omniture

Emaar Hospitality Group Tembusi Sub-Sahara Afrika dan Jalin Kerjasama Dengan Kalyan Hospitality

Emaar Hospitality Group
2018-06-29 03:40 1712

LOMÉ, Togo dan DUBAI, UAE, 29 Jun 2018 /PRNewswire/ --

Perkongsian saksikan penjenamaan semula 'Address Hotel 2 Février Lomé Togo'

Emaar Hospitality Group, perniagaan hospitaliti dan libur oleh Emaar Properties PJSC yang berpangkalan di Dubai, dengan kerjasama Kalyan Group, melakukan perluasannya ke Sub-Sahara Afrika bagi mengendalikan Address Hotel 2 Février Lomé Togo, hotel ikonik yang terletak di tengah-tengah bandar, dalam bangunan tertinggi di Togo dan tiada bandingannya di Sub-Sahara Afrika.

generated by system

generated by system

Terletak hanya sejauh 7 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lomé-Tokoin yang menghubungkan Togo dengan bandar-bandar Afrika, Eropah dan seluruh dunia, Address Hotel 2 Février Lomé Togo akan dikendalikan oleh Address Hotels + Resorts, jenama mewah yang premium milik Emaar Hospitality Group, yang akan mengambil alih pengurusan hartanah ini tidak lama lagi.

Terletak berhampiran Monumen Kemerdekaan, Address Hotel 2 Février Lomé Togo akan menerima tetamu tidak lama selepas penjenamaan semula hartanah, yang pertama kali ditubuhkan pada tahun 1980. Ia akan mempunyai 256 bilik & suit serta 64 pangsapuri berservis selain restoran bertema, lokasi perjumpaan dan kemudahan lain. Togo merupakan destinasi antarabangsa keenam untuk Address yang mempunyai projek-projek perhotelan akan datang di Arab Saudi, Mesir, Turki, Bahrain dan Maldives, serta pembukaan baharu di UAE.

Ashok Gupta, Ketua Pegawai Eksekutif Kalyan Hospitality Development Togo SAU dan Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif Kalyan Group, yang memiliki hotel tersebut, berkata: "Address Hotel 2 Février Lomé Togo ialah aset berprestij dalam portfolio pelaburan hartanah dan hospitaliti kami; diberi kepercayaan oleh Republik Togo dengan apa yang dianggap secara meluas sebagai 'Permata Afrika Barat'. Ia akan menambah rasa bangga kepada Togo dan berperanan sebagai titik rujukan untuk industri perhotelan."

Olivier Harnisch, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Hospitality Group, berkata: "Perjanjian ini merupakan peristiwa penting dalam usaha peluasan kami ke Sub-Sahara Afrika. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ashok Gupta dan kerajaan Togo atas sokongan mereka dan peluang yang diberikan untuk mengendalikan projek hotel dan kediaman berservis pertama kami di Togo, sebuah negara menarik yang mempunyai peluang-peluang pertumbuhan yang mantap."

Dahulunya dikenali sebagai Hôtel 2 Février, Address Hotel 2 Février Lomé Togo berada di menara 30 tingkat, setinggi 102 meter seraya menyediakan pemandangan yang menakjubkan. Dengan adanya WiFi percuma, kemudahan-kemudahan termasuk dewan besar, dewan kongres dan auditorium, spa mewah, kolam renang terbuka, perkhidmatan pekerja rencam dan kedai runcit, ia akan menjadi percutian yang mendamaikan untuk tetamu perniagaan dan libur.

Butiran lanjut, hubungi: 

Kelly Home
ASDA'A Burson-Marsteller; +9714-4507-600
kelly.home@bm.com

Source: Emaar Hospitality Group
Keywords: Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion