omniture

Platform Blok Binaan Elektronik Boleh Diprogram untuk IoT dan AI

Makeblock
2018-05-22 04:21 1157

- Makeblock lancar Neuron Creative Lab Kit 

SHENZHEN, China, 22 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Makeblock, penyedia penyelesaian pendidikan STEAM yang terkemuka di dunia, baru-baru ini melancarkan Creative Lab Kit, versi terkini platform blok binaan elektronik boleh diprogram Neuronnya, bagi menggalakkan pendidikan IoT dan AI.

Neuron Makeblock ialah platform blok binaan elektronik boleh diprogram yang direka untuk pendidikan STEAM. Kit terkini menawarkan ciri-ciri paling hebat dan rangkaian blok paling luas dalam siri Neuron. Ia mempunyai 30 blok elektronik berbeza dengan lebih 100 kesan interaksi yang mungkin terhasil.

Kit ini bukan sahaja menyokong perisian pengaturcaraan seperti Aplikasi Neuron dan mBlock5 tetapi turut membawakan teknologi terkini seperti AI, IoT dan Google Deep Learning ke dalam kehidupan harian. Ia membantu membangunkan Maker Space antara sekolah-sekolah, mewujudkan pengaturcaraan pintar di bilik darjah dan membimbing pendidikan STEAM ke arah penyeragaman dan pengaturcaraan.

Sejak dilancarkan pada tahun 2017, Neuron Makeblock telah meraih 7 anugerah antarabangsa berserta pengiktirafan dan penghormatan seluruh dunia, seperti Anugerah Gold Edison 2018, Anugerah CES Design 2018, Anugerah Reka Bentuk Produk iF Jerman 2018, Anugerah Red Dot Jerman 2018, Anugerah IDEA Gold A.S. 2017, Anugerah Good Design Jepun 2017 dan Anugerah K-Design Korea 2017.

Sehingga hari ini, Neuron Makeblock telah melancarkan 2 kit: Inventor Kit dan Creative Lab Kit. Setiap blok boleh dipesan di store.makeblock.com. Creative Lab menawarkan tambahan 20 blok elektronik, mencakupi mod interaksi akustik, optik dan dinamik dengan reka bentuk modular, sambungan magnet paten, penampilan berwarna warni dan kemampuan untuk tahan lama.

Creative Lab menyokong pengaturcaraan dalam talian dan luar talian. Guru-guru boleh memilih daripada Aplikasi Neuron, perisian pengaturcaraan yang mudah digunakan untuk mBlock5, perisian pengaturcaraan berasaskan blok atau berasaskan teks, bagi memenuhi keperluan pelajar daripada kumpulan umur berbeza.

Modul-modul Neuron Creative Lab dan Anugerah-anugerah Antarabangsa
Modul-modul Neuron Creative Lab dan Anugerah-anugerah Antarabangsa

Jasen Wang, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Makeblock, berkata, "Makeblock berharap dapat menyediakan sekolah-sekolah dan guru-guru dengan penyelesaian STEAM yang lebih seragam, sistematik, komprehensif dan termaju serta dapat menggalakkan STEAM di China. Kami membawakan pengaturcaraan, semangat pembuat dan pendidikan robot ke lebih banyak sekolah bagi membantu para pelajar menikmati kursus inovasi."

Creative Lab Makeblock akan disesuaikan untuk sekolah-sekolah dan guru-guru bagi membawakan kurikulum STEAM tersuai. Dengan penyelesaian STEAM tersuai dan berbeza, guru-guru mendapat pilihan pemasangan lebih banyak berkenaan jenis dan kuantiti blok, menyediakan pelbagai kombinasi untuk keperluan bilik darjah yang berbeza. Makeblock menawarkan lebih 20 kes pengajaran yang menginspirasikan, menggalakkan guru-guru dalam bidang inovasi dan membimbing mereka menerusi penerokaan pedagogi STEAM.

Untuk memesan Neuron Creative Lab sila layari http://store.makeblock.com/makeblock-neuron-creative-lab-kit

Latar Belakang Makeblock

Makeblock Co., Ltd, ditubuhkan pada tahun 2013, ialah penyedia penyelesaian pendidikan STEAM yang terkemuka. Menyasarkan pasaran pendidikan dan hiburan STEAM untuk sekolah, institusi pendidikan dan keluarga, Makeblock menyediakan perkakasan, perisian, penyelesaian kandungan yang paling lengkap serta pertandingan robotik yang hebat, dengan sasaran untuk mencapai penyepaduan teknologi dan pendidikan yang mendalam. Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti @Makeblock melalui Facebook atau Twitter, atau layari www.makeblock.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180521/2138538-1

Source: Makeblock
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Education New products/services Blockchain