Syarikat-syarikat ganding bahu bawakan penyelesaian baharu yang mengoptimumkan percubaan klinikal dalam era perubatan ketepatan
PRINCETON, New Jersey, 25 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Bahagian Perkhidmatan Klinikal WCG® (WIRB-Copernicus Group®), penyedia penyelesaian yang terkemuka di dunia yang mempertingkat kualiti dan kecekapan penyelidikan klinikal yang boleh diukur, memeterai satu perkongsian strategik dengan InformedDNA®, penyedia bebas yang terbesar di negara ini bagi perkhidmatan pakar genetik. Melalui perkongsian ini, syarikat-syarikat ini akan mewujudkan "Pusat untuk Genetik dan Perubatan Kepersisan dalam Ujian Klinikal" untuk menyokong syarikat-syarikat biofarmaseutikal, organisasi penyelidikan kontrak (CRO), institusi dan tempat penyelidikan dalam reka bentuk dan pelaksanaan ujian klinikal yang menggunakan genetik.
"Perubatan kepersisan menuntut agar kita memikirkan semula proses pembangunan ubatan tradisional," kata Donald A. Deieso, PhD, Pengerusi eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif WCG. "Penyakit serta rawatan yang disyorkan, perlu dipertimbangkan dengan teliti dalam konteks komposisi genetik pesakit individu. Atas sebab itu, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan InformedDNA bagi memperkenalkan penyelesaian ujian klinikal berorientasi genetik yang akan menyokong pelanggan kami tatkala mereka berusaha merealisasikan janji luar biasa perubatan kepersisan."
Di bawah perkongsian strategik ini, WCG dan InformedDNA akan melancarkan Pusat untuk Genetik dan Perubatan Kepersisan dalam Ujian Klinikal, yang akan menggabungkan sumber genetik yang banyak dan kepakaran InformedDNA bersama jaringan global WCG dengan 550 pakar dalam pengoptimuman percubaan klinikal serta industri proprietarinya, Knowledge Base™. WCG menggabungkan pemahaman mendalamnya melibatkan 95% daripada semua protokol tajaan industri bersama pasukan InformedDNA yang utama dalam industri melibatkan 50 pakar genetik yang berada di seluruh negara serta pangkalan data genetik yang luas mencakupi semua kategori terapeutik. Rakan-rakan kongsi ini bersama-sama akan menyediakan pandangan dan bimbingan yang tiada tandingan berhubung aplikasi genetik yang optimum dalam percubaan klinikal. Khususnya, mereka akan menangani cabaran dan peluang dalam mengaplikasikan maklumat genetik dalam reka bentuk ujian dan protokol selain memanfaatkan kuasa genetik untuk mengenal pasti, merekrut dan mengurus pesakit dalam percubaan klinikal.
"Dengan meningkatnya perubatan kepersisan, protokol menjadi semakin rumit," kata David Nixon, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif InformedDNA. "Kerumitan ini memberi cabaran dalam reka bentuk ujian klinikal yang melibatkan komponen genetik, tetapi juga peluang untuk merungkai nilai yang lebih besar dalam proses ini melalui tumpuan genetik yang betul. Melalui perkongsian kami dengan WCG, kami akan mengajar pihak penaja penyelidikan bagaimana untuk mengaplikasikan kepakaran genetik secara berkesan terhadap kajian mereka agar mereka memperoleh nilai paling besar daripada penyelidikan mereka."
Syarikat-syarikat akan menawarkan penyelesaian pembangunan genetik dan klinikal bagi mengoptimumkan reka bentuk protokol dan bagi menjamin agar semua maklumat genetik diaplikasikan dengan betul terhadap reka bentuk kajian. Penyelesaian ini akan membolehkan penaja-penaja mengenal pasti populasi pesakit yang sukar didekati, mengurangkan pendedahan mereka terhadap risiko, mengenal pasti indikasi terapeutik berpotensi yang lebih luas dan meningkatkan seluruh nilai dalam setiap subjek ujian.
Rebecca Sutphen, MD, FACMG, Ketua Pegawai Perubatan InformedDNA menambah, "Memandangkan tumpuan terhadap penyelidikan klinikal semakin beralih ke arah penyakit yang jarang berlaku dan penyakit yatim, dan juga lebih ciri pemperibadian, perekrutan pesakit menjadi suatu cabaran signifikan: Bagaimana mencari dan melibatkan pesakit yang tepat untuk mengambil bahagian dalam kajian-kajian ini? Jelas sekali, penaja ujian dan tempat penyelidikan klinikal haruslah memanfaatkan kuasa maklumat genetik. Namun demikian, pertamanya, mereka perlu mengakses kepakaran dan infrastruktur bagi mengumpul maklumat genetik, kemudiannya mengaplikasikannya bagi meningkatkan dan mengurus kaedah-kaedah perekrutan yang berbeza."
WCG mempunyai rekod prestasi terbukti dalam mendorong perekrutan kajian untuk penyakit yang jarang berlaku dan populasi yang sukar didekati. InformedDNA mengekalkan jaringan set data genetik global yang dapat memudahkan pengenalpastian pantas pesakit yang mengalami keadaan unik atau jarang berlaku. Kedua-duanya bersama-sama menawarkan penyelesaian penglibatan pesakit yang memanfaatkan kedua-dua kekuatan ini, selain kuasa ujian dan kaunseling genetik demi mengenal pasti pesakit untuk kajian klinikal berdasarkan keperluan genotip/fenotip. Mereka akan turut menawarkan kaunseling genetik serta perkhidmatan interpretasi ujian genetik kepada pesakit dan penyelidik, yang terbukti dapat meningkatkan kepuasan penyedia dan pengekalan pesakit.
"Mewujudkan laluan baharu bagi menyokong pembangunan klinikal dalam bidang genetik dan perubatan kepersisan adalah penting untuk membantu mewujudkan dunia yang mana tiada satu kehidupan dikekang oleh penyakit genetik," kata Ron Philip, ketua Komersial di Spark Therapeutics, sebuah syarikat terapi gen komersial bersepadu sepenuhnya yang bekerjasama dengan InformedDNA tatkala Spark menyediakan kelulusan FDA pertama untuk terapi gen bagi penyakit genetik. "Usaha-usaha oleh WCG dan InformedDNA untuk memastikan akses kepada ujian dan kaunseling genetik menjadi langkah penting untuk menyokong pembangunan klinikal bagi perubatan genetik dan dapat memberi manfaat kepada berjuta-juta pesakit yang menghidap penyakit yang jarang berlaku dan juga penyakit genetik."
Latar Belakang WCG (WIRB-Copernicus Group)
WCG (WIRB-Copernicus Group) ialah penyedia penyelesaian yang terkemuka di dunia yang meningkatkan kualiti dan kecekapan penyelidikan klinikal yang boleh diukur. Organisasi perkhidmatan klinikal (CSO) pertama dalam industri, WCG membolehkan syarikat-syarikat farmaseutikal, CRO dan institusi-institusi mempercepatkan penyediaan rawatan dan terapi baharu kepada pesakit, sekaligus mengekalkan piawaian tertinggi terhadap perlindungan subjek manusia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.wcgclinical.com atau ikuti kami melalui Twitter @WCGClinical.
Latar Belakang InformedDNA
InformedDNA membantu individu dan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan mentafsirkan sejarah kesihatan keluarga dan genomik dengan tepat, bagi merealisasikan janji perubatan kepersisan agar menjadi kenyataan. InformedDNA ialah pakar bagi penggunaan ujian genetik yang betul, memanfaatkan kepakaran kakitangan sepenuh masa terbesar yang terdiri daripada pakar-pakar genetik disahkan lembaga bebas bagi membantu memastikan pelan kesihatan, hospital, majikan, doktor masyarakat dan pesakit semuanya mendapat akses kepada perkhidmatan genetik berkualiti tertinggi. Selain menyokong percubaan klinikal, tawaran utama InformedDNA melibatkan kaunseling genetik klinikal, pengurusan penggunaan ujian genetik dan penilaian risiko keturunan terperibadi serta penyelesaian pencegahan. Untuk maklumat lanjut, layari InformedDNA.com.
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/659075/WCG_Logo_Logo.jpg