MILAN, 26 Julai 2018 /PRNewswire/ --
Aperitif ikonik, yang menjadi lambang Red Passion akan melalui Permaidani Merah di Venice Lido sebagai Penaja Utama
Campari telah tiba di Venice sebagai penaja utama untuk Festival Filem Antarabangsa Venice ke-75 La Biennale di Venezia.
Dengan matlamat untuk mengesahkan hubungan yang semakin kukuh dengan dunia perfileman, Campari terpilih untuk terlibat dalam festival filem yang amat tersohor itu yang bertujuan untuk menggalakkan pengetahuan yang meluas tentang perfileman antarabangsa sebagai satu bentuk seni, hiburan dan industri dalam semangat kebebasan dan dialog.
Campari sering memilih medium perfileman sebagai kaedah komunikasi bagi memberikan gambaran futuristik terhadap intipati jenama ikonik yang telah melahirkan salah satu aperitif Itali yang paling terkenal di dunia. Gabungan antara Campari dan layar perak telah dibuktikan menerusi kolaborasi unik bersama pengarah-pengarah dan pelakon-pelakon yang terkenal di peringkat antarabangsa menerusi kempen-kempen penceritaan inovatif yang menggambarkan kekayaan sejarah jenama ini, seperti Campari Red Diaries.
Bersama-sama Hala Tuju Artistik, Campari akan mempromosikan sumbangan luar biasa yang dibuat oleh rakan usaha sama pengarah yang terdekat terhadap visi artistik setiap filem, seraya mencetuskan Anugerah Campari "Nyala Rasa Filem". Bahkan, ahli seni perfileman, komposer dan penulis lakon layar jarang sekali melihat sumbangan mereka diiktiraf sewajarnya, meskipun memberikan sumbangan terhadap kualiti hasil akhir. "Nyala Rasa Filem" seterusnya akan menganugerahkan setiap tokoh ini, bukan sahaja sebagai pekerja mahir, malah sebagai seniman dan pengarang bersama bagi hasil karya yang mendapat curahan bakat luar biasa mereka.
Jenama ikonik ini akan dapat dilihat di Lido iaitu di Ruang Istirehat berhampiran Permaidani Merah, selain ruang-ruang khas lain di tempat-tempat Festival yang paling ramai perwakilannya, mengetengahkan aperitif dengan gaya Itali yang sempurna untuk membolehkan para tetamu menikmati, menemui, mencicipi dan berkongsi minuman ini. Akhir sekali, koktel Campari merah ikonik akan mengiringi tetamu-tetamu sempena majlis perasmian dan penutupan Festival Filem Venice, selain acara-acara paling eksklusif yang akan menghidupkan bandar tersebut sepanjang tempoh sepuluh hari, apabila seni, keghairahan dan hasil ciptaan akan menjadi nilai-nilai yang dijadikan pedoman.