omniture

Huawei Lancar Penyelesaian FusionCloud 6.3 Percepat Perpindahan dan Inovasi Awan Perusahaan

Huawei
2018-06-13 16:33 1299

HANNOVER, Jerman, 13 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Di CEBIT 2018, Huawei secara rasminya melancarkan FusionCloud 6.3, penyelesaian awan persendirian tindanan penuh kelas perusahaan generasi seterusnya. FusionCloud 6.3 Huawei ialah infrastruktur awan tindanan penuh pertama yang memenuhi kehendak perusahaan dalam pelbagai industri. Seni bina penyelesaian ini adalah berasaskan "Satu Awan, Satu Himpunan dan Satu Platform" untuk membantu perusahaan mempercepatkan perpindahan awan dan mencapai transformasi digital.

William Dong (kiri), Naib Presiden Jualan Penyelesaian Pemasaran, Huawei Enterprise Business Group dan Stefan Soldat (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif DU-IT melancarkan penyelesaian awan persendirian FusionCloud 6.3
William Dong (kiri), Naib Presiden Jualan Penyelesaian Pemasaran, Huawei Enterprise Business Group dan Stefan Soldat (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif DU-IT melancarkan penyelesaian awan persendirian FusionCloud 6.3

William Dong, Naib Presiden Jualan Penyelesaian Pemasaran, Huawei Enterprise Business Group, berkata, "Peralihan kepada pengkomputeran awan bukanlah matlamat akhir kebanyakan perusahaan. Sebaliknya, ia menumpu pada sejauh mana awan dapat membantu mereka mengubah perniagaan mereka untuk bertindak balas terhadap pasaran dan pemintaan yang kompetitif. Penyelesaian Huawei yang baru dilancarkan membolehkan perpindahan pantas perkhidmatan kritikal kepada awan melalui tindanan perkhidmatan awan berasaskan sinergi perisian-perkakasan. Selain itu, penyelesaian ini membolehkan perusahaan menggunakan aplikasi dengan tangkas yang mengendalikan perniagaan mereka, membolehkan mereka meningkatkan kadar inovasi dan mencapai nilai perniagaan sebenar."

Satu Awan Percepat Perpindahan Aplikasi Teras kepada Awan

FusionCloud 6.3 menyediakan satu awan tertumpu yang menggabungkan infrastruktur, pengurusan dan perkhidmatan seragam ke dalam kumpulan sumber berkongsi bagi memacu kecekapan dan ketangkasan. Penyelesaian awan persendirian memanfaatkan tindanan teknologi berdasarkan sinergi perisian-perkakasan untuk menyediakan perkhidmatan awan berprestasi tinggi. Ia menawarkan bilangan perkhidmatan awan IaaS terbanyak dengan 42 perkhidmatan awan secara keseluruhan. Penyelesaian berkenaan memanfaatkan teknologi inovatif termasuk mesin dedah (bare metal), peningkatan GPU dan perkhidmatan hos awan SAP HANA bagi membantu perusahaan memindahkan dengan mudah aplikasi teras mereka kepada awan. Huawei ialah satu-satunya vendor yang menawarkan pelayan, produk storan dan platform pemayaan yang kesemuanya diperakui oleh SAP untuk menawarkan perkhidmatan hos awan SAP HANA dengan spesifikasi yang tinggi. FusionCloud 6.3 menyediakan perkhidmatan pengkomputeran heterogen (GPU + CPU) berasaskan platform pengkomputeran heterogen Atlas Huawei. Pelayan tunggal menyokong pemprosesan video dengan 512 saluran, meningkatkan keupayaan pemprosesan video bagi nod tunggal sebanyak 32 kali ganda. Selain itu, FusionCloud 6.3 ialah satu-satunya penyelesaian yang menyokong pelbagai perkhidmatan Pemulihan Bencana (DR) tahap penyewa, seperti DR tempatan, antara bandar dan rentas wilayah, ketersediaan tinggi pelayan awan dan sandaran rentas awan bagi memastikan kesinambungan perniagaan. Penyelesaian ini turut menyokong awan awam Huawei, API dan perkhidmatan seragam serta memberikan pengalaman tekal bagi membolehkan penggunaan dan perpindahan perkhidmatan yang lancar merentasi awan.

Satu Himpunan Pacu Nilai Perniagaan daripada Aset Data

FusionCloud 6.3 turut melibatkan satu himpunan data yang menyediakan keupayaan pemprosesan kitar hayat penuh termasuk pengagregatan, storan, pengkomputeran, pengurusan dan penggunaan data bagi membantu pelanggan menukarkan sumber data menjadi aset data. Ia menyediakan keupayaan analisis data raya khusus senario, menyokong pengagihan perkhidmatan data raya peringkat kedua dan mempercepatkan perpindahan data raya kepada awan. FusionCloud 6.3 menyokong lima jenis pangkalan data utama (Oracle, SQL Server, MySQL, PostgreSQL dan MPPDB) serta menyediakan perkhidmatan keselamatan pangkalan data yang unik untuk memindahkan pangkalan data dengan cepat dan selamat kepada awan.

Satu Platform Tingkatkan Kadar Inovasi Perniagaan

FusionCloud 6.3 menyediakan satu platform pendayaan aplikasi yang menggabungkan perkhidmatan data asas, perisian perantara tujuan am dan perisian perantara khusus industri bagi membolehkan pelanggan dan ISV industri untuk membangunkan perkhidmatan baharu berdasarkan pelbagai jenis perisian perantara. Pengaturan hibrid bagi bekas dan mesin maya membolehkan pengagihan dan penggunaan automatik perkhidmatan yang rumit. FusionCloud 6.3 juga menggunakan katalog perkhidmatan awan (CSC) untuk menyepadukan aplikasi pihak ketiga, mendayakan akses dipacu perkhidmatan kepada aplikasi ISV dan beradaptasi dengan cepat mengikut keperluan perkhidmatan dalam senario tertentu, selain menawarkan ekosistem untuk inovasi perusahaan. Huawei bekerjasama dengan lebih 300 ISV industri bagi memenuhi keperluan senario perusahaan berbeza dan membolehkan pelanggan memindahkan perkhidmatan mereka dengan mudah kepada awan demi mempercepatkan inovasi perniagaan.

Awan persendirian Huawei menyediakan penyelesaian, produk dan teknologi utama bagi memudahkan transformasi digital perusahaan. Setakat Mac 2018, Huawei menawarkan perkhidmatan kepada lebih 4,300 pelanggan di 144 negara dan kawasan sepanjang beberapa tahun lalu, mencakupi pelbagai industri termasuk kerajaan, utiliti awam, telekomunikasi, tenaga, kewangan, pengangkutan, pengilangan, media, rawatan kesihatan dan pendidikan.

Huawei bersama-sama rakan kongsi dan pelanggannya mempamerkan penyelesaian transformasi digital baharu untuk menyusun simfoni digital di CEBIT mulai 11-15 Jun di Jerman, lokasi asal muzik klasik. Ia turut menganjurkan aktiviti-aktiviti dan berkongsi amalan terbaik berkisarkan Pengkomputeran Awan, Kecerdasan Buatan (AI), Data Raya, Internet Komunikasi Benda (IoT) dan Perangkaian Tentuan Perisian (SDN), kesemuanya memainkan peranan kritikal dalam transformasi digital masa kini.

Reruai Huawei terletak di Kawasan C01 di Dewan 13, Pusat Pameran Hannover, Jerman. Untuk maklumat lanjut mengenai Huawei di CEBIT, sila layari: http://e.huawei.com/topic/cebit2018-en/index.html. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kes pelanggan dunia Huawei menerusi "Terajui ICT Baharu", sila layari: http://e.huawei.com/topic/leading-new-ict-en/index.html.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180612/2160360-1

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news