omniture

Suning Jalin Kerjasama dengan CEIBS Tingkat Transformasi Korporat dalam Ekonomi Digital

Suning
2018-07-06 11:04 3244

NANJING, China, 6 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Suning, syarikat gergasi komersial yang menduduki tempat kedua sebagai perusahaan bukan milik kerajaan negeri yang terbaik di China dan pemilik Suning.com, sebuah syarikat jualan Fortune Global 500, hari ini mengumumkan perkongsiannya dengan China Europe International Business School (CEIBS). Kedua-dua pihak menandatangan perjanjian mencakupi bidang yang luas bagi menjalankan penyelidikan bersama terhadap model perniagaan inovatif, pengurusan strategik dan operasi digital bagi meningkatkan transformasi korporat demi pembangunan masa depan.

Meng Xiangsheng (kiri), Naib Presiden Kanan, Ketua Pegawai Sumber Manusia Suning.com dan Ding Yuan (kanan), Naib Presiden dan Dekan CEIBS, menghadiri acara ini
Meng Xiangsheng (kiri), Naib Presiden Kanan, Ketua Pegawai Sumber Manusia Suning.com dan Ding Yuan (kanan), Naib Presiden dan Dekan CEIBS, menghadiri acara ini

Suning dan CEIBS akan bersama-sama mengusahakan Suning Research Group di bawah "Pusat Penyelidikan Ekonomi Digital dan Perusahaan Pintar China-Eropah", yang menumpu pada kajian kes mendalam melibatkan perusahaan pintar dan menyokong transformasi korporat ke arah pendigitan.

Fang Yue, profesor CEIBS, percaya bahawa Peruncitan Pintar Suning mempunyai dua kata kunci: "pintar" dan "teknologi". Beliau berkata, "Pengalaman Suning sejak sepuluh tahun lalu dalam transformasi digital bukan sahaja akan membawa manfaat kepada pertumbuhan masa depan Suning, bahkan turut memberi pengalaman berharga kepada syarikat-syarikat yang menumpu pada penyelesaian transformasi dan inovasi demi peluang-peluang pembangunan selanjutnya."

Kerjasama strategik bersama institusi-institusi pendidikan utama merangkumkan kejayaan strategi Peruncitan Pintar Suning dan nilainya sebagai kajian kes yang baik dalam industri berkenaan. Pada tahun 2009, Suning mendepani amalan transformasi berasaskan Internet antara perusahaan-perusahaan runcit domestik tradisional, menerima teknologi Internet melalui transformasi pemasaran, inovasi saluran, penyepaduan dalam talian-kepada-luar talian (O2O) serta keterbukaan platform. Kejayaan berkenaan membolehkan Suning bersiap sedia mengambil kesempatan daripada peluang-peluang dalam era runcit baharu serta memanfaatkan model-model perniagaan dan keuntungan baru muncul bagi merangsang pertumbuhan serta pembangunannya pada masa depan.

Dalam pada itu, Suning dan CEIBS akan bekerjasama dalam latihan kakitangan dan perekrutan bakat. Wang Gao, profesor Pemasaran di CEIBS berkata, "Produk utama CEIBS ialah pendidikan. Dengan itu, kami bersedia membantu mewujudkan kumpulan bakat untuk Suning dan melakukan yang terbaik demi pembangunan jangka panjang untuk latihan serta perekrutan kakitangan Suning."

"CEIBS ialah pusat pengajian perniagaan yang terkemuka dan bertaraf dunia di Asia. Sejak ditubuhkan, ia komited terhadap penyelidikan perniagaan yang termaju di China, membantu perusahaan-perusahaan Cina menginovasi dan berubah demi menerima peluang dengan lebih baik yang dibawakan menerusi keperluan pasaran yang dinaik taraf. Sebagai sebuah syarikat Peruncitan Pintar O2O yang terkemuka, Suning telah menyaksikan dan terlibat dalam transformasi industri runcit China. "Kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk bersama-sama meneroka pembangunan perindustrian dan menyumbang pengalaman dan pandangan praktikal kami kepada rakan sejawat industri," kata Meng Xiangsheng, Naib Presiden Kanan, Ketua Pegawai Sumber Manusia Suning.com.

Suning menubuhkan Institut Penyelidikan Peruncitan Pintar Suning pada tahun 2018, menumpu pada usaha penyelidikan perekayasaan semula teknologi dalam industri runcit.

Latar Belakang Suning

Diasaskan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah syarikat perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam masing-masing di China dan Jepun. Pada tahun 2017, Suning Holding menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 syarikat milik persendirian yang utama di China dengan jualan tahunan mencecah 65.7 bilion USD (412.95 bilion RMB). Dengan misi "Menerajui Ekosistem merentasi Industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit untuk Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Media & Hiburan, Sukan, dan Pelaburan, yang mana Suning.com berada dalam senarai Fortune Global 500 tahun 2017.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.suningholdings.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180705/2180078-1

Source: Suning
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Electronic Commerce Higher Education Multimedia/Online/Internet Retail Contracts