omniture

300 Bas Yutong digunakan di Rusia Semasa Demam Bola Sepak 2018

Yutong Bus
2018-07-04 16:34 2145

MOSCOW, 4 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Zhengzhou Yutong Bus Co., Ltd. ("Yutong Bus") telah menyerahkan 300 buah bas kepada SpbTransBus di Rusia bagi memenuhi keperluan pengangkutan semasa FIFA World Cup 2018. Hu Huaiban, Pengurus Besar Perniagaan Antarabangsa Yutong Bus, turut mengemukakan rancangan perniagaan pasca FIFA syarikat di Forum Ekonomi China-Rusia di Moscow.

Hu Huaiban (left), General Manager of International Business of Yutong Bus, gives Yutong bus model as present to Sergey Glaziev (right), advisor to the president of the Russian Federation
Hu Huaiban (left), General Manager of International Business of Yutong Bus, gives Yutong bus model as present to Sergey Glaziev (right), advisor to the president of the Russian Federation

"Sebagai perintis dalam industri pengilangan bas, Yutong Bus berasa sukacita dapat membawa kenderaan berkualiti tinggi kami ke Rusia untuk memberikan perkhidmatan kepada pemain dan peminat Piala Dunia 2018," kata Hu. "Kami bergiat aktif mencari peluang untuk menawarkan perkhidmatan kepada lebih ramai pelanggan dan penumpang tempatan dengan harapan agar dapat mencipta lebih banyak peluang perniagaan antarabangsa antara China dan Rusia," kata beliau.

Sejak tahun 2003, Yutong Bus mengeksport lebih 3,233 buah bas ke Rusia dengan kerjasama pengendali-pengendali tempatan, bagi menampung keperluan kenderaan pengangkutan awam tempatan dan bas-bas pelancongan. Semasa Piala Dunia, Yutong Bus telah menawarkan perkhidmatan kepada pemain-pemain dari Brazil, Panama, Denmark, Mesir, Australia, Senegal, Peru, Sepanyol, Uruguay, Jepun dan Portugal.

Yutong Bus delivers 300 buses to Russia during the football season
Yutong Bus delivers 300 buses to Russia during the football season

Sebagai persediaan untuk projek berkenaan, Yutong Bus menjalankan kajian terhadap persekitaran tempatan dan keperluan penumpang. Mereka membangunkan bas-bas yang dapat memberi prestasi lebih baik dalam keadaan cuaca biasa yang lebih sejuk di Rusia. Mereka turut menumpu untuk melanjutkan jangka hayat kenderaan mereka demi menjamin kualiti operasi.

Demi mengeluarkan kenderaan yang paling sesuai untuk penumpang Rusia, Yutong Bus menjalankan kajian tempatan dan membangunkan bas-bas yang dapat menampung keperluan cuaca yang sejuk di Rusia, menjamin kualiti operasi dan melanjutkan jangka hayat kenderaan. Yutong Bus telah menandatangani kontrak dengan 19 pusat operasi tempatan, lima pengedar aksesori eksklusif dan 19 pengedar sekunder di Rusia dengan 100 peratus liputan di bandar-bandar kenderaan Yutong beroperasi.

Menyasarkan pasaran global, Yutong Bus mula berkembang ke luar negara seawal tahun 2000 dan telah mengeksport lebih 55,000 kenderaan ke luar negara, mencakupi pasaran-pasaran utama merentasi enam benua. Selain pengilangan bas, Yutong Bus turut menyediakan penyelesaian sehenti dan latihan tenaga manusia, termasuk perancangan pengangkutan, reka bentuk kenderaan serta sistem pemantauan kenderaan dan sebagainya, di samping menawarkan latihan amali kepada pengendali-pengendali tempatan.

Latar Belakang Yutong Bus

Zhengzhou Yutong Bus Co., Ltd. ialah sebuah syarikat pengilangan moden berskala luas yang mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengilangan dan jualan produk bas. Yutong Bus berkembang menjadi tapak pengilangan terbesar dan paling maju dari segi teknologi melibatkan bas-bas bersaiz besar dan sederhana di seluruh dunia. Yutong Bus ialah syarikat senaraian pertama dalam industri bas China (Kod saham: 600066), Dengan pusing ganti sebanyak 33.2 bilion yuan pada tahun 2017, Yutong Bus telah mencapai jumlah jualan yang besar di lebih 30 negara merentasi 6 benua, termasuk Perancis, UK, Australia, Venezuela, Rusia, Arab Saudi, Malaysia, Columbia, Pakistan, Filipina dan Peru dengan bahagian pasaran mencecah lebih 30% di China dan lebih 15% di dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.yutong.com

Fernando Li
+86-371-6671-8999

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180703/2178910-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180703/2178910-1-b

Source: Yutong Bus
Related Links:
Keywords: Transportation Contracts Trade show news