omniture

Pet Fair Asia dan Aquarama sokong pembangunan perniagaan haiwan peliharaan di Asia

VNU Exhibitions Asia
2018-07-18 10:14 1220

SHANGHAI, 18 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Edisi ke-21 Pet Fair Asia dan edisi ke-17 Aquarama, anjuran VNU Exhibitions Asia, akan diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai, diperluaskan daripada 8 menjadi 10 dewan bagi menampung lebih 1,300 pempamer.

Dengan ruang pameran berkeluasan 125,000 meter persegi (+25% / 2017), pameran ini membolehkan liputan rantaian bekalan yang lebih luas dibuat, termasuk pembekal makanan haiwan peliharaan huluan, jenama-jenama global untuk bekalan haiwan peliharaan, semua pengedar utama dan syarikat-syarikat gergasi e-dagang. Semua kategori haiwan peliharaan diwakili: kucing, anjing, roden, reptilia, burung dan kini haiwan akuatik: Pet Fair Asia ditempatkan bersama-sama buat julung kalinya dengan Aquarama, seraya membuka lebih banyak peluang perniagaan bersama pembekal akuarium, sistem pintar untuk akuatik dan pengeksport ikan hiasan dari seluruh dunia.

Pada tahun 2018, pihak penganjur menyaksikan perkembangan yang mantap dalam segmen rawatan kesihatan haiwan peliharaan: syarikat farmaseutikal, pembekal produk veterinar dan klinik haiwan peliharaan diwakili secara meluas. Pembekal makanan haiwan peliharaan dan segmen teknologi makanan haiwan peliharaan turut berkembang dengan pesat, setanding dengan pelancaran jenama-jenama makanan haiwan peliharaan baharu di Asia. Tiga dewan dikhususkan untuk makanan, manakala sebuah dewan keseluruhan menghimpunkan pembekal-pembekal antarabangsa yang menembusi pasaran Asia atau tercari-cari rakan kongsi tempatan.

Beberapa persidangan peringkat tinggi diadakan sebelum dan semasa acara berkenaan. Sidang Kemuncak Industri Haiwan Peliharaan Antarabangsa ke-8 akan diadakan dengan laporan terperinci mengenai pembangunan pasaran Cina dan menangani trend perniagaan dan pemasaran baharu. Forum Makanan Haiwan Peliharaan China ke-7 akan menyediakan pemahaman mendalam tentang peraturan makanan haiwan peliharaan baharu bagi menembusi pasaran Cina, trend terkini dalam keperisaan, amalan terbaik dalam keselamatan makanan, analisis terhadap penerimaan pengguna dan peluang pasaran.

Mesyuarat Tahunan untuk Pengurusan Hospital Haiwan Peliharaan, Pertandingan Ikan Antarabangsa Aquarama, pertandingan Akuarium Marin, serta Pertandingan Anjing Dunia, Pertunjukan Fesyen Haiwan Peliharaan, Pameran Kucing CFA dan pertandingan lanskap tumbuhan akuatik akuarium air tawar 10 meter ialah antara segelintir daripada pelbagai seminar dan acara yang diadakan di lapangan.

Konteks pasaran menjadikannya detik sempurna untuk mengembangkan perniagaan di rantau ini. China dan Asia yang sedang membangun telah banyak berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jenama-jenama dapat menjangkakan persaingan sengit namun, peluang pembangunan yang hampir tidak terbatas.

Pet Fair Asia dijangka akan menarik 50,000 ahli profesional sepanjang tiga hari perdagangan dan 110,000 pengguna pada hujung minggu. Prapendaftaran pengunjung adalah wajib dan percuma untuk ahli-ahli profesional bertauliah.

Pet Fair Asia & Aquarama | 22-26 Ogos 2018

www.petfairasia.com
www.aquarama.com.cn

Source: VNU Exhibitions Asia
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Animals/Pets Asian-related news