omniture

Huawei Julung Kali Perkenal Platform IoV OceanConnect Digitkan Setiap Kenderaan

Huawei
2018-06-14 03:16 1612

HANNOVER, Jerman, 14 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Di CEBIT 2018, Huawei melancarkan Platform IoV (Internet Komunikasi Kenderaan) OceanConnect bagi mendayakan kenderaan pintar dan terhubung, transformasi perkhidmatan untuk pengeluar automobil dan evolusi pengangkutan pintar.

IoV memacu penyepaduan mendalam antara ICT dan industri automotif manakala Platform IoV ialah infrastruktur ICT utama yang mendayakan transformasi digital untuk pengeluar automobil. Sebagai "enjin digital" kenderaan pintar dan terhubung, Platform IoV OceanConnect Huawei menyediakan empat pendaya utama untuk transformasi pengeluar:

  • Pendaya ketersambungan: Platform ini menyokong ratusan juta sambungan dan berjuta-juta sambungan serentak yang tinggi bagi menjamin ketersambungan yang selamat dan andal untuk kenderaan. Di samping itu, penggunaan awan awam global memberikan pengeluar automobil global dengan akses kepada perkhidmatan pintar bagi memenuhi keperluan operasi mereka.
  • Pendaya data: Dengan mengumpul dan menganalisis Data Raya kenderaan seperti keadaan kenderaan dan tingkah laku pemanduan, Platform ini mencipta "Kembar Digital" antara orang ramai dan kenderaan pada infrastruktur awan. Ia mendayakan pengagihan kandungan dan cadangan perkhidmatan pintar berdasarkan analisis tepat mengenai tingkah laku pemanduan dan senario perjalanan ini.
  • Pendaya ekosistem: Platform IoV OceanConnect membantu pengeluar automobil mengawal aset-aset digital melalui struktur data dan perniagaan berasingan. Kandungan dan aplikasi pihak ketiga disepadukan bagi membina ekosistem yang bertumpu pada pengeluar automobil.
  • Pendaya evolusi: Platform IoV akan dibangunkan dengan kerjasama Kenderaan-kepada-Komunikasi Semua Benda (V2X) bagi mendayakan kenderaan berkomunikasi antara satu sama lain dan persekitarannya. Bermula dengan motosikal pintar kepada penyelarasan kereta dan jalan raya pintar, platform ini mendayakan sistem pengangkutan masa depan yang pintar, selamat dan cekap.

 

Ma Haixu, Presiden Huawei Cloud Core Network Product Line
Ma Haixu, Presiden Huawei Cloud Core Network Product Line

Ma Haixu, Presiden Huawei Cloud Core Network Product Line, berkata, "Internet Komunikasi Kenderaan (IoV) membawa kepada penumpuan mendalam antara ICT dan industri automobil. IoV memperkasa kenderaan terhubung dan perkhidmatan pintar yang mendayakan transformasi digital yang lebih pantas untuk industri automobil. Semasa peralihan penting ini, Huawei berdedikasi untuk membina dunia pintar yang terhubung sepenuhnya yang menghubungkan orang ramai, kenderaan, jalan raya dan perkara-perkara lain. Huawei berbangga dapat menjadi rakan kongsi strategik pilihan dalam kalangan pengeluar automobil dunia."

Huawei dan PSA Group memperkenalkan projek Kenderaan Terhubung OEM terbesar dunia setakat ini. Model automobil pertama, DS 7 CROSSBACK, dibangunkan melalui Platform IoV OceanConnect Huawei dan dilancarkan di China dan Eropah, bagi menyediakan perkhidmatan mobiliti yang inovatif kepada pengguna. Huawei turut memulakan kerjasama strategik dan inovasi bersama dengan China FAW Group dan Guangzhou Automobile Group. Huawei akan terus menumpu pada kenderaan terhubung dan inovasi bagi mendorong transformasi digital dalam industri pengangkutan.

Huawei bersama-sama rakan kongsi dan pelanggannya mempamerkan penyelesaian transformasi digital baharu untuk menyusun simfoni digital di CEBIT mulai 11-15 Jun di Jerman, lokasi asal muzik klasik. Ia turut menganjurkan aktiviti-aktiviti dan berkongsi amalan terbaik berkisarkan Pengkomputeran Awan, Kecerdasan Buatan (AI), Data Raya, Internet Komunikasi Benda (IoT) dan Perangkaian Tentuan Perisian (SDN), kesemuanya memainkan peranan kritikal dalam transformasi digital masa kini.

Reruai Huawei terletak di Kawasan C01 di Dewan 13, Pusat Pameran Hannover, Jerman. Untuk maklumat lanjut mengenai Huawei di CEBIT, sila layari: http://e.huawei.com/topic/cebit2018-en/index.html. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kes pelanggan dunia Huawei menerusi "Terajui ICT Baharu", sila layari: http://e.huawei.com/topic/leading-new-ict-en/index.html.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180612/2161044-1

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Auto Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news Data Analytics Future Events