Waves" yang membawakan evolusi ke daerah ini dari tahun 1845 sehingga kini.

Menghidupkan Semula Persisiran Tsim Sha Tsui yang ikonik

Semasa tapak ini masih dikenali sebagai Holt's Wharf pada awal abad ke-20, ia telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan bandaraya ini menjadi pelabuhan tersibuk di dunia, mengukuhkan reputasi Hong Kong sebagai Pintu Masuk ke Timur. Berikutan dengan pembukaan New World Centre dalam tahun 1978, kawasan ini menjadi kubu kuat kepada jenama antarabangsa di bandaraya ini dan menjadi tuan rumah kepada beberapa "kejadian" paling inovatif yang pernah disaksikan oleh Hong Kong. Selepas empat puluh tahun, kini apabila Victoria Dockside diwujudkan oleh perusahaan kebudayaan New World Development, ia bakal mencetuskan ombak perubahan baharu dalam reka bentuk, seni, kebudayaan dan kemampanan. Ia akan menjadi pengubah industri yang sekali lagi akan memecah tradisi untuk mewujudkan paradigma baharu untuk dunia ini.

Cheng, pemikir di sebalik Victoria Dockside yang bernilai US$2.6 bilion, berkata, "Visi kami ialah untuk memberikan kesan yang besar di destinasi bertaraf dunia ini dengan menyediakan kanvas kosong kepada pelukis, pereka dan perniagaan untuk memaksimumkan kreativiti mereka dan membantu mewujudkan salah satu kejiranan hari esok yang paling mengujakan.

"Kami komited untuk mewujudkan perbatasan baharu dengan Victoria Dockside untuk Hong Kong. Ia akan menawarkan kaleidoskop pengalaman berlatar belakangkan salah satu pemandangan yang paling mengagumkan di dunia. Daerah baharu ini akan menyediakan ruang untuk pelawat tempatan dan antarabangsa untuk berehat daripada hiruk pikuk kehidupan seharian. Dan tapak ini sekali lagi menjadi mercu tanda di Hong Kong, membawakan perubahan baharu dan senario baharu ke bandaraya ini."

#MakeWaves dalam Reka Bentuk

Sepuluh tahun dalam pembikinan, pelan dasar Victoria Dockside telah dipimpin oleh Cheng dan dicipta oleh firma arkitek yang disanjungi, dan lebih 100 pereka dan perunding di seluruh dunia, termasuk nama-nama terkenal seperti Kohn Pedersen Fox (KPX), dan arkitek lanskap James Corner Field Operation (JCFO). Di K11 Atelier, hiasan dalaman menara pejabat penggunaan bercampur telah direka oleh studio Reka Bentuk Jepun Simplicity, yang lebih dikenali kerana mewujudkan ruang minimalis dan hospitaliti yang berpusatkan manusia.

#MakeWaves dalam Seni dan Budaya

Di pinggir Victoria Dockside ialah ruang hijau yang baru dilancarkan semula Salisbury Garden dan Avenue of Stars – persiaran ini dijadualkan untuk dibuka semula dalam bulan Februari 2019. Ruang-ruang awam ini, kedua-duanya direka semula oleh pereka New York Highline James Corner dengan penyertaan pereka-pereka dari Hong Kong seperti LAAB, One Bite Design Studio, Urbis Limited dan Ronald Lu & Partners, dibuat untuk mengalu-alukan kanvas kosong untuk pemasangan artistik, persembahan dan konsert terbuka dan acara-acara kebudayaan lain seperti penayangan filem. Ruang-ruang ini juga menawarkan pemandangan pertunjukan bunga api Victoria Harbour yang sempurna.

#MakeWaves di Tempat Kerja

Kunci untuk gelombang pertama Victoria Dockside ialah K11 Aterlier, bangunan pejabat Gred A berjenama K11 pertama dengan program kebudayaan dalaman untuk menghubungkan tenaga kerja generasi akan datang. Sebelum pengumuman hari ini, K11 Aterlier telah mengatasi ICC sebagai bangunan pejabat termahal. Dengan rekod sewaan pejabat baharu pada HK$120 kaki persegi, K11 Atelier bersaing dengan rakan-rakannya dalam CBD Central yang tradisional, sementara program kebudayaan sendiri dan reka bentuk uniknya juga membezakannya daripada bangunan pejabat Gred A yang lain di Hong Kong. Lobi utama K11 Atelier juga digunakan sebagai Ruang Komuniti dengan kiosk kopi dan kawasan kelompok yang dikelilingi dengan kehijauan dan kayu semulajadi. Ia menawarkan suasana luar biasa bagi minda-minda kreatif berhubung, bertembung dan memberi inspirasi kepada satu sama lain. Penyewa K11 Aterlier juga akan ditawarkan akses kepada 'Akademi K11 Atelier', pelbagai program terdiri daripada kesejahteraan kerohanian dan fizikal, kepada produktiviti, kejayaan, kebudayaan, kreativiti, dan pembangunan pasukan. 

#MakeWaves dalam Kemampanan

Merujuk kepada Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Cheng mempelopori "Wawasan Kemampanan Dunia Baharu 2030" dan mengetuai Kumpulan untuk menyusun penawaran perniagaan yang mencerminkan elemen dan manfaat "Hijau", "Kesejahteraan", "Pintar" dan "Penyayang" dalam setiap projek. Wawasan ini direalisasikan sepenuhnya di Victoria Dockside.

K11 Atelier mempunyai dua pensijilan bangunan hijau terbaik, dan keamatan penggunaan tenaganya ialah 1.5 kali lebih rendah daripada bangunan pejabat biasa Hong Kong. Bahagian luar K11 Atelier disepadukan dengan salah satu sistem solar fotovoltan terbesar Hong Kong, mencipta kuasa yang cukup untuk mengendalikan hampir 220 mesin kopi.

Keseluruhan daerah ini dijadualkan dibuka sepenuhnya dalam tahun 2019, dengan gelombang pengumuman baharu seterusnya pada bulan Jun 2018. Ia juga akan menampilkan Rosewood Hotel dan Rosewood Residences yang sangat mewah. Daerah seni dan reka bentuk baharu ini akan menghidupkan semula pelabuhan Victoria dan mewujudkan kejiranan baharu paling menarik untuk penduduk Hong Kong dan 60 juta pengunjung tahunan bandaraya ini.

-TAMAT-

Latar Belakang New World Development Company Limited

Ditubuhkan dalam tahun 1970, New World Development Company Limited ("Kumpulan", kod saham Hong Kong: 00017) telah disenaraikan di Hong Kong dalam tahun 1972 dan merupakan stok konstituen Indeks Hang Seng Hong Kong. Jenama premium yang digabungkan dengan personaliti unik yang ditafsirkan oleh The Artisanal Movement, bidang perniagaan teras New World Group termasuk pembangunan hartanah, infrastruktur dan perkhidmatan, runcit, hotel dan pangsapuri servis. Setakat 31 Disember 2017, jumlah nilai aset Kumpulan ialah HK$468.1 bilion. Kumpulan ini mempunyai kepentingan berkesan kira-kira 61% dalam NWS Holdings Limited (kod saham Hong Kong: 00659), kira-kira 75% dalam New World Development Store China Limited (kod saham Hong Kong: 00825) dan dimiliki penuh dalam New World China Land Limited.

Victoria Dockside 
Laman Sesawang Rasmi: www.victoriadockside.com

K11 Atelier
Laman Sesawang Rasmi: https://www.k11atelier.com/ 

Untuk lebih imej beresolusi tinggi, sila muat turun melalui Pautan Dropbox ini.

MEDIA SOSIAL

Ikuti kami di:

  • Adrian Cheng (@ac_kaf) di Instagram
  • Victoria Dockside (@VictoriaDockside) di Facebook dan Instagram
  • K11 Atelier (@K11Atelier) di Facebook dan Instagram

Atau melalui tanda pagar ini:

  • #VictoriaDockside
  • #MakeWaves

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180510/2130130-1

Source: New World Development
Keywords: Art Commercial Real Estate Entertainment Overseas Real Estate (non-US) Real Estate