BUSHMILLS, Ireland Utara, 4 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Menjelang Hari Bapa, Bushmills® Irish Whiskey hari ini mengumumkan satu kolaborasi dengan Lowden Guitars, salah satu pengeluar gitar akustik terbaik dunia, bagi memperkenalkan gitar edisi terhad baharu yang diperbuat daripada bahan-bahan yang pernah digunakan untuk membuat wiski. Penyanyi dan penggubah lagu Ireland Utara yang mendapat pujian pengkritik Foy Vance juga turut menyumbang dalam penciptaan gitar tersebut, memanfaatkan perhatian dan pendengaran seorang pemuzik kepada wajah dan bunyi akhir instrumen itu.
Edisi Bushmills x Lowden Black Bush ialah gitar kedua yang terhasil daripada kolaborasi antara dua jenama ikonik Ireland Utara yang mempunyai minat yang sama terhadap ketukangan berkualiti. Gitar tersebut menampilkan tembaga daripada 10 periuk suling tembaga tradisional yang digunakan untuk sulingan tiga kali malt tunggal Bushmills Irish dan kayu tong yang telah digunakan untuk mematangkan wiski selama beratus-ratus tahun di kilang penyulingan wiski berlesen tertua di dunia, The Old Bushmills Distillery. Kayu tong tersebut turut dilengkapi dengan beberapa kayu nada terbaik dalam dunia gitar - African Blackwood (Kayu Hitam Afrika) dan Alpine Spruce.
Ia mengambil masa lebih 100 jam untuk mereka dan menghasilkan gitar baharu di bengkel Lowden yang terkenal di dunia dan ini merupakan kali pertama tembaga daripada Kilang Penyulingan tersebut digunakan dengan cara ini. Terdapat 25 gitar Edisi Bushmills x Lowden Black Bush yang sedia untuk dibeli daripada Lowden Guitars, setiap satunya berharga £9,800.
Colum Egan, Pakar Penyuling di The Old Bushmills Distillery, berkolaborasi dengan George Lowden untuk memilih bahan-bahan untuk gitar daripada proses pembuatan wiski. Selain tembaga periuk suling asal yang ditampilkan pada gitar, tong sherry Oloroso digunakan pada tatah dalam belakang dan tatah dalam fret ke-12 bagi memperingati keamatan gelap dan kehalusan BUSHMILLS BLACK BUSH, adunan wiski Ireland yang menggabungkan jumlah wiski malt yang banyak, dimatangkan dalam bekas tong sherry Oloroso. African Blackwood kemudiannya digunakan pada bahagian belakang dan sisi gitar manakala Alpine Spruce untuk bod suara.
Pakar instrumen bertali George Lowden, yang mana gitar akustiknya telah digunakan oleh beberapa artis paling terkenal di dunia, termasuk Ed Sheeran, berkata: "Saya terpesona dengan tembaga daripada periuk suling asal di The Old Bushmills Distillery. Bukan sahaja ia merupakan logam menarik untuk digunakan, tetapi juga hebat rasanya apabila memikirkan bahawa bahan ini telah menyalirkan wiski selama beratus-ratus tahun. Begitu juga dengan tong sherry yang secara literalnya dipenuhi dengan warisan pembuatan wiski dan digunakan sepenuhnya bagi melengkapi kayu nada yang lain dengan sempurna. Saya memilih African Blackwood untuk bahagian belakang dan sisi kerana mengikut nada, ia merupakan salah satu kayu terbaik yang boleh anda perolehi dan apabila digandingkan dengan Alpine Spruce pada bod suara, ia menghasilkan bunyi yang amat jelas dan amat mantap – segala-gala tentang gitar ini cukup indah."
Setelah gitar siap, pemuzik Ireland Utara Foy Vance menampilkan gitar ini buat julung kalinya dalam sesi intim di Warehouse No. 2 di The Old Bushmills Distillery bersama-sama kumpulan Ireland yang terkenal Beoga serta pujangga Jon Plunkett (persembahan penuh boleh dilihat di http://www.youtube.com/foyvancemusic).
Apabila menyebut tentang Gitar Edisi Bushmills x Lowden Black Bush baharu, Foy Vance berkata: "Saya merupakan peminat Bushmills and Lowden sejak dahulu dan saya seronok dapat bekerjasama dalam kolaborasi unik ini. Gitar ini mempunyai suatu keindahan tersendiri, maka amat sesuai rasanya apabila beberapa teman paling akrab saya dalam bidang muzik membantu saya memperkenalkannya buat julung kali di Kilang Penyulingan."
Kembalinya kolaborasi asli ini menggabungkan ketukangan berkualiti dan karakter teguh yang menjadi unsur utama Bushmills Irish Whiskey dan Lowden Guitars sejak penciptaannya. Di The Old Bushmills Distillery, mereka menghasilkan wiski Ireland tiga kali sulingan dengan rasa lembut terkenal yang sama selama 400 tahun. Begitu juga dengan Lowden Guitars yang telah merintis teknik penghasilan gitar akustik selama lebih 40 tahun yang memilih hanya kualiti kayu terbaik bagi memastikan setiap gitar bergema dengan bunyi yang unik dan karakter bunyi yang sama pada hari ini seperti bunyinya ketika pakar instrumen bertali George Lowden mula menghasilkan gitar buatan tangan pada tahun 1974.
Untuk melihat bagaimana Bushmills Irish Whiskey dan Lowden Guitars bekerjasama menghasilkan gitar Bushmills x Lowden Black Bush terkini, layari bit.ly/BushmillsxLowden2018. Untuk melihat persembahan Foy Vance layari http://www.youtube.com/foyvancemusic. Untuk mendaftar diri anda bagi mendaptakan Edisi Bushmills x Lowden Black Bush layari http://www.lowdenguitars.com/bushmillsxlowden.