omniture

Bandar Jinjiang Anjur Peraduan Cari Maskot dan Lagu Tema Gymnasiade 2020

The Executive Committee of 2020 Gymnasiade
2018-07-27 21:20 1441

JINJIANG, China, 27 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Gymnasiade 2020 akan diadakan di Bandar Jinjiang, China Tenggara. Untuk acara ini, Jawatankuasa Eksekutif Gymnasiade 2020 kini mencuba mendapatkan lagu tema dan maskot dari seluruh dunia dengan hadiah wang tunai berjumlah hampir satu juta RMB.

Penghantaran lagu tema dan maskot akan diterima sehingga pertengahan Ogos 2018. Pereka maskot dan penggubah lagu yang berjaya masing masing akan membawa pulang 200,000 RMB (sebelum cukai). Hasil karya lain yang berjaya meraih hadiah akan dianugerahkan dengan hadiah wang tunai bermula daripada 5,000 hingga 100,000 RMB (sebelum cukai).

Semua hasil kerja yang diterima akan dinilai oleh panel penilaian dan hakim-hakim awam dalam tiga peringkat: penilaian peringkat awal, pengundian dalam talian dan penilaian peringkat akhir. Hasil-hasil kerja yang berjaya akan dipersembahkan kepada orang awam dalam sidang akhbar akan datang.

Pejabat Jawatankuasa Eksekutif Gymnasiade 2020 berharap agar penghantaran lagu tema dan maskot akan mengetengahkan slogan yang dikemukakan oleh Jinjiang dalam bidaan mereka untuk menjadi tuan rumah Gymnasiade 2020 – "Perhimpunan ke arah Kemajuan, Insan Lebih Baik, Masa Depan Lebih Baik". Penghantaran yang berjaya juga seharusnya menonjolkan konsep Gymnasiade iaitu "mencipta pengalaman bermanfaat sepanjang hayat untuk pelajar-pelajar sekolah menengah".

Gymnasiade - Sukan Musim Panas Sekolah ialah satu acara berbilang sukan peringkat antarabangsa yang menghimpunkan lebih 3,000 atlet muda dari sekolah-sekolah seluruh dunia. Jinjiang, Wilayah Fujian, China Tenggara memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Gymnasiade 2020 menerusi undi rahsia yang dijalankan oleh ahli-ahli jawatankuasa eksekutif ISF pada 15 Oktober, menjadi bandar Cina kedua untuk menganjurkan acara popular ini selepas Shanghai pada tahun 1998.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.ijjnews.com/zt/jxwztg/index.shtml

Source: The Executive Committee of 2020 Gymnasiade
Keywords: Sporting Events Sports Future Events