LOS ANGELES, 23 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Firma perwakilan jualan dan pemasaran perjalanan mewah yang terkemuka Kurtz-Ahlers & Associates hari ini mengumumkan penjenamaan semula untuk "Hidden Doorways, A KAA Travel Collection." Setelah membentuk industri perjalanan mewah selama 16 tahun, syarikat tersebut akan beroperasi di bawah jenama baharu untuk menyampaikan kesetiaannya kepada penemuan, pembangunan dan perwakilan semula destinasi dan pengalaman yang paling sukar ditemui di dunia.
Beribu pejabat di Southern California dan ditubuhkan oleh veteran jualan dan pemasaran JoAnn Kurtz-Ahlers, Kurtz-Ahlers & Associates telah mengukuhkan reputasi kerana mewakili hotel terbaik, pusat peranginan mewah dan destinasi eksklusif di dunia. Syarikat dikenali kerana hubungannya yang panjang bersama golongan profesional perjalanan dan rekod prestasi terbukti dalam menyediakan keputusan yang dapat diukur melalui perwakilan pemasaran dan jualan yang disesuaikan mengikut individu.
"Setelah 16 tahun menerajui Kurtz-Ahlers & Associates dalam mendepani industri kami, kami menyedari terdapatnya peluang untuk menjenamakan semula syarikat kami untuk menonjolkan hartanah yang kami wakili," kata Pengasas dan Presiden JoAnn Kurtz-Ahlers. "Dalam dunia perkongsian dan ketepuan sosial masa kini, Hidden Doorways, A KAA Travel Collection akan kekal menjadi kunci bagi menemui dan membangunkan tempat dan detik yang benar-benar mendebarkan dan tidak terduga."
Di bawah kepimpinan berterusan JoAnn Kurtz-Ahlers dan pasukan berpengalaman beliau, Hidden Doorways, A KAA Travel Collection akan terus menemui, membangunkan dan mewakili destinasi serta pengalaman yang paling unik dan tidak diketahui di dunia. Syarikat mengendalikan pejabat-pejabat jualan yang aktif di seluruh dunia, dari Amerika Syarikat ke London, Brazil dan selanjutnya, mewujudkan jaringan global melibatkan perkhidmatan tersuai untuk hartanah dan DMC di 34 negara.
Hidden Doorways, A KAA Travel Collection meneruskan komitmen Kurtz-Ahlers & Associates untuk mewakili hartanah yang jarang didapati dan belum diterokai. Bermula dengan aktiviti merentasi gunung ganang Mongolia dengan menunggang kuda, kepada akses pengembaraan yang tidak dijangkakan di tengah-tengah London atau membuka minda industri kepada cara baharu menjalankan perniagaan, destinasi-destinasi Hidden Doorways, A KAA Travel Collection menawarkan perjalanan sekali seumur hidup.
Untuk melihat pengenalan jenama rasmi Hidden Doorways, sila layari https://youtu.be/QaN4QOXQqwQ.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hidden Doorways, A KAA Travel Collection, sila hubungi JoAnn Kurtz-Ahlers di joann@hiddendoorwaystravel.com atau layari www.hiddendoorwaystravel.com.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi Perhubungan Awam Victoria King di vhk@vkpr.com atau (310) 207-5175.
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/719710/KAA_Logo.jpg