omniture

Pemanas Air Pam Haba Sumber Air PHNIX Baharu Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi di Asia Tenggara

Guangdong PHNIX Eco-Energy Solution Ltd.
2018-06-14 11:47 2736

GUANGZHOU, China, 14 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Beberapa bulan lalu, PHNIX melancarkan satu siri pemanas air pam haba baharu semasa pameran perdagangan di India dan Vietnam. Pada masa kini, PHNIX, pengeluar pam haba terkemuka di China, akan melancarkan siri baharu pam haba sumber air, direka khas untuk Asia Tenggara. Keluaran produk baharu PHNIX yang kerap memperlihatkan perhatian yang diberikan kepada pasaran baru muncul yang penting ini, menurut En. Peter Wang, Timbalan Pengurus Besar yang bertanggungjawab terhadap perniagaan luar negara global PHNIX.

Pam haba sumber air PHNIX baharu dengan suhu air keluar dari 45 - 80 darjah C ialah penyelesaian penyejukan air panas yang berkesan kos yang biasa digunakan dalam aplikasi komersial dan domestik. Pam haba sumber air juga digunakan secara meluas dalam bidang pemuliharaan tenaga perindustrian dan unit-unit sedia ada PHNIX diaplikasikan dengan jayanya dalam beberapa bidang perindustrian di India, menurut En. Troy Wang, pengurus produk PHNIX.

The applications of PHNIX water source heat pump in China.
The applications of PHNIX water source heat pump in China.

Latar Belakang Pemanas Air Pam Haba Sumber Air HeatMax PHNIX 

Aplikasi Perindustrian dan Aplikasi SPA Siri pam haba sumber air HeatMax PHNIX ialah penyelesaian yang sangat baik untuk aplikasi perindustrian. Ia menyediakan penyejukan udara bebas sambil menghasilkan air panas pada suhu 80 darjah C (kegunaan pengeringan). Selain itu, unit ini boleh digunakan dalam aplikasi SPA bagi menghasilkan kesan "daripada api kepada ais" iaitu untuk menyediakan kolam air panas dengan kepanasan 45 darjah C dan kolam air sejuk dengan air sejuk bersuhu 6 - 8 darjah C .

Kecekapan Tinggi dengan IEER of 7.7.  Unit ini berupaya menghasilkan air keluar bersuhu tinggi dan dalam masa yang sama melakukan penyejukan bebas. Kesan berganda yang dibawakan olehnya menggunakan jumlah tenaga yang sama namun menyediakan pengguna dengan air panas dan udara sejuk, seraya memberi penjimatan kos yang lebih banyak.

Kombinasi dengan Pendingin Air Udara Sejuk Sedia Ada Apabila unit ini berfungsi untuk memanaskan air dan menyejukkan ruang, pendingin air udara sejuk sedia ada akan ditutup mengikut keperluan dan keadaan berbeza.

Latar Belakang PHNIX

PHNIX, pengeluar terkemuka bagi pam haba di China, ialah sebuah perusahaan antarabangsa yang mengkhusus dalam penyelidikan & pembangunan (R&D) serta pengeluaran produk pam haba dan juga penyelesaian yang menjimatkan tenaga. Hampir 50% daripada produk PHNIX dieksport ke Eropah, Amerika Utara dan pasaran-pasaran luar negara yang lain. Untuk maklumat lanjut tentang PHNIX dan produk-produknya, sila layari www.phnix-e.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180613/2161974-1

 

Source: Guangdong PHNIX Eco-Energy Solution Ltd.
Keywords: Oil/Energy Water Utilities New products/services