omniture

Pekerjaan Terbaik Dunia, World Life Experience, Akan Terus Memberi Impak Sosial Positif dalam tahun 2019

World Life Experience
2018-06-04 14:00 788

LISBON, Portugal, 4 Jun 2018/PRNewswire/ --

Edisi pertama World Life Experience, yang bermula dalam bulan Januari 2018, sedang membangunkan perjalanan dunia dengan wawasan untuk mempromosi tanggungjawab dan kemampanan sosial.

Kumpulan sebelas orang dari negara berbeza yang menyertai pengembaraan antarabangsa ini sedang membangunkan kesedaran mereka terhadap kepelbagaian sosial dan budaya di Dunia.

generated by system

Menerusi kerja sukarela dalam organisasi bukan kerajaan (NGO) tempatan, projek ini memupuk nilai asasi sosial. Pada masa yang sama, dan dikaitkan dengan pelbagai pengalaman pelancongan, dengan perbelanjaan yang dibayar dan gaji bulanan (€2,500), melancong menjadi pekerjaan terbaik di dunia.

Kumpulan ini menawarkan diri sebagai sukarelawan dengan empat belas NGO dari bandar-bandar Eropah dan Asia, bekerja untuk matlamat yang berkaitan: tinggal bersama penduduk yang memerlukan, membantu kanak-kanak yang berisiko, membantu pelarian, dan bekerjasama dalam projek-projek pembinaan semula dan pemeliharaan alam sekitar. Destinasi seterusnya ialah di Amerika Latin dan perjalanan ini akan berakhir dalam bulan November.

Bagi Hugo Piñón, salah seorang daripada sebelas peserta edisi pertama ini: "Perjalanan ini sesuatu luar biasa. Kami telah pergi ke beberapa negara Eropah dan Thailand, Vietnam dan Malaysia. Kami juga akan pergi ke benua Amerika dan saya tidak sabar untuk meneruskan kerjasama dalam transformasi sosial komuniti yang kami bakal temui."

World Life Experience membuka permohonan sehingga 20 Julai 2018 untuk edisi ke-2. Mereka yang berminat dalam pelancongan ke dua puluh destinasi di dunia, belajar tentang masyarakat dan budaya yang berbeza, membangunkan kerja sosial dalam NGO, dengan perbelanjaan yang dibayar untuk setahun (perjalanan, pengangkutan, makanan, insurans, penginapan) dan masih menerima gaji bulanan, perlu memohon di http://www.worldlifeexperience.com.

Arianny Orellanes, peserta dalam edisi pertama, yang tinggal di Florida sebelum memulakan pengembaraan dunia ini, berkata: "Ini merupakan pekerjaan terbaik di dunia, saya melancong dalam cara sosial yang mampan. Berinteraksi dengan pelbagai masyarakat dan budaya, di tempat saya bertugas. Pada masa yang sama, saya mempunyai pengalaman amali yang amat rapat dan dapat berkenalan dengan mereka yang bersemangat dalam bertugas."

Dua puluh destinasi antarabangsa ini terletak di lima benua – Brazil, Uruguay, Argentina, Chile, Peru, Colombia, Costa Rica, Portugal, Sepanyol, Belanda, Jerman, Republik Czech, Greece, Thailand, Kemboja, Malaysia, Indonesia, Jepun, Australia dan Afrika Selatan. Penginapan di setiap bandar selama dua minggu: enam hari untuk meneroka setiap destinasi, enam hari untuk kerja sukarela dalam NGO dan tiga hari rehat.

Maklumat
https://www.facebook.com/worldlifeexperience.oficial/
https://www.instagram.com/world_life_experience/
https://www.youtube.com/channel/UCnxiPDsHuWjWrIr2cO3Hy4w

Sumber: World Life Experience

Source: World Life Experience
Keywords: Travel Workforce Management/Human Resources Not for profit