omniture

Chung Yuan Christian University pimpin delegasi lapan syarikat baharu Taiwan tumpu pasaran di Vietnam utara

Industry Accelerator & Incubation Center of Chung Yuan Christian University
2018-07-26 15:10 2307

HANOI, Vietnam, 26 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Pusat Inovasi & Inkubasi, cabang Pejabat Operasi Eksekutif untuk Kerjasama Industri-Dunia Pengajian di Chung Yuan Christian University (CYCU) menganjurkan acara Delegasi Perdagangan Syarikat Baharu Taiwan di Vietnam antara 16 dan 20 Julai 2018. Dipimpin oleh Yi-Ning Chen, pengarah pusat tersebut, delegasi yang melibatkan wakil-wakil daripada lapan syarikat baharu yang berpangkalan di Taoyuan, Taiwan terlibat dalam pertukaran perdagangan bersama syarikat-syarikat di Hanoi dan mengunjungi beberapa syarikat baharu tempatan, universiti, kumpulan pelaburan dan agensi kerajaan, dengan tujuan untuk memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang persekitaran keusahawanan dan pasaran pelaburan semasa di Vietnam.

Delegasi bergambar bersama Ketua Agensi Promosi Pelaburan Quang Ninh, Nguyen Duc Tiep, pengerusi Persatuan Usahawan-usahawan Muda Nguyen Huu Thuy dan pengarah Kelab Pelaburan & Syarikat Baharu Bui Van Quang semasa kunjungan ke pejabat agensi pada 19 Julai 2018
Delegasi bergambar bersama Ketua Agensi Promosi Pelaburan Quang Ninh, Nguyen Duc Tiep, pengerusi Persatuan Usahawan-usahawan Muda Nguyen Huu Thuy dan pengarah Kelab Pelaburan & Syarikat Baharu Bui Van Quang semasa kunjungan ke pejabat agensi pada 19 Julai 2018

Pada 16 Julai lalu, susulan beberapa rundingan yang panjang, lapan syarikat baharu yang berpangkalan di Taoyuan itu menandatangani sembilan memorandum persefahaman melibatkan usaha-usaha kolaboratif dalam teknologi, perwakilan agensi, pengedaran produk dan perdagangan dengan 30 organisasi berpangkalan di Vietnam, kesemuanya merupakan ahli kelab keusahawanan tempatan, dengan matlamat untuk membantu firma-firma Taiwan yang ingin berkembang ke dalam pasaran Vietnam.

Delegasi tersebut turut mengunjungi UP Co-working Space, Universiti Phuong Dong, Vietnam Investment Development Group, Persatuan Usahawan-usahawan Muda Quang Ninh serta Kelab Pelaburan & Syarikat Baharu Quang Ninh, selain inkubator dan pemecut lain untuk syarikat-syarikat baharu, yang menjurus kepada penandatanganan MoU oleh beberapa organisasi yang berkunjung bersama pusat tersebut bagi tujuan kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, bakat dan teknologi.

Dengan tumpuan terhadap pasaran ASEAN, pusat tersebut bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan organisasi-organisasi swasta di Indonesia, Thailand, Malaysia dan Vietnam. Pusat berkenaan turut menubuhkan pusat-pusat inkubasi bersama 12 rakan kongsi strategik dan 7 organisasi dengan kehadiran tempatan di 16 negara, lalu membolehkan syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana di Taiwan untuk mengambil peluang dan berkembang ke dalam pasaran seluruh dunia dengan memanfaatkan pengetahuan dan kepakaran terkumpul para eksekutif selama bertahun-tahun dalam perniagaan antarabangsa.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180724/2194336-1

 

Source: Industry Accelerator & Incubation Center of Chung Yuan Christian University
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Contracts