omniture

KT Usulkan 'Smart Boracay' kepada Kerajaan Filipina

KT Corp.
2018-06-07 23:46 2781
  • Pengerusi Hwang Perkenalkan Penyelesaian Pintar kepada Setiausaha ICT yang Datang Melawat
  • WiFi Awam, CCTV pintar, Tenaga Pintar diusul untuk Boracay
  • Teknologi ICT Inovatif Korea untuk Pelawat ke "Syurga Pulau"
  • Projek Boracay Bakal Contohi Usaha Global KT Yang Berkembang

SEOUL, Korea Selatan, 7 Jun 2018 / PRNewswire/ -- KT Corp. (KRX: 030200; NYSE: KT) hari ini berkata ia telah mengusulkan projek "Smart Boracay" kepada kerajaan Filipina untuk membantu menjadikan destinasi pelancong yang terkenal di dunia lebih selamat dan lebih terhubung dengan penyelesaian teknologi ICT (teknologi komunikasi dan maklumat) KT yang maju.

KT Chairman Hwang Chang-Gyu (center) poses with visiting Philippine government officials after a meeting at the KT Gwanghwamun Building East, on June 5. They are, from second from left, Jonas R. Leones, undersecretary of the Department of Environment and International Environmental Affairs; Gregorio Honasan, secretary-designate of the Department of Information and Communications Technology; Chairman Hwang; and Eliseo Mijares Rio, Jr., acting secretary of the Department of ICT.
KT Chairman Hwang Chang-Gyu (center) poses with visiting Philippine government officials after a meeting at the KT Gwanghwamun Building East, on June 5. They are, from second from left, Jonas R. Leones, undersecretary of the Department of Environment and International Environmental Affairs; Gregorio Honasan, secretary-designate of the Department of Information and Communications Technology; Chairman Hwang; and Eliseo Mijares Rio, Jr., acting secretary of the Department of ICT.

Syarikat telekomunikasi terbesar Korea berkata bahawa pengerusinya, Hwang Chang-Gyu, dan pegawai-pegawai kanannya menyerahkan usul itu semasa sesi perbincangan dengan pegawai kerajaan Filipina yang datang melawat pada 5 Jun, tatkala mereka membincangkan cara untuk meningkatkan teknologi ICT Filipina.

"Kami sedang giat mengejar kerjasama antarabangsa yang memanfaatkan teknologi inovatif kami dalam bidang tenaga pintar dan bencana/keselamatan /kawalan keselamatan, dan juga rangkaian telekomunikasi," kata Pengerusi Hwang." Inisiatif 'Smart Boracay' akan memberikan kami peluang untuk mendapat manfaat berjuta-juta pelancong dari seluruh dunia dengan teknologi dan keupayaan kami yang canggih."

"Eliseo Mijares Rio, Jr, yang merupakan pemangku setiausaha Departmen Teknologi Informasi dan Komunikasi; Gregorio Honasan, pengganti setiausaha Jabatan ICT; dan Jonas R. Leones, setiausaha rendah Jabatan Hal Ehwal Alam Sekitar dan Alam Sekitar Antarabangsa,  telah menghadiri mesyuarat yang diadakan di KT Gwanghwamun Building East di pusat Seoul.

Boracay ialah kawasan khas percutian paling popular di Filipina yang menarik kira-kira dua juta pelawat antarabangsa setiap tahun. Kerajaan pusat telah menutup pulau itu untuk pelancong selama enam bulan, bermula pada April tahun ini, untuk membersihkan persekitarannya dengan mengeluarkan struktur haram, meningkatkan sambungan kumbahan, dan menambah baik kemudahan elektrik dan komunikasi.

Pengerusi Hwang memperkenalkan penyelesaian inovatif KT yang berasaskan ICT untuk tenaga pintar dan keselamatan kepada pegawai kerajaan Filipina dan mencadangkan permohonan mereka sebagai sebahagian daripada pemulihan semula alam sekitar. Beliau menjelaskan bahawa WiFi awam dan CCTV pintar mungkin dipasang di pelabuhan Boracay untuk memudahkan penggunaan Internet mudah alih dan perjalanan yang lebih selamat untuk para pelawat. Pengerusi Hwang juga mencadangkan penggunaan tenaga solar serta KT-MEG, sebuah penyelesaian tenaga pintar.

Presiden Filipina, Rodrigo R. Duterte sedang menggalakkan pembangunan ekonomi menerusi projek infrastruktur besar-besaran yang akan menelan belanja US$170 bilion. Ia dijadualkan siap pada tahun 2022 apabila tempoh presiden enam tahunnya berakhir.

KT sedang berunding dengan pegawai kerajaan Filipina dan sektor swasta yang berkaitan untuk mengambil bahagian dalam usaha negara untuk membangunkan industri ICT, dan berharap akan bermula dengan pemulihan semula alam sekitar Pulau Boracay.

KT menjangkakan projek Boracay akan menjadi model untuk usaha yang sama di negara lain. Tahun lepas, syarikat menggunakan penyelesaian "Giga LTE" di Thailand dengan kerjasama penyedia perkhidmatan mudah alih terbesar di negara itu. Pada bulan Mei tahun ini, ia melancarkan perkhidmatan WiFi awam percuma di taman negara di ibu negara Kemboja, Phnom Penh, yang meliputi sejumlah 120,000 meter persegi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Bahasa Inggeris kami di https://corp.kt.com/eng/

Untuk pertanyaan, sila hubungi Pasukan Perhubungan Media Asing di kt.fmrt@gmail.com

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180607/2154235-1

Source: KT Corp.
Related Stocks:
Korea:030200 NYSE:KT
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Computer/Electronics Telecommunications Travel