Pelancaran 'Qiyun GS4' mulakan era baharu pengilangan kereta pintar
BEIJING, 21 Jun 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat auto yang paling pesat berkembang di China, meraikan pelancaran SUV pintar Qiyun baharu. Versi SUV GS4 paling laris jenama ini yang dinaik taraf sepenuhnya, Qiyun GS4 baharu memperkenalkan pelbagai penambahbaikan teknologi pintar yang membolehkan gaya hidup mudah alih yang kekal terhubung dengan internet.
GAC Motor membangunkan beberapa penaiktarafan cemerlang yang akan menempatkan Qiyun GS4 baharu sebagai peneraju utama dalam pasaran:
"Hasil penggabungan pengkomputeran awan, data raya dan Internet Komunikasi Kenderaan (IoV), kecerdasan buatan (AI) dan banyak lagi, pemanduan SUV Qiyun GS4 baharu adalah seakan-akan mempunyai pembantu pemandu kawalan suara dalam kenderaan yang mempunyai kepekaan dan kelajuan yang akut," kata Yu Jun, Presiden GAC Motor. "GS4 baharu, dengan sistem AVNT pintarnya, menandakan permulaan pendekatan baharu GAC Motor dalam mendepani cabaran, peluang dan persaingan dalam era revolusi teknologi dan transformasi perindustrian. Pada masa depan, kami akan bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin dalam teknologi digital termasuk Tencent, iFLYTEK dan AutoNavi, bagi membawakan lebih banyak perkembangan penting ke dalam bidang pemanduan pintar."
GS4 baharu bukan sahaja menunjukkan pemikiran baharu dan matlamat strategik masa depan GAC Motor untuk reka bentuk serta pengilangan kenderaan, bahkan turut mendorong pembangunan sistem terhubung pintar untuk kereta dan ia menunjukkan pembentukan ekosistem baharu yang saling menguntungkan dalam industri.
Reka bentuk luar Qiyun GS4 baharu merangkumkan elemen sains dan teknologi menerusi lampu depan LED yang besar, kekisi depan disadur krom yang tebal, lampu LED yang beroperasi waktu siang berbentuk L serba baharu serta lampu belakang LED "sayap cahaya" yang turut menambah baik keterlihatan kenderaan kepada pemandu lain.
GS4 baharu mempunyai bumbung matahari berpanorama yang besar, (1240mm/870mm), pengecasan telefon tanpa wayar, sistem imej meletak kereta beresolusi tinggi, pengurusan udara pintar dan lampu ambien biru salji yang meningkatkan pengalaman pemanduan ke tahap serba baharu.
SUV baharu ini akan menawarkan dua pilihan sistem kuasa, 200T (1.3T) dan 235 T (1.5T), berserta transmisi 6AT untuk kedua-dua model. Ia turut memanfaatkan sistem pelekap rangkaian kuasa kiri dan kanan, mekanisme prestasi dan kawalan NVH.
Sejak pelancaran rasminya pada 18 April 2015, GS4 GAC Motor mendapat pujian daripada hampir 900,000 pengguna. Ia telah menerima ulasan tahap emas daripada C-ECAP dan menduduki tempat teratas dalam sektor pasaran SUV kompak menerusi IQS J.D. Power selama dua tahun berturut-turut.
Latar Belakang GAC Motor
Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-238 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor
Perhubungan Media:
Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180619/2167124-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180619/2167124-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180619/2167124-1-c