omniture

Pasukan Thai Mara ke Peringkat Kedua Terbuka Bangkok 2018

KEMBAR KANADA SERTAI PILIHAN UTAMA MARA KE 12 TERATAS
E-Plus Global Sdn Bhd
2018-05-14 07:57 645

BANGKOK, 14 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Hari ketiga Persekutuan Bola Tampar (FIVB) Jelajah Dunia Bola Tampar Pantai yang padat – Terbuka Bangkok 2018 menyaksikan 32 perlawanan dimainkan oleh empat pasukan daripada empat kumpulan untuk 16 pasukan dalam undian utama dalam bahagian lelaki dan wanita. Ini diadakan untuk menentukan pasukan pilihan pertama, kedua dan ketiga daripada setiap kumpulan untuk mara ke Pusingan 12 dan suku akhir pada hari Sabtu.  

Canadian Twins Join Top Seeds Through to Top 12
Canadian Twins Join Top Seeds Through to Top 12

Selepas pertarungan sengit di ketiga-tiga gelanggang di Institut Teknologi King Mongkut, Bangkok, 12 pasukan wanita yang akan mara adalah: Anna Behlen/Sarah Schneider (GER); Megan and Nicole McNamara (CAN), Janne Pedersen/Hanne Haugen Zylstra(NOR), Bree Scarbrough/Aurora Davis(USA), Leila Consuelo Martinez Ortega/Mailen Deliz Tamayo(CUB), Paula Soria Gutierrez/Maria Belen Carro Marquez de Acuna (ESP), Tadva Yoken/Sigrid Simonsson(SWE), Marta Ozolina/Agnese Caica (LAT), Ayumi Kusano/Takemi Nishibori(JPN), Pronsuda Kritsana/Yodsaphat Pakham(THA), Urte Andriukaityte/Irina Zobnina(LTU) dan Wai Yan Au Yeung/Ting Chi Yuen(HKG). Dengan dua kemenangan daripada dua perlawanan, Behlen/Schneider, kembar McNamara, Pedersen/Zylstra dan Scarbrough/Davis kesemuanya mendapat bai automatik ke peringkat suku akhir.

Dalam pertandingan lelaki, 12 pasukan yang mara ialah: Aleksandr Kramarenko/Taras Myskiv (RUS), Takumi Takahashi/Yusuke Ishijima(JPN), Florian Schnetzer/Daniel Mullner (AUT), Tim Dickson/Marcus Ferguson (AUS), Katsuhiro Shiratori/Yuya Ageba (JPN), Martin Appelgren/Simon Boman (SWE), Paul Becker/Eric Stadie(GER), Armin Dollinger/Simon Kulzer(GER), Nuttanon Inkiew/Sedtawat Padsawud(THA), Yoshiumi Hasegawa/Keisuke Shimizu (JPN), Alejandro and Javier Huerta Pastor (ESP) dan Tsz Ho Kelvin Lau/Pui Lam Wong (HKG). Kramarenko/Myskiv, Takahashi/Gottsu, Schnetzer/Mullner dan Dickson/Ferguson kesemuanya dengan dua kemenangan tanpa mata di pihak lawan untuk berada di tempat teratas kumpulan masing-masing dan memperolehi bai automatik dan memasuki lapan pasukan akhir.

Andrew Ching, Ketua Pegawai Eksekutif E-Plus Global, penggalak dan penganjur kejohanan berkata, "Terdapat banyak aksi luar biasa hari ini di ketiga-tiga gelanggang dengan kesemua permainan dalam kategori lelaki dan wanita dan petanda baik bagi Pusingan ke-12 dan suku akhir pada hari Sabtu! Ia benar-benar hebat untuk menyaksikan atlit bola tampar pantai bertaraf dunia ini memberikan segala-galanya, berjuang untuk setiap mata dan memberikan peminat dan penggemar persembahan yang benar-benar menarik, sesuatu yang kami yakin akan menyemarakkan hari-hari akan datang  terutamanya apabila kita semakin dekat dengan hari perlawanan akhir!"

Pusingan ke-12 dan suku akhir berlangsung pada hari Sabtu (12 Mei) dengan perlawanan penentu pingat pada hari Ahad (13 Mei).

Foto-https://photos.prnasia.com/prnh/20180512/2131824-1

Source: E-Plus Global Sdn Bhd
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports