omniture

Culinary Coach Dikuasakan AI Whisk Dipilih Pemenang Ascensia Diabetes Challenge

Ascensia Diabetes Care
2018-06-25 10:36 851

BASEL, Switzerland dan Florida, AS, 25 Jun 2018/PRNewswire/ --

Hari ini, di Sesi Saintifik ke-78 Persatuan Diabetes Amerika di Orlando, Florida, Ascensia Diabetes Care mendedahkan bahawa Whisk yang berpangkalan di UK terpilih sebagai pemenang Ascensia Diabetes Challenge, satu pertandingan inovasi global yang bertujuan untuk mencari penyelesaian digital bagi menyokong pengurusan diabetes jenis 2.

generated by system

Inovasi Whisk yang berjaya ialah Culinary Coach yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyediakan cadangan makanan diperibadikan berdasarkan pilihan rasa dan makanan yang perlu dielakkan, yang akan dilanjutkan untuk menggunakan data glukosa darah buat pesakit diabetes. Lewat hari ini, Whisk akan membentangkan penyelesaian mereka yang meraih kemenangan kepada komuniti diabetes buat julung kalinya di Acara Pertukaran D-Data DiabetesMine 2018 bertempat di Orlando.

Platform Whisk ialah platform pemakanan dikuasakan AI yang kini membolehkan pengguna menyemak resepi berdasarkan faktor-faktor termasuk pilihan rasa peribadi, kekangan masa, belanjawan, cuaca dan sekatan diet mahupun alahan. Sebaik sahaja pengguna memasukkan resepi ke dalam rancangan hidangan mereka, ia akan ditambah secara automatik ke dalam troli beli belah dalam talian di beberapa penjual runcit yang terkemuka di dunia, membolehkan mereka membeli bahan-bahan dengan lancar.

Sebagai pemenang cabaran tersebut, Whisk merancang untuk mencipta pengalaman makanan diperibadikan untuk pesakit yang menghidap diabetes jenis 2 yang akan mempelajari daripada bacaan glukosa darah mereka dan memberi cadangan makanan yang lebih disesuaikan mengikut diabetes mereka. Menggunakan bacaan daripada sistem pemantauan glukosa darah Ascensia, AI akan mempelajari bagaimana bacaan glukosa darah pengguna bertindak balas terhadap makanan dan resepi tertentu, membolehkan mereka menghasilkan pelan makanan yang disesuaikan untuk diabetes mereka yang dapat membantu memastikan glukosa darah mereka berada dalam paras selamat. Culinary Coach untuk diabetes akan dimulakan dengan menyediakan cadangan resepi diperibadikan dan akan dibangunkan pada masa depan untuk mengesyorkan makanan yang mudah dan pilihan restoran.

Michael Kloss, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Ascensia Diabetes Care, berkata: "Pemakanan dan pemilihan makanan adalah komponen yang besar dalam pengurusan diabetes jenis 2. Panel hakim dan saya sendiri berasa amat kagum dengan instrumen terkini Whisk dan bagaimana mereka merancang untuk membangunkannya buat pesakit dengan diabetes jenis 2. Dengan membantu pesakit diabetes jenis 2 mencari saranan makanan yang diperibadikan dan disesuaikan yang berdasarkan data glukosa darah mereka dan pilihan makanan, kami berpotensi memperkasa berjuta-juta pesakit dengan diabetes jenis 2 membuat pilihan makanan yang lebih sihat yang akan dapat mereka nikmati."

Penyelesaian Whisk dipilih daripada 116 penyertaan yang dihantar kepada cabaran tersebut dari 25 negara dan mereka akan menerima hadiah wang tunai bernilai €100,000 untuk membangunkan dan merintis perkhidmatan baharu yang menarik ini untuk pesakit diabetes jenis 2 dengan bekerjasama erat bersama Ascensia Diabetes Care untuk memperkenalkannya kepada pesakit.

Teknologi teras Whisk menggunakan ontologi makanan yang luas dikenali sebagai Food Genome™ yang menggabungkan dan memahami data makropemakanan dan mikropemakanan, sebatian rasa, ketersediaan simpanan, harga dan promosi. Whisk kini disediakan di AS, UK dan Australia, memperkasa separuh juta senarai beli belah setiap bulan di kedai jualan termasuk Walmart, Tesco dan Amazon Fresh.

Nick Holzherr, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Whisk berkata: "Kami berasa amat berbesar hati kerana terpilih sebagai pemenang Ascensia Diabetes Challenge. Diabetes jenis 2 telah mencapai tahap epidemik beberapa tahun kebelakangan ini dan di Whisk, kami berasa teruja untuk membangunkan penyelesaian yang kami rasakan dapat membantu menyokong pesakit-pesakit ini untuk membuat perubahan gaya hidup yang berkekalan. Kami berharap bahawa menerusi usaha kami dengan Ascensia Diabetes Care, kami dapat membantu mengubah cara situasi ini diurus."

Pertandingan ini turut menganugerahkan dua hadiah tempat kedua. Qstream yang berpangkalan di AS dianugerahkan hadiah tempat kedua untuk platform pembelajaran mudah alih mereka yang menggabungkan konsep yang dikenali sebagai pendidikan berjarak dengan mekanik permainan yang menarik. Platform ini direka untuk menggalakkan perubahan tingkah laku bermakna dan telah terbukti dalam percubaan rawak baru-baru ini untuk menghasilkan pengurangan yang berkekalan dan bermakna dalam HbA1c untuk pesakit diabetes.[1] xBird, sebuah syarikat perisian kecerdasan buatan perubatan yang berpangkalan di Jerman turut dinamakan sebagai pemenang tempat kedua. Perisian mereka menganalisis pergerakan mikro, dikumpul oleh telefon pintar dan peranti boleh pakai dan disilang rujuk dengan data glukosa darah terdahulu, yang bertujuan agar berupaya meramalkan dan mengesan kejadian hipoglisemia dan hiperglisemia. Kedua-dua pemenang tempat kedua ini akan menerima hadiah wang tunai sebanyak €30,000 untuk terus membangunkan penyelesaian mereka.

Walk With Path turut diiktiraf hasil lapik dalam kasut aktif yang amat inovatif untuk pesakit neuropati periferi yang berpunca daripada diabetes. Lapik dalam kasut mereka memberi maklum balas getaran semasa berjalan yang dapat dikesan melalui aplikasi dan direka untuk membantu individu mencapai keseimbangan yang lebih baik, seraya mengurangkan risiko terjatuh.  Ascensia akan menyokong Walk with Path untuk menjalankan kajian bukti konsep dalam kalangan pesakit diabetes.

Michael menambah, "Kami berasa amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan penyelesaian digital yang begitu tinggi kualitinya yang dapat membantu merevolusikan pengurusan diabetes jenis 2. Penyelesaian-penyelesaian yang berjaya ini menonjolkan saat-saat mengujakan yang kini dialami oleh kita dalam dunia kesihatan digital dan bagaimana kemajuan teknologi dan keupayaan digital dapat memainkan peranan yang besar dalam usaha memenuhi aspek keperluan segera yang belum dipenuhi."

Untuk maklumat lanjut tentang Ascensia Diabetes Challenge, hakim dan kriteria penilaian, sila layari: https://ascensiadiabeteschallenge.com.

Rujukan

[1] Kerfoot BP et al. Diabetes Care (2017) 40:1218-1225

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Joseph Delahunty, Naib Presiden, Ketua Komunikasi Global
Ascensia Diabetes Care
E-mel: joseph.delahunty@ascensia.com

Sumber: Ascensia Diabetes Care

Source: Ascensia Diabetes Care
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment