omniture

#PassTheSwag untuk Lagu Rasmi FIFA World Cup(TM) 2018 bersama Vivo!

Vivo
2018-06-11 18:15 1572

Jenama Telefon Pintar Global Vivo cipta tarian satukan peminat bola sepak dan muzik seluruh dunia sempena FIFA World Cup 2018

Pautan imej dan video http://bit.ly/passtheswag  

SHENZHEN, 11 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, jenama telefon pintar global Vivo mengumumkan pelancaran #PassTheSwag Vivo, satu gerakan tarian global yang bertujuan untuk menyatukan peminat-peminat sukan bola sepak dan muzik seluruh dunia bagi mencipta detik ikonik yang tidak dapat dilupakan untuk FIFA World Cup 2018.

#PassTheSwag untuk Lagu Rasmi FIFA World Cup 2018 oleh Nicky Jam, Will Smith dan Era Istrefi bersama Vivo
#PassTheSwag untuk Lagu Rasmi FIFA World Cup 2018 oleh Nicky Jam, Will Smith dan Era Istrefi bersama Vivo

Inisiatif ini akan menyatukan orang ramai melalui bahasa tarian yang sama dan nada Lagu Rasmi FIFA World Cup Russia™ 2018, 'Live it Up', oleh Nicky Jam, Will Smith dan Era Istrefi. Vivo berharap dapat menggalakkan peminat-peminat untuk merakam detik-detik yang tidak dapat dilupakan dan mengekspresikan diri mereka melalui #PassTheSwag Vivo semasa Piala Dunia, selari dengan tumpuan produknya untuk mencipta telefon pintar yang mempunyai bunyi berkualiti, pengalaman fotografi unggul dan teknologi canggih.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran, peminat-peminat dari seluruh dunia digalakkan berkongsi video diri mereka sendiri melalui media sosial tatkala mereka #PassTheSwag mengikut nada Lagu Rasmi ini. Sepanjang pertandingan, peminat-peminat yang menonton secara langsung juga akan digalakkan untuk #PassTheSwag semasa Vivo Super DJ Show menerusi kesemua 64 perlawanan.

Mengulas mengenai pengumuman ini, Michael Chang, Pengarah Jenama, Perniagaan Antarabangsa, Vivo, berkata, "FIFA World Cup ialah persada terbesar dalam bola sepak dunia dan merupakan sambutan secara besar-besaran yang menghimpunkan orang ramai dari seluruh dunia. Menerusi penajaan FIFA World Cup 2018, kami menggalakkan para peminat untuk berperanan lebih daripada sekadar menjadi penonton, bahkan menjadi peserta, pencipta dan mendayakan detik-detik luar biasa agar dapat dilihat, dikongsi dan diingati."

"Secara global, kami dapat melihat betapa muzik dan persembahan dapat seiringan dengan sukan apabila disatukan bersama-sama bagi mencipta detik-detik yang benar-benar luar biasa. #PassTheSwag dapat menjayakan tema kempen kami 'My Time, My FIFA World Cup', yang bertujuan untuk mengujakan semua orang dan membolehkan peminat-peminat menjadi sebahagian daripada Piala Dunia melalui tarian yang menyeronokkan dan menarik," tambah Chang.

#PassTheSwag Vivo merupakan sebahagian daripada projek Vivo Super Time yang turut melibatkan aktiviti-aktiviti bertemakan muzik seperti Vivo Super DJ Show dalam kesemua perlawanan dan Vivo Super Time semasa Persembahan Lagu Rasmi dalam Acara Perlawanan Akhir. Bersama-sama program jurugambar Vivo Super Fan yang menyediakan akses kepada peminat dengan sesi tepi padang, stadium dan sesi memanaskan badan yang belum pernah diadakan sebelum ini untuk merakam dan berkongsi detik-detik luar biasa ini. Vivo Super Time ialah sebahagian daripada kempen Piala Dunia global jenama ini, "My time, My FIFA World Cup".

-TAMAT-

Nota untuk editor:

Sebagai jenama global yang menyasarkan pengguna muda yang bersemangat, Vivo menandatangani perjanjian penajaan selama enam tahun pada tahun 2017 dengan FIFA yang akan berlangsung sehingga tahun 2022, yang melibatkan penajaan FIFA World Cup™ 2018 dan 2022 serta FIFA Confederations Cup™.

Instagram: @Vivomobile #PassTheSwag #VivoSuperTime #FIFA #WorldCup

Facebook: @vivoMobileInt #PassTheSwag #VivoSuperTime #FIFA #WorldCup

Latar Belakang Vivo

Jenama telefon pintar bertaraf global yang menumpu untuk memperkenalkan kualiti bunyi yang sempurna dan fotografi unggul menerusi teknologi canggih, vivo membangunkan produk yang inovatif serta bergaya untuk golongan muda. Kini, kami mempunyai lebih dua ratus juta pengguna dan merupakan salah satu jenama pilihan orang muda di seluruh dunia. Sebagai Penaja Rasmi FIFA World Cup™, vivo percaya terhadap kepentingan untuk menggalakkan orang muda untuk menerima ekspresi diri dan gaya hidup bertenaga.

Maklumat lanjut mengenai telefon pintar inovatif kami boleh didapati di www.vivo.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180608/2155570-1

Source: Vivo
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Social Media Sporting Events Sports Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services