omniture

Syarikat Gergasi Komersial Cina Meterai Perkongsian Strategik dengan Perusahaan Jerman SAP SE

Suning Holdings Group
2018-07-11 14:22 3346

BERLIN, 11 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Dua perusahaan terbesar milik China dan Jerman, Suning Holdings Group dan SAP SE, menandatangani satu perjanjian perkongsian strategik yang akan menyaksikan kedua-dua firma ini bersama-sama menjalankan penyelidikan termaju dalam Kecerdasan Buatan (AI), Internet Komunikasi Benda (IoT), Data Raya, pengkomputeran awan dan juga teknologi rantaian blok.

Sebagai salah satu jalinan kerjasama antara firma positif yang dicapai semasa perundingan antara kerajaan China-Jerman di Berlin minggu ini, perjanjian penting berkenaan ditandatangani oleh Pengerusi Suning Holdings Group Zhang Jindong dan Michael Kleinemeier, Pemimpin Organisasi Perkhidmatan Perniagaan Digital di SAP SE dan Ahli Lembaga Eksekutif. Turut hadir semasa upacara ini ialah En. Steven Zhang, Presiden Suning International dan LI Qiang, Pengurus Besar SAP China.

Perjanjian penting ini akan menyaksikan Suning dan SAP SE menjalankan beberapa penyelidikan dan pembangunan teknologi melibatkan inovasi jualan pintar dengan peningkatan pelaburan bagi mewujudkan kelebihan utama dunia "Pendigitan Perindustrian" dan meneroka aplikasi revolusioner teknologi ekonomi-digital dalam industri jualan, kewangan dan sukan China.

Untuk terus menggalakkan kerjasama mendalam dalam bidang pendigitan dan inovasi kedua-dua negara, gandingan ini akan turut:

  • Mewujudkan platform perkhidmatan ekologi jualan pintar bagi memperkasa industri jualan China dengan menyediakan penyelesaian rantaian bekalan termasuk pengurusan stor, penyumberan produk, logistik dan perkhidmatan pembayaran untuk perusahaan runcit bersaiz kecil dan sederhana negara.
  • Membangunkan platform NTOCC dipacu data dan mewujudkan sistem pergudangan dan penyerahan pintar bagi meningkatkan dengan ketara kecekapan operasi dan pengalaman pengguna dalam industri logistik.
  • Mewujudkan platform digital untuk kelab bola sepak dan sistem latihan belia Cina yang dibangunkan untuk membantu menyokong pembangunan industri sukan di China.

Pengerusi Suning, Zhang Jindong, berkata: "Sebagai perusahaan jualan pintar yang terkemuka, perkongsian Suning dengan SAP, yang bersama-samanya kami telah menjalin kerjasama dalam tempoh jangka panjang, akan menyediakan peluang baharu kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi dan menggunakan secara inovatif sumber dan data yang dikumpul daripada bidang pengurusan jualan dan korporat. Kami berharap dapat bekerjasama dengan erat bersama-sama bagi mewujudkan platform perkhidmatan jualan pintar dan logistik pintar bagi meningkatkan pembangunan industri jualan yang revolusioner."

Perjanjian ini turut memperlihatkan pelaksanaan 'Inisiatif Jalur dan Jalan', satu strategi pembangunan yang menumpu pada infrastruktur ketersambungan dan kerjasama antara negara-negara Eurasia. Suning, yang berminat dalam lapan industri termasuk peruncitan melalui subsidiarinya, Suning.com, penjual 'O2O' (luar talian kepada dalam talian) yang terkemuka di China yang turut tersenarai dalam Fortune Global 500 pada tahun 2017, turut berminat untuk mencipta lebih banyak peluang kepada jenama-jenama luar negara dari Jerman bagi mengakses pasaran China yang menguntungkan.

Pada tahun 2017, jualan tahunan jenama-jenama Jerman mencecah EUR 1.5 bilion melalui platform jualan omnisaluran Suning.com manakala pembeli luar negara Suning meningkat 116 peratus sepanjang tempoh yang sama. Suning turut menjalin kerjasama yang panjang, sebagai contoh bersama Bosch dan Siemens. Suning dan SAP SE masing-masing telah menjalin kerjasama sejak 13 tahun lalu.

-Tamat-

Latar Belakang Suning

Diasaskan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah syarikat perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam masing-masing di China dan Jepun. Pada tahun 2017, Suning Holding menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 perusahaan milik persendirian yang utama di China dengan jualan tahunan mencecah 65.7 bilion USD (412.95 bilion RMB). Dengan misi "Menerajui Ekosistem merentasi Industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit untuk Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Media & Hiburan, Sukan dan Pelaburan, yang mana Suning.com berada dalam senarai Fortune Global 500 tahun 2017.

Untuk maklumat lanjut layari www.suningholdings.com

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Contracts Licensing/marketing agreements