omniture

Pandangan 30 Tahun: Menilai Masa Depan Emas

World Gold Council
2018-05-21 18:32 1468

LONDON, 21 Mei 2018/PRNewswire/ --

World Gold Council hari ini melancarkan koleksi esei sekali, Gold 2048, menghimpunkan pakar-pakar yang terkemuka dalam industri dari seluruh dunia untuk menganalisis bagaimana pasaran emas bersiap sedia berevolusi dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Kesimpulan-kesimpulan utama yang diperoleh daripada penulis-penulis seperti George Magnus, pakar ekonomi kanan; Rick Lacaille, Ketua Pegawai Pelaburan Global State Street Global Advisors; dan Michelle Ash, Ketua Pegawai Inovasi di Barrick Gold termasuk:

  • Kelas pertengahan yang semakin bertambah di China dan India, digabungkan dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih luas, akan memberi impak penting terhadap permintaan emas.
  • Penggunaan emas dalam segmen tenaga, rawatan kesihatan dan teknologi berubah dengan pesat. Kedudukan emas sebagai bahan pilihan dijangka berterusan dan berevolusi sepanjang dekad-dekad akan datang.
  • Aplikasi mudah alih untuk pelaburan emas, yang membolehkan individu membeli, menjual, melabur dan menghadiahkan emas akan berkembang pesat di India dan China.
  • Isu-isu alam sekitar, sosial dan pentadbiran semakin memainkan peranan dalam membentuk semula kaedah-kaedah pengeluaran perlombongan.
  • Industri perlombongan emas perlu bergelut dengan cabaran untuk menghasilkan tahap emas yang serupa sepanjang 30 tahun akan datang untuk menandingi jumlah yang dapat disediakan suatu masa dahulu.

Aram Shishmanian, Ketua Pegawai Eksekutif World Gold Council mengulas: "Sejak diwujudkan pada tahun 1987, World Gold Council bekerjasama dengan penggubal dasar, pengawal selia dan peserta industri untuk mendorong pemahaman dan seterusnya permintaan terhadap emas."

"Tempoh 30 tahun akan datang pastinya membawakan perubahan ketara, ada antaranya yang kita jangkakan, ada antaranya juga yang tidak diramalkan oleh sesiapa dalam kalangan kami. Saya berasa gembira kerana Gold 2048 telah dapat menyatukan himpunan penyumbang hebat iaitu pakar ekonomi, pengurus pelaburan, pemimpin dalam industri perlombongan serta pakar-pakar kami sendiri, bagi mengambil kira trend global dan kedinamikan yang akan memacu pasaran menarik ini ke hadapan."

Koleksi lengkap sedia dimuat turun di sini: https://www.gold.org/research/gold-2048

Anda boleh mengikuti World Gold Council melalui Twitter di @goldcouncil dan Klik Suka pada Facebook.

Nota untuk editor: 

World Gold Council

World Gold Council ialah organisasi pembangunan pasaran untuk industri emas. Objektif kami adalah untuk merangsang dan mengekalkan permintaan terhadap emas, menyediakan kepimpinan industri dan menjadi kuasa global dalam pasaran emas.

Kami membangunkan penyelesaian, perkhidmatan dan produk bersandarkan emas, berasaskan wawasan pasaran yang berwibawa dan kami turut bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi untuk melaksanakan idea kami. Hasilnya, kami mencetuskan peralihan struktur bagi permintaan terhadap emas dalam sektor-sektor pasaran utama. Kami menyediakan pandangan kepada pasaran emas antarabangsa, membantu orang ramai memahami kualiti pemeliharaan emas yang luas dan peranannya dalam memenuhi keperluan masyarakat dari segi sosial dan alam sekitar.

Keahlian World Gold Council termasuk syarikat-syarikat perlombongan emas yang terkemuka dan paling berpandangan jauh di dunia.

Sumber: World Gold Council

Source: World Gold Council
Keywords: Mining/Metals Survey, Polls & Research