omniture

Round Hill Capital Terima Pelaburan Minoriti Strategik daripada Dyal Capital

Round Hill Capital
2018-07-04 03:26 1177

LONDON, 4 Julai 2018 /PRNewswire/ --

Round Hill Capital ("Round Hill"), sebuah firma pelaburan hartanah, pembangunan dan pengurusan aset yang terkemuka, mengumumkan bahawa Dyal Capital Partners ("Dyal"), sebahagian daripada Neuberger Berman, membuat pelaburan minoriti yang strategik dalam Round Hill.

Mengulas mengenai pelaburan tersebut, Michael Bickford, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Round Hill Capital, berkata: 

"Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Dyal sebagai rakan kongsi strategik Round Hill Capital. Ini merupakan satu pencapaian penting dalam pertumbuhan firma dan menjadi fasa baharu yang penting untuk rancangan peluasan global Round Hill. Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Dyal, yang memilik rekod prestasi cemerlang dalam menyokong pengurus-pengurus pelaburan yang terbaik dalam kategorinya."

Pelaburan ini membolehkan Round Hill terus memberi tumpuan strategik pada penembusan pasaran hartanah sedia ada bersama-sama kumpulan pelabur institusi kami dan terus berkembang dalam sektor-sektor baharu serta lokasi geografi global. Sasaran kami masih kekal untuk mengembangkan Round Hill menjadi salah sebuah firma pelaburan hartanah global yang unggul."

Di bawah terma-terma urus niaga ini, Dyal memperoleh kepentingan minoriti yang pasif dan tanpa mengundi dalam firma. Tiada sebarang perubahan terhadap strategi, proses pelaburan mahupun operasi harian Round Hill.

Michael Rees, Ketua Dyal Capital Partners, menambah:  

"Round Hill telah membangunkan platform hartanah global yang utama dalam pasaran yang memiliki rekod prestasi terbukti secara jangka panjang melibatkan penyumberan dan penstrukturan pelaburan hartanah yang luar biasa. Dengan pelaburan modal kekal Dyal serta sumber platform perniagaan kami, kami percaya Round Hill akan berupaya untuk terus mengukuhkan kedudukan pasarannya sebagai salah satu pengurus pelaburan hartanah yang terkemuka di dunia. Kami mengharapkan hubungan yang panjang dan produktif bersama pasukan Round Hill."

Terma-terma urus niaga adalah sulit dan tidak didedahkan kepada umum.

Evercore dan PWC bertindak sebagai Penasihat Pelaburan. Simpson Thatcher & Bartlett LLP berperanan sebagai peguam undang-undang Round Hill Capital. Fried Frank bertindak sebagai peguam undang-undang Dyal.

Latar Belakang Round Hill Capital: 

Round Hill Capital ialah firma pakar pelaburan hartanah, pembangunan dan pengurusan aset yang terkemuka di dunia. Round Hill Capital memiliki reputasi panjang dan terbukti yang berjaya mengenal pasti dan memperoleh pelaburan hartanah berkualiti tinggi.

Round Hill Capital memberi tumpuan tinggi terhadap pelabur dan berpengalaman dalam menubuhkan dan mengendalikan syarikat-syarikat operasi kelas pertama, telah melabur modal sebanyak lebih €6.5 bilion dalam hartanah sejak ditubuhkan pada tahun 2002. Round Hill Capital berjaya memperoleh dan mengurus lebih 100,000 unit kediaman di seluruh Eropah dan kini merupakan salah satu tuan tanah persendirian terbesar di beberapa negara.

Round Hill Capital memiliki rekod pretasi yang kukuh dalam menjana pulangan terlaras berisiko tinggi dan melabur dalam aset serta mengurus hartanah dengan beberapa institusi serta pelabur persendirian yang terkemuka di dunia.

Maklumat lanjut tentang Round Hill Capital disediakan di: http://www.roundhillcapital.com

Latar Belakang Dyal Capital Partners: 

Dyal Capital Partners, sebahagian daripada Neuberger Berman Group, berusaha memperoleh kepentingan ekuiti minoriti dalam perniagaan pengurusan aset alternatif institusi seluruh dunia. Dyal Capital Partners ditubuhkan pada tahun 2011 dan kini mempunyai 32 perkongsian minoriti.

Maklumat lanjut tentang Dyal Capital Partners disediakan di: http://www.dyalcapital.com

Latar Belakang Neuberger Berman 

Neuberger Berman, ditubuhkan pada tahun 1939, ialah pengurus pelaburan persendirian, bebas dan merupakan milik kakitangan. Firma tersebut mengurus pelbagai strategi termasuk ekuiti, pendapatan tetap, kuantitatif dan pelbagai kelas aset, ekuiti persendirian dan dana lindung nilai, bagi pihak institusi, penasihat dan pelabur individu di seluruh dunia. Mempunyai pejabat di 20 negara, pasukan Neuberger Berman terdiri daripada kira-kira 1,900 ahli profesional. Selama lima tahun berturut-turut, syarikat dipilih dalam tinjauan Tempat Terbaik untuk Bekerja dalam bidang Pengurusan Wang Pensions & Investments (yang mempunyai seramai 1,000 kakitangan atau lebih). Berkedudukan tetap, stabil dan mempunyai tumpuan jangka panjang, firma memupuk budaya pelaburan melibatkan penyelidikan asas dan pemikiran yang bebas. Ia mengurus aset pelanggan sebanyak $299 bilion setakat 31 Mac 2018. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang kami di http://www.nb.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Penasihat Perhubungan Awam kepada Round Hill Capital
Newgate Communications
James Benjamin
Tel: +44(0)20-7680-6521 / +44(0)7747-113-930
Emel: roundhill@newgatecomms.com

Source: Round Hill Capital
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Financing agreements