omniture

Unigroup Spreadtrum & RDA Lancar Jenama Baharu Bersepadu - UNISOC

Unigroup Spreadtrum & RDA
2018-06-14 03:24 2653

Perkasa Dunia Saling Terhubung dengan SOC

SHANGHAI, 14 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Unigroup Spreadtrum & RDA, salah sebuah syarikat reka bentuk cip yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan pelancaran nama jenama, identiti dan definisi baharunya, UNISOC. Pelancaran UNISOC secara rasminya menyempurnakan penyepaduan Spreadtrum dan RDA, dua syarikat berteknologi tinggi yang diambil alih oleh Unigroup terlebih dahulu sebelum ini, merealisasikan penaiktarafan penuh kepada jenama ini secara menyeluruh.

Di bawah bimbingan strategi cip & awan Unigroup, UNISOC bukan sahaja mempunyai wajah dan falsafah serba baharu, tetapi juga mencapai susun atur mendalam dan mendatar yang strategik dalam perniagaan terasnya, komited untuk melakar kejayaan baharu dalam era SOC yang dinamik.

Jenama Baharu Perjalanan Baharu

Jenama baharu UNISOC meneruskan gaya reka bentuk berwarna ungu dan rata pada logo Unigroup. Pusat pada dua kotak terhubung diolah secara jejari, memperlihatkan ketegangan berteknologi tinggi pada dua cip itu.

Fon bahasa Cina dan bahasa Inggeris serta reka bentuk grafik saling melengkapi antara satu sama lain, "Uni" bermaksud "cip-cip Unigroup, impian untuk membina dunia teknologi yang mantap". Sebagai asas kukuh untuk strategi cip & awan Unigroup, UNISOC menyampaikan misi Unigroup dan komited untuk mempromosikan daya saing menyeluruh industri litar bersepadu dunia, mencapai kejayaan penting dalam aspek-aspek utama menerusi inovasi bebas, memacu revolusi teknologi bagi merealisasikan impian dunia terhubung lebih baik.

Nama Inggeris UNISOC, disebut ['ju:ni 'ɛs o si] bermaksud "You need SOC" ("Anda perlukan SOC"). Dalam era 5G, cip-cip akan berada di serata tempat, memperkasa kehidupan masa depan kita di mana-mana jua.

UNISOC mengandungi dua bahagian: UNI dan SOC. UNI mempunyai empat lapisan maksud:

Unik:

Teras UNISOC, Teras Unik. UNISOC mempunyai kepakaran luar biasa untuk teknologi teras dan potensi inovasi yang unik serta pernah beberapa kali menjadi yang pertama di dunia.

Sejagat:

Teras UNISOC, Teras Dunia. Produk-produk UNISOC dihantar ke seluruh dunia. Satu daripada empat telefon bimbit di dunia dikuasakan oleh cip UNISOC.

Unicore:

Teras UNISOC, Teras Unigroup. Sebagai subsidiari teras Tsinghua Unigroup, UNISOC memainkan peranan penting dalam susun atur strategik pelan tindakan Unigroup daripada cip kepada awan.

Unimpact:

Teras UNISOC, Teras Impak. UNISOC percaya bahawa impak terhasil daripada kesatuan dan inovasi bermagnet. UNISOC membangunkan dan menggabungkan sumber-sumber industri bersama-sama bagi meneroka masa depan tanpa had dengan kebijaksanaan dan impak.

Sistem Pada Cip

SoC ialah titik permulaan ketika UNISOC memulakan perniagaannya dan itulah juga masa depan. UNISOC mempunyai susun atur produk yang komprehensif mencakupi segmen-segmen komunikasi mudah alih, IoT, TV, RFFE, WCN, 5G dan sebagainya. UNISOC menjadi pembekal pan-cip terbesar China.

Kedudukan Baharu Pola Baharu

Untuk perjalanan baharu, UNISOC mencadangkan kedudukan syarikat yang lebih strategik: "Komited untuk menjadi salah sebuah syarikat reka bentuk cip terkemuka di dunia." UNISOC akan memberi perhatian penuh kepada "pacuan dua roda" melibatkan "inovasi bebas + kolaborasi antarabangsa". Melalui ekologi perindustrian yang diperkemas, kejayaan penting dalam inovasi teknologi dan penyelesaian penaiktarafan jenama, UNISOC bermatlamat untuk menerajui industri reka bentuk cip bagi mencapai kebijaksanaan baharu dengan keyakinan industri, keyakinan teknikal dan keyakinan jenama serta mencipta pola baharu untuk industri reka bentuk cip global.

"Sejak awal, UNISOC telah menetapkan reka bentuk cip sebagai perniagaan teras kami dan meningkat maju dengan semangat dan kecemerlangan. Pelancaran jenama baharu ini memberikan kecergasan dan potensi baharu kepada syarikat bagi membuka lembaran baharu untuk UNISOC," kata En. Adam Zeng, Naib Presiden Eksekutif Global Unigroup dan Ketua Pegawai Eksekutif UNISOC. "Berada di titik permulaan baharu, UNISOC akan sentiasa diselaraskan dengan strategi cip & awan Unigroup, bermatlamat untuk menjadi peneraju global dalam industri reka bentuk cip dan memacu 'Unimpact' demi dunia pintar yang saling terhubung dengan SOC."

Source: Unigroup Spreadtrum & RDA
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Internet Technology Semiconductors New products/services