omniture

Prebiu Rail+Metro China 2018: Pasaran Transit Rel di China Bawakan Kemajuan Hebat dengan Empat Trend Pembangunan Terkini yang Wajar Diharapkan

Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd.
2018-07-10 10:00 3679

SHANGHAI, 10 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Rail+Metro China 2018, terbitan Shanghai Shentong Metro Group dan Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd. bakal diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai pada 07-09 November 2018.

I. Pasaran Transit Rel di China Bawakan Kemajuan Hebat dengan Skala Pasaran Trilion Selama Bertahun-tahun

Menjelang lewat Disember 2017, sebanyak 33 bandar di China mempunyai transit rel dan jumlah perbatuan mencecah lebih 4,500 batu. Menjelang tahun 2020, perbatuan operasi bagi transit rel bandar di China dijangka mencecah 7,700 batu. Dari segi kereta api, perbatuan operasi kereta api di seluruh negara tersebut mencecah lebih 120,000 batu; perbatuan operasi bagi kereta api berkelajuan tinggi mencecah 25,000 batu. Pasaran transit rel China akan terus menarik perhatian semua peserta perindustrian di seluruh dunia tidak lama lagi. 

II. Empat Trend Pembangunan Utama Menonjol bermula dengan Mengejar hinggalah kepada Menerajui Dunia

Transit rel bandar di China mengalami pembangunan ke arah sistem pelbagai yang berskala luas dan struktur berangkaian serta peralatan intelektual sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pasaran lebih luas dapat menarik lebih ramai pemegang berkepentingan untuk mengambil bahagian dalam perniagaan. Teknologi baharu seperti pembayaran tanpa tunai dan pembayaran imbasan wajah telah diaplikasikan dalam pelbagai bandar, yang membawa perubahan besar kepada corak pembayaran orang ramai.

III. Memahami Hala Tuju Pasaran dan Dapatkan Segala-gala yang Anda Inginkan di Rail+Metro China 2018

Pameran Transit Rel Antarabangsa Shanghai 2018 (Rail+Metro China 2018) bakal diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai pada 07-09 November 2018. Pameran ini mengkhusus untuk segera menyampaikan maklumat industri yang paling praktikal dan membangunkan platform perdagangan bersepadu. Lebih 200 pempamer akan menghadiri acara tersebut, 20,000 pengunjung dijangka mengambil bahagian dalam acara berkenaan. CRRC Corporation, Bombardier Transportation Group, Alstom dan BYD Group akan mempamerkan teknologi dan produk terkini.

Persidangan Kereta Api Antarabangsa China untuk Transit Bandar dan Antara Bandar (CIRC 2018) bakal diadakan serentak dengan pameran. Tema CIRC 2018 ialah 'Inovasi dalam Pengangkutan - Sistem Transit Bandar Pintar dan Pembangunan Masa Depannya'. Sub-seminar akan menumpu pada 'kereta api antara bandar, kereta api komuter, transit rel bandar dan pengangkutan berjumlah sederhana-rendah', lebih 200 pemimpin dan pakar industri akan mengambil bahagian dalam ucapan dasar, lebih 2000 hadirin dijangka menyertai acara ini.

Kami percaya acara tahun 2018 akan mencapai paras tinggi yang baharu dalam setiap aspek dan menghimpunkan semua tokoh utama industri.

Hubungi:
Annie Shi
021-62952073 
Shianan@shanghai-intex.com

Source: Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd.
Keywords: Transportation Trade show news