omniture

Honor dikejutkan dengan pertumbuhan 150% dalam jualan antarabangsa pada Separuh Pertama 2018

Honor
2018-07-12 20:08 2888

Honor 10 AI 2.0 istimewa terkini cecah jualan 3 juta unit dalam tiga bulan

HONG KONG, 12 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Honor, e-jenama telefon pintar yang terkemuka, hari ini berkongsi angka-angka yang menunjukkan pertumbuhan Honor di peringkat global pada separuh pertama tahun 2018. Paling utama antaranya, peningkatan luar biasa sebanyak 150% dalam jumlah jualan antarabangsa berbanding tahun sebelumnya di luar China. Kemajuan berterusan ini memperlihatkan perkembangan penting Honor ke arah matlamatnya untuk menjadi antara tiga jenama mudah alih teratas di seluruh dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Peranti istimewa jenama ini, Honor 10, menerajui perubahan, dengan lebih 3 juta unit berjaya terjual sejak dilancarkan hanya beberapa bulan yang lalu. Mendapat pujian meluas, Honor 10 menampilkan dua inovasi telefon pintar penting iaitu kamera dwikanta dikuasakan AI yang utama dalam industri dan reka bentuk rintis yang menampilkan bahagian belakang berkaca 3D dengan lapisan optik berskala nano yang mengagumkan. Sorotan utama daripada kejayaan global Honor 10 termasuk:  

  • Malaysia, yang mana Honor 10 memecah rekod bagi telefon unggulan laris terjual seumpamanya melalui penjual dalam talian utama Shopee.
  • Perancis, yang mana Honor 10 menjadi telefon pintar kedua terlaris dijual dalam talian dan menduduki tempat keenam dalam jualan runcit keseluruhan dalam julat harga EUR300-400 pada bulan Mei.
  • Rusia, yang mana Honor 10 ialah telefon pintar paling laris terjual dengan julat harga RUB25,000-30,000 dan tersenarai sebagai 5 telefon pintar teratas dalam GfK Hitlist.
  • Jerman, yang mana Honor 10 berjaya mengatasi jualan pasca pelancaran Honor 9 sebanyak lebih 100%.
Honor 10 telah menjual kesemua 3 juta unit di seluruh dunia
Honor 10 telah menjual kesemua 3 juta unit di seluruh dunia

"Di Honor, kami berbesar hati dapat melihat dedikasi kami untuk membawakan inovasi dan pengalaman pengguna yang tiada tandingan pada nilai luar biasa telah diiktiraf dan diterima dengan penuh keterujaan oleh pengguna seluruh dunia," kata En. George Zhao, Presiden Honor. "Prestasi kukuh kami di seluruh dunia setakat ini pada tahun 2018 meletakkan kami pada kedudukan yang kukuh dalam mencapai matlamat kami untuk menjadi jenama telefon pintar global tiga teratas dalam tempoh lima tahun."

Data pada peringkat pasaran turut menunjukkan bahawa Honor memecah rekod dan memenangi hati peminat baharu kami dalam setiap pasaran. Pada bulan Mei tahun ini, Honor berjaya mengatasi Apple untuk menjadi jenama telefon pintar No. 2 Rusia dari segi jumlah jualan, setelah menduduki tempat ketiga yang mantap 13 bulan sebelumnya. Jenama ini juga merupakan vendor telefon pintar paling pesat berkembang di India, dengan peningkatan 300% dalam jumlah jualan dan pendapatan pada separuh pertama tahun 2018. Keuntungan yang mengagumkan juga dapat dilihat di seluruh Eropah, dengan jumlah jualan meningkat 200% di UK dan 500% di Sepanyol.

Honor juga terus meluaskan jejak globalnya, mengembangkan portfolio produk di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Amerika Latin, menerusi pelancaran baharu yang penting tahun ini di Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Singapura, Mesir, Pakistan, Mexico dan Colombia.

Di lokasi asalnya, China, Honor terus menjadi e-jenama telefon pintar No. 1 dan merupakan satu-satunya e-jenama telefon pintar yang tersenarai antara lima jenama telefon pintar teratas keseluruhan dalam pasaran. Mulai Januari hingga April 2018, Honor menjual 18.07 juta unit dan menyaksikan pendapatan jualan mececah RMB26.3 bilion, menurut firma penyelidikan pasaran bebas, Sino Market Research. Kekuatan dan populariti jenama ini baru-baru ini ditekankan semasa "Festival Beli Belah 618" JD.com, sewaktu Honor mengungguli carta dengan jumlah jualan kumulatif tertinggi semasa tempoh jualan 1-18 Jun, serta mengungguli jumlah jualan hari bujang pada 18 Jun.

Latar Belakang Honor

Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka di bawah naungan Huawei Group. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Honor secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami melalui:

https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/Honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/honorglobal

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180711/2184396-1

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Wireless Communications Sales reports