omniture

LCM Partners Peroleh Portfolio Pinjaman Bercagar Sepanyol Bernilai €300 Juta

LCM Partners
2018-06-29 03:44 806

LONDON, 29 Jun 2018 /PRNewswire/ --

LCM Partners, Pengurus Pelaburan Alternatif Eropah yang terkemuka, hari ini mengumumkan ia telah memperoleh portfolio besar pinjaman SME bercagar yang tidak berbayar daripada Grupo Cooperativo Cajamar di Sepanyol. Portfolio ini terdiri daripada kira-kira 1,200 pinjaman, kebanyakannya bercagar terhadap aset-aset hartanah kediaman yang pelbagai di pantai Timur dan Selatan Sepanyol.

"Melalui dana LCM kami, kami telah menggunakan jumlah modal yang bertambah bagi membeli pinjaman bercagar dan SME beberapa tahun kebelakangan ini dan perniagaan perkhidmatan Link kami di Sepanyol menggandakan saiz platformnya pada tahun 2017. Dengan itu, kami berbesar hati kerana dapat memperoleh portfolio gadai janji yang begitu berkualiti tinggi yang memanfaatkan kekuatan kami." Adrian Cloake, Ketua Pegawai Pelaburan, LCM Partners.

"Kami bergiat aktif dalam pasaran pinjaman tak berbayar Sepanyol sejak tahun 2004 dan kini mempunyai kehadiran tempatan yang luas dan kukuh. Ini merupakan pemerolehan besar yang kedua kami di lokasi terbabit sejak sembilan bulan lalu dan merupakan transaksi keempat di Sepanyol tahun ini. Tahap aktiviti pasaran sememangnya meningkat dan transaksi ini menjadi bukti kebolehan kami untuk mendapatkan pelaburan pinjaman tak berbayar yang menarik untuk Rakan Kongsi Terhad kami." Paul Burdell, Ketua Pegawai Eksekutif, LCM Partners.

Nota untuk Editor:

LCM Partners ialah pengurus Pelaburan Alternatif Eropah terkemuka, yang mengkhusus dalam pembelian seluruh portfolio pengguna pinjaman dan kredit SME. Menawarkan kepakaran tiada tandingan dalam pelaburan dan pengurusan portfolio kredit, LCM telah memperoleh lebih 2,500 transaksi mencakupi pinjaman berbayar, pinjaman dijadual semula dan pinjaman tidak berbayar. Nilai Buku Kasar aset LCM Partner yang diuruskan masa kini berada pada nilai melebihi €26 bilion.

LCM pernah memenangi beberapa anugerah industri pelaburan, termasuk Pengurus Pelaburan Alternatif Terbaik Tahun 2017 European Pensions, yang diikuti dengan kemenangan berganda menerusi anugerah-anugerah Private Debt Investor 2016 sebagai Pengurus Hutang Bermasalah Eropah dan Pengumpulan Dana Eropah terbaik tahunan. Anugerah-anugerah ini menjadi bukti rekod prestasi yang dibina olah pasukan, memberikan IRR tak leveraj sebanyak 14.79% sejak tahun 1999.

Kini, LCM mengatur modal untuk strategi Peluang Kredit LCM III, yang mana pengumpulan dana ditutup pada tahun 2016 dan melancarkan strategi Peluang Pengasalan dan Peminjaman Strategik 'SOLO' pada Mac 2018.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang LCM di http://www.lcmpartners.eu .

LCM Partners
Paul D Burdell
T: +44(0)203-457-5050
paulburdell@lcmpartners.eu

LCM Partners
James Hogan
T: +44(0)203-198-8637
jhogan@lcmpartners.eu

Source: LCM Partners
Keywords: Banking/Financial Service