omniture

Upacara Perasmian Pusat Data Singapura China Mobile International Limited

China Mobile International Limited
2018-07-05 17:20 3463

Realisasikan sambungan berkelajuan tinggi dari Asia Pasifik ke peringkat Global

Dijangka siap pada bulan Mei 2019

SINGAPURA, 5 Julai 2018 /PRNewswire/ -- China Mobile International Limited (CMI) mengadakan upacara permulaan pembinaan sempena pelancaran pusat data Singapuranya. En. Wang Yunwei, Setiausaha Ketiga Kedutaan Republik Rakyat China di Republik Singapura, En. Koh Wee Sain, Pengarah Penguasa Info-Komunikasi dan Pembangunan Media Singapura, Cik Najiah Ramlee, Ketua Lembaga Infokom & Media bagi Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura, En. Qian Liangzhong, Pengarah Urusan China Construction (South Pacific) Development Co Pte Ltd., berserta Dr. Li Feng, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif China Mobile International Limited menghadiri upacara perasmian bagi menyaksikan detik bersejarah yang penting ini.

Upacara Perasmian Pusat Data Singapura China Mobile International Limited
Upacara Perasmian Pusat Data Singapura China Mobile International Limited

Pusat data Singapura akan menjadi pusat data dibina sendiri yang kedua di Asia Pasifik selepas Hong Kong Global Network Center (GNC) dan juga akan menjadi salah satu hab rangkaian paling penting di luar Tanah Besar China. Kini, CMI memiliki sumber daripada tiga sistem kabel dasar laut APAC, iaitu SJC, APG dan SJC2 serta sistem kabel Asia ke Eropah, SMW5 yang bakal disediakan di Singapura. CMI akan terus meluaskan pelaburannya dalam sistem kabel dasar laut di Singapura, merancang sekurang-kurangnya empat projek kabel dasar laut baharu yang lain yang menghubungkan Asia Pasifik, Eropah Timur, Amerika dan Oceania. Pusat data CMI yang terletak di Singapura akan diselaraskan dengan pusat data luar negara lain, berserta sumber rangkaian globalnya yang luas bagi menyediakan perkhidmatan sambungan berkelajuan tinggi termasuk IPLC, Transit IP, suara, perayauan, pengkomputeran awan dan penyelesaian komunikasi sehenti lain kepada pelanggan dan rakan kongsi global.

Terletak di Taman Perindustrian Dacheng Singapura, pusat data terkini CMI mempunyai kawasan kasar berkeluasan 7,330 meter persegi dan kawasan pembinaan seluas 15,174 meter persegi dengan sejumlah 2,100 tindanan. Pusat data ini akan dilengkapi dengan kemudahan teknologi tinggi yang canggih seperti bateri penggunaan tenaga rendah, peranti UPS modular baharu, bekalan kuasa DC dan AC, reka bentuk dwipaip yang menyokong sistem penyejukan CRAC dan sistem penyejukan air. Ia direka dan dikendalikan mengikut piawaian Tahap III+ pusat data, mencapai kecekapan, keupayaan dan kebolehskalaan yang tinggi dan bagi menjadi hab komunikasi antarabangsa bertaraf dunia.

Dr. Li Feng, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif CMI berkata, "Singapura ialah pusat ekonomi, kewangan dan penghantaran dunia. Ia juga merupakan fulkrum inisiatif "Satu Jalur Satu Jalan". Pusat Data Singapura CMI, yang merupakan permulaan pembinaan pusat data luar negara CMI pertama, menandakan bermulanya pelaksanaan Pusat Data global CMI. Pembukaan Pusat Data Singapura itu akan menggabungkan sumber sistem kabel dasar laut bagi mengukuhkan daya saing teras infrastruktur dan memudahkan pembangunan pesat ketersambungan, pengkomputeran awan dan produk CDN. Pelancaran Pusat Data Singapura ini bertindak balas terhadap permintaan rangkaian yang tinggi daripada pelanggan di Singapura dan Asia Pasifik, seraya menyokong pembangunannya terhadap Ekonomi Data dalam era baharu."

CMI komited untuk menyediakan perkhidmatan sambungan rangkaian yang berkualiti kepada China Mobile dan pelanggannya di seluruh dunia serta menerima pakai strategi pelaksanaan global dari segi sistem kabel, POP dan pusat data. Pembangunan boleh diskala berjaya meletakkan CMI antara pengendali berkedudukan teratas dan yang terkemuka di peringkat antarabangsa di Asia Pasifik. Sehingga kini, CMI mempunyai lebih 40 sumber kabel darat dan dasar laut di dunia dengan lebar jalur transmisi antarabangsa berjumlah lebih 27T; sebanyak 138 POP mencakupi 60 negara dan 91 bandar titik panas di seluruh dunia. Menjadikan Hong Kong sebagai titik permulaan, CMI mempercepatkan pembangunan IDC teras di seluruh dunia dengan ketara, mendayakan rangkaian yang kukuh untuk usaha peralihan kepada awan pusat data. Dengan penubuhan pusat data di Singapura, CMI akan memanfaatkan sepenuhnya sinergi GNCnya dan akan mencapai penumpuan yang cekap dan ketangkasan aliran trafik, seraya menyediakan akses global kepada pelanggan kami dengan ketersambungan lebar jalur yang luas.

Latar Belakang CMI

CMI ialah subsidiari milik penuh China Mobile. China Mobile kini merupakan pengendali telekomunikasi yang terbesar di dunia berdasarkan skala rangkaian dan kumpulan pelanggan, dan merupakan antara yang terbaik dari segi permodalan pasaran dan nilai jenama. Bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik demi memenuhi peningkatan permintaan dalam pasaran telekomunikasi antarabangsa, China Mobile menubuhkan sebuah subsidiari, CMI, pada Disember 2010, bertanggungjawab khususnya terhadap operasi perniagaan antarabangsa. Memanfaatkan sokongan padu oleh China Mobile, CMI menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan telekomunikasi antarabangsa yang komprehensif termasuk IDD, perayauan, Internet, perkhidmatan MNC dan Perniagaan Bernilai Tambah di seluruh dunia.

Beribu pejabat di Hong Kong, CMI telah meluaskan jejak kami di 20 negara merentasi kawasan-kawasan berbeza.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180629/2177209-1

Source: China Mobile International Limited
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Corporate Expansion New products/services