omniture

Aplikasi ClinicAll Baharu Tawar Khidmat Terkenal ClinicAll pada Sebarang Peranti Mudah Alih

ClinicAll
2018-06-26 18:13 1441

NEUSS, Jerman, 26 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, orang ramai lebih gemar menggunakan peranti komunikasi mereka sendiri – telefon pintar atau tablet.  Menggunakan perkhidmatan pada peranti mudah alih menjadi semakin popular.

generated by system

Aplikasi ClinicAll yang baharu membantu pesakit dan hospital bebas daripada terminal pegun di sisi katil. Sekarang, perkhidmatan klinik boleh diakses terus daripada sebarang peranti mudah alih.

Salah satu kelebihan utama Aplikasi ClinicAll adalah penyepaduan. Beberapa penyedia perisian telah membangunkan fungsi khusus klinik - tetapi ia tidak sesuai digunakan kerana pengguna perlu memasang aplikasi berasingan lain pada peranti mereka bagi setiap fungsi baharu. Di sinilah Aplikasi ClinicAll memainkan peranan, kerana ia menyepadukan semua fungsi ini - dengan menggunakan antara muka yang sesuai - ke dalam satu aplikasi tunggal.

Anda seorang pesakit di hospital? Buka Aplikasi ClinicAll pada peranti anda dan daftar masuk - dan anda sudah bersedia untuk menggunakan TV, Internet, atau mendapatkan semua maklumat hospital: Data rawatan, makan tengahari anda yang seterusnya. Anda juga boleh mengawal pencahayaan bilik dan katil anda. Doktor dan kakitangan memberitahu anda melalui mesej tolak tentang aktiviti, tarikh atau lawatan doktor. Panggilan jururawat juga boleh diakses. Sebarang komunikasi dipermudahkan supaya menjadi seringkas mungkin.

Aplikasi ClinicAll boleh digunakan pada peranti iOS dan Android. Pelayan pusat menyediakan kawalan akses penuh untuk semua pengguna. Tidak perlu lagi untuk terminal komputer pegun pada setiap katil pesakit – mengurangkan kos dan usaha pemasangan dengan begitu banyak.

Muat turun Aplikasi sekarang secara percuma di gedung App anda - untuk iOS atau Android. Pada masa ini, kami menyediakan kod promo dengan Aplikasi ini, supaya setiap orang dapat memperoleh gambaran tentang ruang lingkup fungsi yang boleh digunakan.

Maklumat:
Video pengenalan tentang Aplikasi ClinicAll:
https://www.youtube.com/watch?v=HQcSsjlOaWo
Laman sesawang ClinicAll:
http://www.clinicall.de

Hubungi:
ClinicAll Germany GmbH
Lea Kelic
Telefon +49-2131-52813-30
lk@clinicall.de

Sumber: ClinicAll

Source: ClinicAll
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Telecommunications