omniture

IMD: AS Dahului Hong Kong di Tempat Pertama Antara Ekonomi Paling Berdaya Saing di Dunia

IMD
2018-05-24 02:11 1483

LAUSANNE, Switzerland, 24 Mei 2018 /PRNewswire/ --

Sempena edisi ke-30nya, Kedudukan Daya Saing Dunia IMD menekankan trend jangka panjang yang ditonjolkan dalam edisi terdahulu, yang mana setiap negara yang tersenarai di kedudukan teratas mengambil pendekatan tersendiri agar menjadi ekonomi berdaya saing.

generated by system

Lima ekonomi teratas yang paling berdaya saing kekal menduduki kedudukan yang sama seperti mana tahun lalu namun susunannya berubah. Amerika Syarikat kembali menduduki tempat pertama, diikuti dengan Hong Kong, Singapura, Belanda dan Switzerland. Kembalinya Amerika Syarikat di kedudukan teratas dipacu oleh kekuatannya dalam prestasi ekonomi (pertama) dan infrastruktur (pertama). Hong Kong mengambil pendekatan yang agak berbeza dengan mengeksploitasi kecekapan kerajaan (pertama) dan kecekapan perniagaan (pertama).

Belanda mendaki satu anak tangga bagi menduduki tempat ke-4, manakala Switzerland turun ke tempat ke-5. Kemajuan Belanda menunjukkan haluan yang "seimbang" menuju daya saing, tersenarai dalam kedudukan 10 teratas dalam kategori prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan dan juga kecekapan perniagaan. Daya saing Switzerland menurun sebahagian besarnya lantaran penurunan dalam eksport dan peningkatan persepsi tentang ancaman penempatan semula kemudahan-kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Denmark, Norway dan Sweden, masing-masing menduduki tempat ke-6, ke-8 dan ke-9. UAE (ke-7) dan Kanada (ke-10) menduduki kedudukan bawah dalam penarafan tersebut.

Ekonomi-ekonomi lain yang menunjukkan kemajuan ketara tahun ini ialah Austria (ke-18) dan China (ke-13). Profesor Arturo Bris, Pengarah Pusat Daya Saing Dunia IMD, berkata, "Pertumbuhan ekonomi, pengurangan hutang kerajaan dan peningkatan produktiviti perniagaan membolehkan Austria mendaki anak tangga. Bagi China, pelaburan dan infrastruktur fizikal dan tidak ketara serta penambahbaikan dalam beberapa aspek institusi seperti rangka kerja perundangan dan pengawalseliaan meningkatkan prestasinya."

Bris menyebutkan bahawa, "Keputusan tahun ini mengukuhkan sifat penting dalam lanskap daya saing. Negara-negara mengambil laluan berbeza ke arah transformasi berdaya saing." Beliau menambah, "negara-negara di kedudukan teratas dalam ranking berkongsi prestasi yang lebih daripada biasa mencakupi seluruh faktor daya saing, namun demikian gabungan daya saing negara-negara tersebut berbeza-beza. Sebuah negara ekonomi, sebagai contoh, mungkin membangunkan strategi daya saingnya berkisarkan aspek tertentu seperti infrastruktur yang ketara dan tidak ketara; sebuah lagi negara mungkin mengambil pendekatan daya saing melalui kecekapan kerajaannya."

Latar Belakang IMD: IMD ialah sebuah sekolah perniagaan bebas, dengan asal usul dari Switzerland dan mempunyai capaian global, pakar dalam membangunkan pemimpin serta mengubah organisasi-organisasi demi mencetuskan impak berterusan.

Sejak 7 tahun berturut-turut yang lalu, IMD menduduki tangga 3 TERATAS dalam bidang pendidikan eksekutif seluruh dunia - PERTAMA dalam program-program terbuka (Financial Times 2012-2018) http://www.imd.org

Perhubungan Media /Temubual: 

Aïcha Besser
Sekolah perniagaan IMD, Perhubungan Media Global
Tel: +41-21-618-0507
aicha.besser@imd.org

Source: IMD
Keywords: Banking/Financial Service Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research