omniture

The Royal Mint Lancar Set Syiling Tampilkan Paddington™, Beruang Peru yang Peramah

The Royal Mint
2018-06-29 04:30 780

LONDON, 29 Jun 2018 /PRNewswire/ --

The Royal Mint memperkenalkan dua syiling peringatan baharu bagi meraikan ulang tahun ke-60 pengembaraan pertama Paddington Bear dalam A Bear Called Paddington.

generated by system

generated by system

Pelancaran ini hanyalah satu permulaan bagi beberapa pengembaraan menarik untuk beruang kegemaran Britain itu bersama The Royal Mint. Peminat-peminat Paddington berpeluang mengikuti pengembaraannya di http://www.royalmint.com/paddington dan #AllChangeAtPaddington.

Pertama kali dicipta pada tahun 1958 oleh Michael Bond, Paddington Bear telah menguasai imaginasi selama beberapa generasi. Syiling Proof 50p yang tidak diedarkan dan berwarna perak terang menampilkan Paddington di dua lokasi paling ikonik daripada pengembaraannya di London, iaitu Stesen Paddington dan Istana Buckingham.

Sama ada mereka sudah biasa dengan buku atau filem, peminat-peminat Paddington akan mengenali beg pakaian ikoniknya, stesen kereta api sama namanya dan Istana Buckingham yang terkenal, sama seperti yang dialami oleh ramai pengunjung kali pertama ke London.

Reka bentuk penuhnya merangkumkan warna biru dan merah terang kot dufel yang terkenal Paddington dan topi yang amat terperinci butirannya, menghasilkan dua hasil seni miniatur iaitu syiling yang cantik dan boleh dikumpul. 

Dave Knapton, Pereka Syiling di The Royal Mint, dipilih untuk mengabadikan watak kegemaran Michael Bond untuk koleksi syiling tersebut dan mengulas: "Saya gemar membaca buku-buku tentang Paddington semasa kecil dan saya dapat merasakan imbauan nostalgia sebenar tatkala saya mereka bentuk syiling ini. Paddington merupakan sebahagian daripada zaman kanak-kanak saya, tetapi kini Paddington dikenali oleh generasi yang baharu. Saya ingin membawakan potret kehidupannya dan menonjolkannya dalam persekitaran yang amat realistik. Dengan itu, saya memulakan dengan kereta api moden di Stesen Paddington yang menunjukkan Paddington menunggu dengan sabar di atas beg pakaiannya bagi memulakan perjalanan hidup baharunya."

Anne Jessopp, Ketua Eksekutif The Royal Mint mengulas: "Hebat rasanya kerana berpeluang meraikan watak daripada budaya popular seperti Paddington Bear yang amat disayangi dan ulang tahun ke-60 buku-buku tersebut seolah-olah berlaku pada masa yang tepat. Saya yakin Paddington akan berasa amat berbesar hati kerana menjadi beruang Peru pertama yang muncul pada syiling British."

Koleksi ini boleh dibeli daripada The Royal Mint http://www.royalmint.com/paddington dan pengedar rasmi Royal Mint http://www.royalmint.com/corporate/official-distributors.

http://www.facebook.com/theroyalmint

http://www.twitter.com/royalmintuk

http://www.instagram.com/royalmintuk

Imej

The Royal Mint mengekalkan pemilikan hak cipta © untuk semua imej. Ini hanya akan digunakan untuk tujuan penyuntingan dan tidak boleh dijual atau digunakan untuk tujuan pemasaran lain tanpa kebenaran The Royal Mint.

Source: The Royal Mint
Keywords: Art Retail Travel New products/services