XI'AN, China, 28 Mei 2018 /PRNewswire/ -- LONGi Solar mengumumkan bahawa Pusat Pensijilan Am (CGC) China, sebuah pertubuhan pengujian berwibawa dan bebas, mengesahkan bahawa modul genting dwimuka 60-sel LONGi Solar mencapai kecekapan penukaran sisi depan sebanyak 20.66%, iaitu nilai tertinggi di dunia setakat ini.
Dr. Lv Jun, Naib Presiden LONGi Solar berkata, "perkembangan penting dalam kecekapan penukaran modul ini terus mengesahkan potensi pembangunan PERC monohabluran. Kami amat yakin ini akan menggantikan sepenuhnya produk-produk konvensional dalam tempoh tiga tahun akan datang dan meningkatkan dengan berkesan tahap kecekapan dan keandalan penjanaan kuasa sistem PV, yang hasilnya dapat mengurangkan LCOE dan memberi lebih banyak faedah kepada pelanggan."
Berdasarkan tahap kecekapan penukaran tinggi bagi PERC sisi tunggal, sel PERC dwimuka menjana kuasa daripada sisi depan dan belakang, menambah 10%-25% hasil yang lebih tinggi pada kos yang sama dengan PERC sisi tunggal. Pada masa depan, bahagian pasaran modul-modul dwimuka PERC akan meningkat dengan pesat.
Ini merupakan kali ketiga dalam tahun ini LONGi Solar menerajui industri dan memecah rekod dunia bagi kecekapan modul PV. Pencapaian berkenaan boleh dikaitkan dengan pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat yang tinggi. Pada tahun 2017, LONGi mencatat rekod baharu dalam industri PV untuk perbelanjaan R&D, yang melabur sebanyak USD 175.7 juta, iaitu 6.77% daripada pendapatan dalam R&D.
LONGi Solar akan membawa teknologi inovatifnya secara berperingkat-peringkat bagi tujuan pengeluaran secara besar-besaran dan mengaplikasikan teknologi canggih ini kepada produknya bagi menyediakan pelanggan dengan penyelesaian monohabluran cekap yang terkemuka di dunia.
"Inovasi teknologi menjadi elemen penting untuk LONGi," kata Li Wenxue, Presiden LONGi Solar. "Berorientasikan pasaran dan pelanggan, teknologi modul kami berjaya mengimbangi kuasa dan kecekapan serta mengambil kira kos dan juga faedah. Promosi LONGi terhadap modul monohabluran akan membawa pulangan pelaburan yang lebih tinggi kepada pelanggan dan menyumbang kepada tenaga hijau untuk dunia."
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180525/2143514-1
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170410/0861703498logo