omniture

ZSmart Perkasa Transformasi Pintar di TM Forum DTW 2018

ZTEsoft
2018-05-15 00:20 531

NICE, Perancis, 15 Mei 2018 /PRNewswire/ -- ZTEsoft dengan sukacitanya mengumumkan penyertaannya dalam Dunia Transformasi Digital Forum TM (DTW) 2018 (dahulunya TM Forum Live!), yang berlangsung mulai 14-16 Mei 2018 di Nice. Di DTW 2018 tahun ini, ZTEsoft akan memperkenalkan penyelesaian Telecom Brain dipacu kecerdasan buatan (AI) terkini, ZSmart QConnect dan penyelesaian internet komunikasi benda (IoT) bagi memperkasa usaha transformasi dalam industri-industri.

Telecom Brain pacu pengalaman dipertingkat dan kecekapan pengendalian

Penyelesaian Telecom Brain dibuat khusus untuk membantu CSP menjadikan pengendalian perniagaan telekomunikasi suatu yang pintar, cekap dan bertumpu pengalaman. Telecom Brain menangani pelbagai senario perniagaan yang berbeza melalui:

  • Platform digital ZSmart, yang membantu CSP mengurus komunikasi antara pihak-pihak berbeza, menggabungkan strategi pemasaran fleksibel dan menyediakan pengalaman kehidupan digital terpelbagai untuk pelanggan melalui penyepaduan rentas industri.
  • Operasi tentuan pengetahuan (KDOps) ZSmart, sistem sokongan operasi ditingkatkan AI dengan komponen utama berasaskan pembelajaran mesin yang dapat menganalisis dan membuat keputusan menurut pengetahuan dan data yang banyak. ZSmart KDOps membolehkan CSP memodenkan pengendalian dan pengurusan dengan strategi alih-gagal (failover) pantas dan proses membuat keputusan automatik.
  • ZSmart uTalk dikuasakan AI, membantu ejen-ejen pelanggan bertindak lebih luas melalui omnisaluran dan peralihan daripada bantuan reaktif kepada sokongan proaktif. Teknologi pengecaman pertuturan automatik (ASR) memberikan kerja terselaras manusia-mesin berdasarkan robot dalam talian 24 jam yang dapat mengendalikan isu-isu ringkas dan berulang-ulang serta mengenal pasti permintaan pelanggan dengan pintar.

ZSmart QConnect modenkan rangkaian & perkhidmatan anda dalam era ICT

Agar mampu bertahan dalam lanskap dipacu perisian hari ini, CSP berusaha untuk memodenkan rangkaian sekaligus membangunkan perkhidmatan inovatif dengan pengkomputeran awan. ZSmart QConnect menyediakan pasaran sehenti untuk perkhidmatan awan dan rangkaian dengan pengaturan rangkaian fizikal dan maya yang anjal, seraya membolehkan CSP mendapat manfaat daripada sinergi antara awan dan rangkaian, seterusnya membina ekosistem untuk perkhidmatan rangkaian-awan pintar.

Merungkai nilai tak terhingga dalam ekosistem IoT

ZTEsoft menyediakan pelanggan dalam setiap industri dengan penyelesaian IoT hujung-ke-hujung bermula dengan pengurusan sambungan, pengurusan rakan kongsi kepada pembangunan aplikasi dan pendayaan platform. Penyelesaian IoT ZSmart dapat membantu mengukuhkan keandalan infrastruktur IoT, mengurus perniagaan IoT anda daripada sensor kepada awan dengan cekap. ZTEsoft bertujuan untuk merealisasikan pertembungan antara orang ramai, benda dan awan dalam dunia digital, dengan menumpu pada infrastruktur dan ekosistem rakan kongsi, seraya mewujudkan ekosistem IoT yang terbuka dan inklusif kepada rakan-rakan kongsi.

Kunjungi reruai kami di DTW TM Forum 2018 # 332 (Tingkat 3), Pusat Konvensyen Acropolis untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian ZSmart.

 

Source: ZTEsoft
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Trade show news