omniture

Modul Dwikaca PERC Mono Dwimuka JA Solar Terima Sijil TUV Rheinland untuk Penjanaan Kuasa Solar

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2018-06-09 02:02 2689

BEIJING, 9 Jun 2018 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar"), salah satu pengeluar terbesar dunia bagi produk kuasa solar berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan bahawa keupayaan penjanaan kuasa elektrik bagi modul dwikaca PERC mono dwimukanya diperakui oleh institut ujian berwibawa antarabangsa TUV Rheinland. Modul-modul PERC dipasang di loji solar Qinghai Yellow River Hydropower Chen Yang dan diuji, dianalisis serta ditentusahkan oleh TUV Rheinland bagi tempoh 185 hari (mulai 14 Oktober 2017 hingga 16 April 2018). Modul dwikaca PERC mono dwimuka 5.5 MW JA Solar menunjukkan peningkatan penjanaan kuasa sebanyak 10.5% apabila dibandingkan dengan modul mono konvensional yang menggunakan teknologi pengesanan paksi tunggal yang sama.

Sifat prestasi cemerlang modul dwikaca PERC mono dwimuka JA Solar adalah hasil daripada sel PERCnya. Bahagian belakang sel PERC boleh mengumpul cahaya matahari yang tersebar dan terpantul, menghasilkan penjanaan kuasa elektrik tambahan. Pendekatan ini dianggap sebagai pendekatan berkesan untuk meminimumkan purata kos bekalan elektrik (LCOE). Dikuasakan oleh 5.5MW modul PERC mono berkecekapan tinggi daripada JA Solar, projek solar Qinghai Yellow River Hydropower Chen Yang ialah loji berskala luas pertama dunia yang menggunakan modul dwikaca PERC mono dwimuka.

Selaku pemegang paten PERC, JA Solar terus menjalankan penyelidikan dan pembangunan serta menyediakan penyelesaian produk PERC termaju. Dalam suku pertama tahun 2017, JA Solar mencapai pengeluaran besar-besaran bagi modul dwikaca PERC mono dwimuka. Modul PERC bukan sahaja menghasilkan output kuasa yang tinggi, bahkan mempunyai ciri-ciri menarik lantaran struktur dwikacanya, seperti rintang terhadap haus, lelasan dan kakisan serta kebolehtelapan sifar terhadap air. Disebabkan oleh ciri-ciri berkenaan, modul PERC berkualiti tinggi JA Solar dapat digunakan dalam keadaan persekitaran melampau seperti suhu atau kelembapan tinggi yang terjadi dalam iklim padang pasir atau pantai, membawa kepada penjanaan kuasa elektrik yang andal dan stabil.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jasolar.com.

Xiaorui Sun
+86-10-6361-1888 x1698
bj.sunxr@jasolar.com

 

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities