omniture

China Literature Adakan Persidangan Sidang Kemuncak Penyebarluasan Kesusasteraan Dalam Talian Luar Negara Bincang Percambahan Kesusasteraaan Dalam Talian

China Literature
2018-06-13 23:01 1382

SINGAPURA, 13 Jun 2018 /PRNewswire/ -- China Literature mengadakan Persidangan Sidang Kemuncak Penyebarluasan Kesusasteraan Dalam Talian Luar Negara dan Simposium Penyebarluasan Global Kesusasteraan Dalam Talian pada 8 Jun 2018 bagi membincangkan tentang penyebarluasan kesusasteraan dalam talian di seluruh dunia yang bertempat di Singapura. Ramai penulis, pengarang, penterjemah tersohor daripada China Literature, serta ramai pembaca Asia Tenggara terlibat dalam acara ini. Melalui acara ini, para peminat antarabangsa berpeluang berinteraksi secara erat dengan penulis dan juga penterjemah. Acara ini juga membolehkan penulis dan penterjemah bertukar-tukar pandangan yang berharga.

Persidangan Sidang Kemuncak Penyebarluasan Kesusasteraan Dalam Talian Luar Negara. Dari kiri: penulis luar biasa China Literature, Heng Sao Tian Ya, penulis platinum, Jing Wu Hen, penterjemah Singapura, Lordbluefire, penterjemah Singapura, CKtalon, penterjemah Malaysia, Insignia, Naib Presiden Kanan China Literature Lin Tingfeng, Naib Presiden Hou Qingchen, Eksekutif Kanan Kandungan Asal Yang Zhan, dan penulis luar biasa, Lord of the Common People
Persidangan Sidang Kemuncak Penyebarluasan Kesusasteraan Dalam Talian Luar Negara. Dari kiri: penulis luar biasa China Literature, Heng Sao Tian Ya, penulis platinum, Jing Wu Hen, penterjemah Singapura, Lordbluefire, penterjemah Singapura, CKtalon, penterjemah Malaysia, Insignia, Naib Presiden Kanan China Literature Lin Tingfeng, Naib Presiden Hou Qingchen, Eksekutif Kanan Kandungan Asal Yang Zhan, dan penulis luar biasa, Lord of the Common People

Pada masa kini, ia telahpun menjadi suatu kebiasaan apabila kesusasteraan dalam talian China memperlihatkan percambahan budaya Cina di luar China. Sejak pelancaran Webnovel oleh China Literature, ia telah melangkaui jumlah kumulatif sebanyak 10 juta pengunjung. Para pembaca antarabangsa menggemari hasil karya seperti 'The King's Avatar,' 'Release That Witch,' dan 'Library of Heaven's Path.' Mengambil 'Library of Heaven's Path' Heng Sao Tian Ya sebagai contoh, hanya beberapa bulan setelah dilancarkan, ia telah mengumpul lebih 50 juta kiraan bacaan. Ia juga telah dimasukkan ke dalam perpustakaan lebih 200,000 pengguna dan merupakan bilangan ulasan terbanyak dalam satu bab yang berjaya dikumpul olehnya melebihi satu ribu ulasan. Di samping itu, buku-buku seperti 'I am Supreme' dan 'Seeking the Flying Sword Path' dilancarkan serentak dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris, yang menjadi contoh kejayaan kesusasteraan dalam talian China yang diterjemahkan tepat pada masanya.

Selain penerimaan baik kesusasteraan dalam talian China oleh pembaca Barat, kesusasteraan dalam talian China turut mengalami peningkatan di Singapura, Malaysia dan juga negara-negara Asia Tenggara yang lain. Pengguna-pengguna Asia Tenggara sentiasa menjadi kumpulan pembaca yang ramai dalam Webnovel. Di samping itu, hampir satu perempat daripada penterjemah kesusasteraan dalam talian Webnovel berasal dari Singapura.

Menerusi Persidangan Sidang Kemuncak Penyebarluasan Kesusasteraan Dalam Talian Luar Negara (Singapura) yang diadakan pada sebelah paginya, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pengarang China Literature, Lin Tingfeng, Naib Presiden dan Timbalan Ketua Pengarang China Literature, Hou Qingchen, bertukar-tukar pandangan dengan para penterjemah seperti wakil penterjemah Singapura, CKtalonand Lordbluefire dan pengurus pasukan penterjemahan Malaysia, EndlessFantasy Translations, Insignia. Ketiga-tiga penulis, Jing Wu Hen, Lord of the Common People dan Heng Sao Tian Ya mewakili 6.9 juta penulis China Literature dengan menyampaikan ucapan, menyatakan keyakinan dan harapan mereka terhadap penyebarluasan kesusasteraan dalam talian ke luar negara.

Sebagai penterjemah utama bagi terjemahan sastera dalam talian, CKtalon kini berkolaborasi dengan Webnovel. Beliau merupakan individu pertama menyampaikan ucapan dan beliau menyatakan bahawa pasukan penterjemahan antarabangsa yang dipimpin oleh beliau telahpun menghasilkan glosari sebanyak lebih 700 istilah terjemahan khusus. Selain itu, "untuk terus menghapuskan halangan membaca yang berpunca daripada perbezaan budaya, terjemahan masa depan akan turut menyasarkan pembaca dari wilayah dan negara berbeza dan melalui penyetempatan dan penyesuaian yang munasabah, ia membolehkan pembaca antarabangsa memahami kesusasteraan dalam talian Cina dengan lebih baik."

Perkongsian pendapat antara penterjemah Webnovel dan Naib Presiden Kanan China Literature, Lin Tingfeng
Perkongsian pendapat antara penterjemah Webnovel dan Naib Presiden Kanan China Literature, Lin Tingfeng

Seorang lagi penterjemah bebas Singapura, Lordbluefire bertemu Jing Wu Hen, penulis karya yang diterjemah oleh beliau, 'Ancient Godly Monarch,' buat pertama kali secara bersemuka. Kedua-duanya melahirkan pandangan peribadi mereka tentang masalah-masalah penciptaan kesusasteraan dalam talian dan terjemahannya. Dalam ucapan oleh Jing Wu Hen, beliau berkata bahawa peningkatan kesusasteraan dalam talian China di peringkat antarabangsa menunjukkan kepada dunia keluaran hebat budaya Cina. Ini mungkin menjadi era apabila penulis sastera dalam talian dapat melakukan perkara yang betul. Ia merupakan satu peluang dan juga cabaran. Pencipta sastera dalam talian perlu mengkaji dan memikirkan tentang logik di sebalik alasan mengapa pembaca antarabangsa menggemari novel-novel web. Dengan cara ini, lebih banyak karya popular dapat dihasilkan. Beliau turut berseloroh, "Meskipun saya sama sekali tidak tahu membaca dalam bahasa Inggeris, saya masih berharap dapat membaca dengan teliti karya saya dalam versi bahasa Inggeris." Lordbluefire turut berkongsi kesukaran menterjemah dan menyebarluaskan kisah-kisah genre Fantasi Timur. Jelas sekali kesusasteraan dalam talian telah menjadi penghubung untuk penyebarluasan budaya yang dapat memupuk pertukaran antara China dan Barat.

Penulis Heng Sao Tian Ya menggunakan hierarki keperluan Maslow bagi menjelaskan mengenai populariti kesusasteraan dalam talian China di seluruh dunia. Selain kebolehan untuk menghilangkan tekanan dan merehatkan tubuh dan minda, kesusasteraan dalam talian dapat memenuhi keperluan realiti seseorang. Penulis Lord of the Common People berkongsi pandangan beliau mengenai percambahan kesusasteraan dalam talian di peringkat antarabangsa dari aspek wilayah. Beliau menyatakan bahawa kesusasteraan dalam talian ialah jendela baharu untuk generasi baharu memahami China. Ia merupakan perantaraan baharu untuk budaya Cina menongkah melangkaui sempadannya. Berbanding beberapa ayat dalam artikel berita, kesusasteraan dalam talian membolehkan pembaca antarabangsa memahami budaya Cina dengan cara yang lebih jelas dan bersemangat secara menyeluruh. 

Pada sebelah petang temubual media Singapura, Sow Lei Wei, daripada Mediacorp Singapura, menemubual Jing Wu Hen, Lord of the Common People dan Heng Sao Tian Ya. Beliau melontarkan banyak persoalan menarik, seperti adakah penulis akan mengubah karya mereka menurut pilihan pembaca mereka. Penulis menjawab bahawa ia bergantung pada keadaan. Mereka akan mengambil kira cadangan pembaca yang amat bernilai. Walau bagaimanapun, mereka perlu mempertimbangkannya dengan bijak sekiranya cadangan tersebut adalah disebabkan keutamaan peribadi atau sekiranya ia memberi kesan kepada rumusan plot yang telahpun dirancang. Sow Lei Wei turut membincangkan topik mengenai pendapatan tinggi para penulis. Heng Sao Tian Ya menyatakan bahawa kegiatan menulis haruslah pertamanya didorong oleh minat dan bukannya kemasyhuran dan kekayaan. Sekiranya minat bukanlah alasan yang mendasarinya, mustahil untuk seseorang berjaya dalam kerjaya menulis. Selepas sesi temubual tersebut, Sow Lei Wei turut berbual bersama-sama penulis tentang kehidupan mereka di China dan para penulis tersebut turut menceritakan mengenai situasi hidup mereka sendiri.

Segmen terakhir dalam acara tersebut ialah pertemuan bersama peminat antarabangsa. Para peminat terdiri dari semua peringkat usia, beberapa pelajar kolej, beberapa kakitangan daripada syarikat-syarikat farmaseutikal, penganalisis dan sebagainya. Usia mereka bermula seawal lapan belas tahun hingga mereka yang berusia dalam lingkungan empat puluhan. Pembaca lelaki menggemari buku-buku seperti 'The King's Avatar,' 'Night Ranger,' 'Monster Paradise,' 'Almighty Coach,' dan sebagainya. Fed, seorang pelajar Politeknik Singapura, berkongsi bahawa beliau bukan sahaja peminat sastera dalam talian, bahkan beliau merupakan seorang penulis Webnovel. Kini beliau sedang menulis buku berjudul 'Life Merchant.' Pembaca-pembaca wanita berkongsi bahawa mereka menggemari 'Gourmet Food Supplier,' 'A Valiant Life,' 'Crossing to the Future, it's Not Easy to Be a Man,' dan 'Full Marks Hidden Marriage: Pick Up a Son, Get a Free Husband.' Bagi 'Library of Heaven's Path,' ia turut digemari oleh lelaki dan perempuan di peringkat antarabangsa. Penganalisis berumur dua puluh lapan tahun, En. Lee memberitahu penterjemah bahawa beliau paling menyukai 'Castle of Black Iron'. Ia merupakan kisah yang sangat menarik dan beliau menyukai struktur plotnya. Protagonis yang asalnya merupakan seorang yang malang, menjadi seorang askar dan beliau perlahan-lahan menjadi lebih gagah dan akhirnya menjadi seorang yang terkenal. Plot kisah berkenaan adalah amat menarik buat beliau.

Simposium Penyebarluasan Global Kesusasteraan Dalam Talian bersama para peminat berinteraksi dengan penulis
Simposium Penyebarluasan Global Kesusasteraan Dalam Talian bersama para peminat berinteraksi dengan penulis

Acara ini, lanjutan daripada penyebarluasan kesusasteraan dalam talian China di peringkat antarabangsa, melabuhkan tirai dengan jayanya. Awal tahun 2005, Qidian.com telah memulakan penyebarluasan ke peringkat antarabangsa sebagai wakil kesusasteraan dalam talian China. Banyak novel China Literature telahpun mendapat kebenaran untuk diterbitkan secara digital dan buku kulit kertas di Asia Tenggara, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Turki dan banyak lagi negara Eropah yang lain. Ia mencakupi 7 bahasa dan lebih 300 karya telah mendapat kebenaran manakala pengiktirafan terhadap kesusasteraan dalam talian China oleh pasaran global semakin meningkat. Ini turut mendorong kesusasteraan dalam talian China mempercepatkan penerokaan percambahan kesusasteraan dalam talian.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180612/2160862-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180612/2160862-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180612/2160862-1-c

Source: China Literature
Keywords: Advertising Books Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Trade show news