omniture

DATAVLT ramal masalah korelasi dalam era pemperibadian hiper

DATAVLT
2018-07-16 16:13 1103

Analitik data rantaian blok bakal menjadi pengubah industri untuk memahami keperluan pelanggan

SINGAPURA, Julai 16, 2018 /PRNewswire/ -- Kunci pada penglibatan pelanggan letaknya dengan mengetahui dan memahami pelanggan. Syarikat-syarikat yang dapat memperibadikan perkhidmatan mereka untuk pelanggan yang disasarkan akhirnya akan berjaya. Namun demikian, bagaimana pemasar memahami dengan jelas begitu banyak data bagi mencipta sesuatu yang benar-benar bersifat peribadi?

Dikenali sebagai pemperibadian hiper, memiliki pemahaman yang cetek mengenai pelanggan tidak lagi mencukupi. Dari segi teknologi pemasaran, syarikat-syarikat kini berada pada tahap yang mana mereka mempunyai data yang benar-benar boleh lebih mendalami dan memahami pendorong tingkah laku pengguna dengan lebih dekat, bukan sahaja untuk memenuhi jangkaan mereka, tetapi juga untuk meramalkan jangkaan berkenaan dan akhirnya mendekati mereka.

Ramai pengguna inginkan jenama-jenama memahami mereka dengan lebih baik dan mengetahui waktu yang sesuai untuk mendekati atau menjauhi mereka. Begitu juga dengan sejumlah besar pemasar yang sama banyaknya menumpu pada keupayaan analitik data mereka, teknologi komunikasi dipesan terlebih dahulu dan platform pengurusan data profil pelanggan bagi memberikan pengalaman pelanggan yang diperibadikan. Walau bagaimanapun, meskipun adanya kesemua faktor ini, sebahagian besar ahli-ahli profesional ini masih berhadapan dengan kesukaran untuk berhubung dengan pengguna mereka dengan cara yang benar-benar bersifat peribadi, pada masa sebenar.

Kesukaran timbul sewaktu mengumpul maklumat dengan pantas dan cekap, mempunyai data relevan yang mencukupi dan masalah data yang tidak tepat. Teknologi rantaian blok dapat menangani cabaran ini terlebih dahulu, membolehkan pemasar melaksanakan pemperibadian dalam proses yang lancar dengan menyingkirkan kerumitan daripada analitik data dan memberi makna kepada kesemuanya.

"Data adalah segala-galanya dalam era moden ini, dan ini khususnya penting untuk pemasar," kata pengasas bersama DATAVLT, Michelle Yeo. "Masalah dengan kaedah-kaedah semasa analitik data dan simpanan, ialah cara ia disimpan dan diasingkan mengikut jabatan-jabatan berbeza. Ini mewujudkan situasi yang mana syarikat-syarikat tidak mempunyai pemahaman yang betul dan menyeluruh mengenai data mereka sendiri."

Beliau juga pasti mengetahuinya. Yeo memperuntukkan sebahagian besar kerjaya profesional beliau dalam bidang pemasaran dan komunikasi sebelum terdorong untuk mencipta platform analitik data pada teknologi rantaian blok.

Pemperibadian hiper memerlukan data berkualiti dan teknologi data bersasaran. Teknologi lejar teragih DATAVLT memastikan semua data tersimpan adalah telus merentasi jabatan dan sebarang perubahan yang dibuat boleh ditentusahkan dan tidak berubah. DATAVLT dapat membantu pemasar menggiatkan usaha mereka dalam mengusahakan pemperibadian hiper dalam tawaran mereka kepada pengguna dengan menyediakan analitik data yang termaju dan dalam masa yang sama mesra pengguna.

Latar Belakang DATAVLT

DATAVLT adalah platform analitik data yang tangkas, inovatif dan secara atas permintaan, dijamin oleh teknologi Rantaian Blok yang diwujudkan untuk memberikan pengguna dengan maklumat bersepadu dan berhubung kait. Disokong oleh keupayaan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, platform ini memperkasa perusahaan untuk memperoleh pemahaman bermakna terhadap data raya dan menganggar kos dengan cekap. Pada asasnya, DATAVLT adalah platform pengurusan data/maklumat hujung-ke-hujung.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180607/2154400-1LOGO

Source: DATAVLT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Blockchain Data Analytics