omniture

Honor dan Cabaran Sukan Lasak FISE Dibuka 'Untuk yang Berani'

Honor
2018-05-15 10:00 739

Acara lima hari ialah kolaborasi antara sukan dan teknologi serta merupakan pengalaman tidak dapat dilupakan untuk generasi muda dalam kalangan peminat fanatik sukan lasak

MONTPELLIER, Perancis, 15 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Honor, e-jenama telefon pintar penetap trend yang baharu, menaja FISE World Series (Festival International des Sports Extremes), yang kini diadakan di Montpelier untuk acara pertama Perancis bagi festival sukan lasak terbesar di dunia, yang bermula pada 9 Mei 2018.

Honor telah mendorong FISE sejak tahun 2014 dan menjadi rakan kongsi strategik global pada tahun 2016. Sebagai salah satu "kerjasama berani" Honor, untuk generasi muda dan mereka yang menganggap diri mereka masih muda, FISE membawakan dunia sukan dan inovasi menarik yang mana atlet-atlet dapat menyahut cabaran baharu, mengekspresikan diri mereka dan menerobos sempadan ke tahap ekstrem!

"Atlet-atlet FISE pada semua tahap kemahiran membawakan cogan kata 'Untuk yang Berani'," kata George Zhao, Presiden Honor. "Honor komited untuk membina hubungan kami dengan seluruh generasi muda di seluruh dunia, bagi membantu mewujudkan gaya hidup yang menarik dan mengikut trend bersama-sama mereka."

Sebagai jenama yang dicipta untuk generasi muda, Honor mewujudkan gaya hidup untuk sesiapa sahaja yang menganggap diri mereka masih muda, memperkenalkan teknologi termaju melalui perkongsian dalam bidang muzik, e-sukan, fotografi dan sukan.

Acara selama lima hari itu menerima lebih 2,700 atlet sukan lasak yang bersemangat setiap tahun dari seluruh dunia. Atlet-atlet profesional dan atlet-atlet amatur bersaing bersama-sama dalam tujuh kategori sukan lasak: Sukan Wakeboard, BMX, Sukan Papan Luncur, Permainan Kasut Roda, Skuter, Berbasikal Gunung dan Parkour.

Pemain wakeboard menyusur dengan bendera berjenama Honor (foto diambil dengan Honor 10)
Pemain wakeboard menyusur dengan bendera berjenama Honor (foto diambil dengan Honor 10)

 

Atlet BMX profesional menguasai ‘quarterpipe’
Atlet BMX profesional menguasai ‘quarterpipe’

 

Pemain papan luncur memperlihatkan kemahiran cemerlang dengan meluncur di atas rel grind
Pemain papan luncur memperlihatkan kemahiran cemerlang dengan meluncur di atas rel grind

 

Peminat mencuba produk kemegahan baharu Honor 10, yang akan dilancarkan di London pada 15 Mei 2018
Peminat mencuba produk kemegahan baharu Honor 10, yang akan dilancarkan di London pada 15 Mei 2018

 

Peminat berkongsi hari gembira di media sosial (foto diambil dengan Honor 10)
Peminat berkongsi hari gembira di media sosial (foto diambil dengan Honor 10)

Latar Belakang Honor

Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Honor dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami melalui: 
https://www.facebook.com/honorglobal/
 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/honorglobal

Latar Belakang FISE World Series

FISE World Series (FWS) ialah jelajah sukan lasak yang menghimpunkan atlet-atlet sukan aksi terbaik di dunia untuk bersaing di bandar-bandar berbeza seluruh dunia. ia merupakan siri sukan aksi berbilang disiplin yang terbesar dan paling berprestij di dunia. Seleksi sukannya adalah luar biasa dan melibatkan BMX Freestyle Park and Flatland, Papan Luncur, Basikal Bukit, Kasut Roda Gaya Bebas, Wakeboard, Skuter dan Parkour.

Saban tahun, lebih 2700 atlet amatur dan profesional dari 40 negara mengikuti pentas FWS yang dihoskan oleh bandar-bandar simbolik, seraya memperlihatkan komitmen mereka terhadap belia dan sukan. Pada tahun 2017, FISE meraikan ulang tahun ke-20 di hadapan sekitar 600,000 penonton yang berkumpul di Tebing Sungai Lez.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi FISE http://www.fise.fr/en/fise-world-series-2018.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180514/2131179-2-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180514/2131179-2-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180514/2131179-2-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180514/2131179-2-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180514/2131179-2-e

 

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Sporting Events Sports Wireless Communications Licensing/marketing agreements